Tuesday, February 19, 2019

Testing lagi satu teori petang ni 🤔 Biasanya kalau buat kek@cupkek kita jarang nk guna spongemix sbg pengganti kpd gula-tepung, kecuali mmg kalau nk buat kek span. Makck test idea ganti sukatan tpg gandum dan gula dgn sukatan spongemix, hasilnya kek gebus tp struktur kek lbh padat, lembut dan moist.

Andaian yg diguna: berat tepung + gula dlm sesuatu adunan bersamaan dgn total berat spongemix.

Resepi Durian Moist Cupcake [guna Spongemix sebagai pengganti sukatan tepung-gula]

(panjangnya tajuk mcm tajuk tesis lak 😑)



By: Aku.Zack @ FB Zack Nurzakiah
100g spongemix biasa + 1/4st b.powder
50g isi durian@durian puree **
1sb susu segar **campurkan
1 bj telur gred A@B
1/2sb gula kastor
50g butter cair

1. Pukul telur + gula hingga pucat lbh krg 1min.
2. Humbankan spongemix dlm adunan, pukul rata low speed 3~5 saat. Jgn lama, kang bantat.
3. Masukkan adunan durian dan susu. Gaul sekadar rata 2, 3 saat.
4. Amik sket adunan, gaulkan dlm butter cair. Tuangkan adunan ni dlm adunan asal. Kaup balikkan saja guna spatula.
5. Timbang 52g x 5 bj cupcake liner saiz 12. Bakar 170C @ 23~25min hingga atas nampak perang.

Nota:
~ 100g spongemix = 50g gula + 50g tepung. Berat tpg dan gula yg sama bersamaan total berat spongemix.
~ 50g durian puree tu lbh krg 2,3 ulas durian cmtu
~ tekstur kek lembut, tak berongga besar, moist asalkn jgn overbake
~ rasa durian sederhana tp brgantung jg pd durian yg anda guna. Just nice, tak menyengat pd hidung dan tekak
~ kalau perasan gula tak hancur semasa masukkan dlm adunan nanti. Gula hancur bila dh bake, leading to a cruchier top dan moister interior
~ gula tambahan yg dimasukkn dgn telur sekadar nk bantu proses whipping saje
~ nk letak setitik esen pn boleh, taknk pn xpe
~ b.powder leavening agent tambahan. Rasanya boleh abaikan asalkn telur dipukul gebu
~ banyak nau lak notanya 😅

2 comments:

Clipping Path Service said...

Amazing post with lots of informative and useful and amazing content. Well written and done!! Thanks for sharing keep posting.
clipping path

Mat Som said...

Dah balik Batu Pahat ni
Raya ni datanglah rumah saya
Tentu Z SEKARANG bertambah hebat