Pages

Thursday, August 19, 2010

Resepi Rendang Daging

Kerinduan nak makan rendang walaupun bukan raya. Hehehe.. Kalau keluarga ku kat BP suka makan ayam daripada daging. OK gak resepi ni, ada ala-ala rasa rendang mak masak masa Hari Raya (tapi lagi best kalau masakan dari air tangan mak, hehe..) Buat untuk berbuka kelmarin (ke semalam?)

Resepi Rendang Daging (tulip77@myresipi.com)
Bahan (20 orang makan)



800-1000g daging lembu (ku guna 400g-+)
200g kerisik (ku guna separuh kot, separuh peket RM2 kat pasar)
1liter santan pekat (ku guna about 1/4C santan serbuk + air. Kes kelapa parut habis, huhu)
daun kunyit diracik halus
garam
asam keping

Bahan kisar
2 labu bawang besar (ku guna 1 labu bawang besar merah)
8 ulas bawang kecil (ku ganti 1 lagi labu bawang besar merah sebab tarak stok)
5 ulas bawang putih (ku guna 3 ulas)
50g halia (ku guna sehiris je)
39g kunyit hidup (sama gak, sikit je)
30g lengkuas (tak letak sebab takde)
6 batang serai (ku guna 1 batang tapi tak diblend skali. Cuma dititik dan masuk masa tengah tumis)
30g cili kering (ku guna 3 tangkai cili kering, tak nak pedas sangat)
1st rempah kari (ku guna dalam 1sb gitu. Biasa masak rendang memang letak banyak rempah kari)
1st jintan putih (ku guna 1/2st serbuk jintan putih)
1st jintan manis (ku guna 1/2st serbuk jintan manis)
30g gula merah (tak suka manis, jadi letak 1sb gula perang)

Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan gaul rata. Kemudian masukkan santan. Masak guna api sederhana hingga santan hampir kering (ku tambah-tambah air sebab daging lambat empuk).
  3. Masukkan sekeping asam jawa dan garam. Bila dan hampir masak masukkan kerisik dan daun kunyit
  4. Kacau rata dan masak hingga kuahnya betul-betul kering (ku suka rendang yang basah-basah jadi lebihkan air).

2 comments:

MSOM said...

Rupa-rupanya Zack ni seorang pakar masakan.
Saya begitu kagum sekali.

Zack Zachoes said...

huhu..xdela cikgu, biasa-biasa je ni..