Saturday, September 4, 2010

Resepi Biskut Red Pearl

3

Siapa suka makan cornflakes, leh buat biskut ni sebab biskut di rangup dan manis-manis ceri & cip coklat. Memandangkan biskut ni takde unsur-unsur serbuk koko atau esen/perisa/emulco yang kuat, dicadangkan guna butter yang sedap (tapi tak perlu mahal janji wangi).

UPDATE 12 AUGUST 2011: Cornflakes pun guna yang Nestle atau Kelloggs, bukan yang jual peket-pekat kat kedai bakery (nak tahu sedap atau tak, makan cornflakes tu tanpa susu atau apa-apa. Kalau terasa macam tak boleh nak telan, terasa tepung, biskut pun tak boleh nak telan dan akan terasa lebih tepung alamatnya, hehe.. Pengalaman saya la, tak perlu nak ikut bulat-bulat. Saya cadangkan Nestle sebab empingannya lebih lembut dan tidak setebal Kelloggs. Ini cadangan saja, bergantung juga pada tekak masing-masing juga ya).


UPDATE 14 JULY 2011: Post terbaru dengan cara lain sikit di sini.


Resepi Biskut Red Pearl
Sumber: Jaja FnR


UPDATE 14 JULY 2011: Gambar terbaru red pearl


Gamabar tahun 2010 guna nset: Tak hensem dan semestinya tak cun :PGambar lama: Bat kamera habis, kamera handset menjadi mangsa..gambar pun tak clear..huhu..

Bahan:
150g butter
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes
50g coklat cip
25g almond nibs
1st esen vanila
ceri merah, dihiris halus dan memanjang

Cara:
  1. Pukul butter dan gula hingga sebati (jangan sampai kembang/putih gebu/pucat lesi).

  2. Campurkan semua bahan kering kecuali ceri merah. Kacau sebati menggunakan sudip kayu (ku guna je sudu makan).

  3. Guna 2 garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar yang diletak baking sheet (ku jemputkan lebih besar sikit dari guli. Adunan akan merebak/meleper jadi jangan ditekan/dipenyek jemputan tu. Elok dia tinggi sikit supaya rangup nanti)

  4. Sapukan kuning telur (sikit je, sekadar nak lekatkan ceri) dan hias dengan ceri merah.

  5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 175C, 20-25min atau bergantung pada oven masing-masing.

3 comments:

RaRa SHOP said...
This comment has been removed by the author.
RaRa SHOP said...

ZACK ada resepi laksa penang tak?tau mee bandung

Zack Zachoes said...

rara, sy ada try resepi sini, http://myresipi.com/top/detail/4800. ok juga, kalau guna ikan banyak lagi sedap =)