Monday, June 15, 2015

Resepi Ice [Ice Baby] Nestum

Makcik yang terlebih rajin kat dapur bulan ni >.<

Layan~

Resepi Biskut Ice [Ice Baby] Nestum 
(45- 50 bergantung pada size) 
Source asal: Qasey Honey (http://qaseyhoney.blogspot.com/2014/…/biskut-ice-nestum.html)

(Resepi di bawah adalah resepi derhaka. Muahaha..)



Bahan: 
125g pure butter- Anchor, keluarkan awal
45g gula kastor
1st @ 1/2 biji telur kuning
1/2st essence of vanila
50g nestum, kisar halus
130g tepung gandum
20g tepung jagung
10g @ 1sb Horlicks coklat - tak letak takde hal

Topping putih telur: 
50ml @ 1 biji telur gred A @ 1/4C tolak 1sb putih telur
150g gula aising, ayak
1sb tepung jagung
***Pukul putih telur sampai berbuih. Masukkan separuh gula aising, pukul lagi. Masukkan baki putih telur, pukul smpai kental. Last masukkan tepung jagung. Simpan dalam piping beg dan ketepikan.

Cara:
1. Sediakan tray dengan baking paper (atau guna non-stick pan).
2. Pukul butter dan gula hingga sebati. Tak perlu sampai kembang.
3. Masukkan kuning telur dan vanila esen, pukul rata. Masukkan semua tepung, nestum, horlicks (jika guna). Gaul sebati guna senduk atau tangan.
4. Simpan doh dalam peti sejuk 10 minit.
5. Canai dan terap ikut ketebalan disukai. Biskut akan sedikit mengembang jadi tak perlu terlalu tebal. Buat sampai habis.
6. Panaskan oven, 160C (atau 130C kalau boleh).
7. Picit topping atas biskut (tak perlu terlalu tebal atau sampai ke tepi biskut kerana ia akan mengembang dan merebak).
8. Lorekkan suka hati (guna emulco sahaja atau campuran emulco@pewarna + topping).
9. Bakar 160C, 20-25minit @ 130C, 40 minit, api atas bawah, rak tengah.
10. Sejukkan sepenuhnya di dalam tray atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Note: Tanda biskut sudah masak apabila keperangan dan mudah dialihkan.
Biskutnya tak berapa manis tapi sebabkan ada meringue, rasanya ok2 saja.

7 comments:

^^MaiRa^^ said...

Salam Kak,
Saya dah cuba resepi ice nestum ni..sedap..tp saya ada sedikit kemusykilan sebab topping tu bila masak kaki naik tinggi sangat, agak2 sebab apa ye? harap akak dpt bantu saya. trima kasih.

Kayu Manis said...

Assalamualaikum zack
la hai lmanya tk tunjuk diri, ke knor yg ketinggaln...

Ramadhan karim

Zack said...

-->Maira
wassalam, sedap kan rasa dia? mungkin maira letak tebal sangat kot. topping dia tu meringue. meringue mmg akan mengembang bila bakar. cuba letak tipis sikit nnt, paling bagus guna suhu paling rendah (130C) sebab suhu tinggi (160 ke atas) akan buatkn meringue naik.

--> kak kayu manis
wassalam, hai kak nor. mmg jarang memblog dah sekarang, hehe.. kadang rajin tu upload la seresepi dua.. nak2 tengah sarat ni lagi tak rajin memasak. haha.. salam ramadhan kak..

^^MaiRa^^ said...

Thanks kak for your tips, nanti nak cuba lagi :)

Unknown said...

Assalamualaikum.
Saya punya meringue x melekat langsung dgn base nye. Agak agak kenapa ye? Stress pulak bila buat 40 bijik satu pun x melekat.
trim kasih

Unknown said...

Assalam kak..
Nak tanya akak ada ambil tempahan untuk buat doorgift tak? Macam kek marbel/bahulu/bahulu?

Susan said...

Find out these pointers read on and learn to know how to submit an application doing this that you policy your corporation today. Wondering where to go in 2019? Things to do has ranked as the best include a remote, idyllic island, the design capital ...