Thursday, August 26, 2010

Resepi Biskut Mazola [atau Biskut kacang tanah]

3

Biskut Mazola ni sinonim dengan minyak Mazola dan ia jenis mengembang sikit bila masak. Setiap satu biji ku timbang 10g tiap satu, dapatlah lebih dari 50 biji gitu. Biasa masa kecik-kecik mak buat biskut ni tapi guna resepi lain. Malangnya resepi tu dah hilang. Huhu.. Kalau guna resepi mak kacang tanah lebih banyak dari tepung gandum. Warna biskut pun lebih gelap. Kalau ada masa akan ku adjust lagi sampai dapat biskut yang betul-betul rasa kacang. Apapun, resepi ni simple dan mudah nak buatnya. Rasanya dah sedap cuma macam lebih tepung (kata En. hubby). Hehe.. Biskut ni jenis yang peroi dan baunya pun sedap.


Biskut Mazola a.k.a. Biskut Kacang Tanah


Bahan-bahan ( 1 balang @ 50 biji besar)
200gm tepung gandum (lainkali mungkin leh kurangkan kepada 100g)
200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus (ku goreng dengan sedikit minyak)
100 gm gula kasar/pasir -kisar halus
1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya - leh juga guna minyak jagung Daisy/ sunflower/ kacang tanah (ku guna dalam 120g lebih kurang tapi tu pun bergantung pada jenis tepung yang digunakan)
1 biji kuning telur + setitik dua pewarna kuning telur
separuh kacang tanah sebagai hiasan

Cara:
  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula kisar dan kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut (agak-agak boleh kepal dengan tangan OK la tu, jangan banyak sangat nanti gebu).
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yang telah di lengser dgn mentega (ku guna baking sheet je).
  4. Sapukan atasnya dengan kuning telur, letak separuh kacang tanah, dan bakar di dalam oven hingga masak kekuningan (ku guna suhu 160C, 15-20 min).
  5. Biarkan sebentar atas loyang sebelum disejukkan atas redai (biskut agak rapuh bila baru masak).

3 comments:

Rohana Ya'acob said...

Xyh pkai mntega ke?

Zack Zachoes said...

rohana, biskut mazola mmg tak guna butter. biskut zaman dolu2 ni. time mak sy masih kanak2 lg, hehe.. diorg dulu guna minyak jenama 'Mazola', tu nama dia biskut mazola. leh guna brand lain mcm minyak jagung Daisy dsb.

nor mazlinayaza said...

Slain gula kasar, boleh letak gule icing x?