Sunday, September 5, 2010

Resepi Kuah Kacang [untuk nasi impit/satey/lontong/rendang/dll.]

13

Kuah kacang yang simple dan sedap, sesuai untuk makan bersama nasi impit, rendang, satey dan sebagainya. Kalau nak buat untuk Hari Raya ni pun boleh. Ku selalu buat separuh adunan je, sesuai la untuk 2 orang makan. Hehe..

Resepi Kuah Kacang [untuk nasi impit/satey/lontong/rendang/dll.]

Kuah kacang untuk nasi impit atau rendang atau makan dengan satey

Bahan:
400g @ 3C kacang tanah, ditumbuk sampai halus (ku guna about 1C - 1 1/2C kacang tanah bersama kulitnya, separuh blend halus separuh lagi blend kasar sikit)

Bahan kisar:
5-10 biji cili kering (ku guna dalam 3-4 biji cili kering yang besar)
4 ulas bawang putih (ku guna 2 ulas)
1 bawang besar (ku guna 1/2 bawang besar merah. Jenis bawang besar merah kuahnya lagi manis berbanding warna bawang yang berwarna kuning)
4 hiris halia (ku guna 1cm lebih kurang)
4 hiris lengkuas (ku tak letak sebab selalu takde stok tapi tetap sedap)
1 senduk minyak (ku guna dalam 1/8C)
*1 batang serai (ku tak letak dalam bahan kisar tapi ketuk hujung serai dan masuk masa tumis)

Bahan perasa:
1/2C gula perang (ku guna 1/4C)
1/2C gula pasir (ku guna 1/4C)
2sb asam jawa @ 1 asam keping (ku guna agak-agak 1/2sb asam jawa yang dicampur sedikit air)
1200 ml air (ku guna dalam 600-1000ml air, bila kering je letak air sampai betul-betul pekat)
2sb gula pasir (tak letak)
2sb garam (secukup rasa)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak (bukan yang dikisar sekali dengan cili tapi minyak lain, lebih kurang dalam 2sb). Masukkan bahan kisar (dan serai kalau tak diblend sekali tadi). Masak sampai wangi.
  2. Masukkan kacang tumbuk, masak 5min sambil dikacau-kacau.
  3. Masukkan separuh air, masak sambil sekali-sekala kacau selama 1jam (ku masak 30min untuk separuh adunan).
  4. Masukkan selebih air, masak lagi selama 1jam atau hingga pekat (ku masak 30-60min kalau separuh adunan. Tambah air kalau kuahnya kering tapi masih belum masak/pekat).
  5. Masak hingga pecah minyak (kuah akan kelamaan bertukar dari perang kepada merah, kemerahan bergantung kepada berapa banyak cili yang digunakan).
  6. Masukkan gula pasir, gula perang, asam jawa/keping dan garam hingga secukup rasa. Tambah lagi gula kalau tak cukup manis.
  7. Tutup api dan hidangkan.

13 comments:

Siti Haslinda said...

thanks bnyk2 share resepi nih..
1st time buat kuah kacang..terus jadi! sukaaa sukaaa
selamat hari raya from new zealand =)

Zack Zachoes said...

Siti Haslinda: hehe, sama2~ ^_^ selamat menyambut hari raya dari kami di Malaysia :D

Ninuna~ said...

Ape yg dmksudkan dgn C??
Sorry x tahu :)

Zack Zachoes said...

@Ninuna:
C = cawan (standard measuring cup)
st = sudu teh
sb = sudu besar :)

~Ninuna~ said...

Ohh ye ke. Tenkiu.
Ingtkan ape dia la.

Btw dh try resepi ni. ;)

Zack Zachoes said...

welkem~ hehe, tq for trying ;)

Nora Karim said...

nak try la nanti... buat tuk minum pagi ke... sesuai gakkan...

Zack Zachoes said...

boleh, takde masalah ^_^

sarro said...

tersentuh perasaanku bila tbaca ayat pmbuka d atas.. smoga adik humairah akn mnjd bidadari syurga n syafaat d akhirat kelak..

Aza Niza said...

Thank fr The resepi ,1st time gak buat mjadi pd raya pertama 2013 ,Huby siap ckp beli mn kuah kacang ni sedap LA ...plsssss LA buat ok. Kikiki...now 2nd time making The kuah kacang tqtqt

Marina Ina said...

Thnkx resepinye mmg sdp..dh 2x bt...ank2 sy ske sgt...

Marina Ina said...

Thnkx resepinye mmg sdp..dh 2x bt...ank2 sy ske sgt...

Marina Ina said...

Thnkx resepinye mmg sdp..dh 2x bt...ank2 sy ske sgt...