Pages

Monday, May 30, 2011

Resepi Mango Sago (Sagu Mangga)

Mango sago, atau sagu mangga, satu dessert yang agak popular di Tawau, Sabah dan setahu saya hanya Indo Cafe saja yang jual dessert best ni (tempat lain kat Tawau tak tahulah, taknah skodeng pun). Tiap kali pergi mesti full. Customer paling suka order Sanggar Cheese (atau Pisang Goreng Cheese) kat tempat ni.

Macam-macam resepi ada kat Internet, ada yang tambah jus mangga, ada yang tambah tepung jagung untuk pekatkannya. Ku guna resepi simple, sebab bahan-bahan semua ada. Apapun, let's skodeng resepi di bawah~

P/S: Lain kali boleh testing ganti susu segar dengan jus mangga dan tambah lagi mangga, mesti lagi mengancam dan kekuningan. Ahaks~

UPDATE 8 JUNE 2011: Kalau guna susu pekat manis boleh dikurangkan kepada 1/4C atau 1/3C dan adjust air/gula sebab guna susu pekat lebih manis banding guna susu sejat.


Resepi Mango Sago (Sagu Mangga)


Mango sago atau sagu mangga~ Versi guna susu sejat, lemak berkrim. Sedap dihidangkan pada cuaca panas atau masa berbuka nanti. Ahaks~

Update 8 Jun: Versi guna susu pekat manis. Boleh dikurangkan lagi susu pekatnya sebab mangganya manis. Ahaks~


Bahan:
1 biji mangga besar @ 2 biji mangga sederhana, masak ranum - isinya lebih kurang 1C + 1/4C tapi ku dapat 1C je :P
1/4C biji sagu kecil - lain kali ku akan guna 1/8C je sebab banyak juga dapat
1/2C susu pekat manis - ku guna susu sejat tambah 4sb-5sb gula. Kalau guna susu pekat boleh kurangkan kepada 1/4C@1/3C atau adjust air/gula.
1/2C susu segar
Gula - jika perlu
Sedikit ice cubes - optional

Cara:
1. Rendam biji sagu dalam air paip selama sejam. Basuh dan tapis untuk buangkan lebihan kanji. Ketepikan.

2. Didihkan 1C air dalam periuk kecil, masukkan biji sagu tadi. Masak hingga lembut dan lutsinar dalam 4-5 minit. Tapiskan dalam penapis dan lalukan bawah air mengalir untuk elak sagu melekat. Ketepikan.

3. Buangkan kulit mangga dan dadu-dadukannya. Ketepikan 1/4C untuk perhiasan.

4. Blend baki mangga, susu sejat/susu pekat manis, susu segar, gula (jika perlu) dan ice cubes (jika mahu) hingga dapat pes yang smooth. Tambah susu segar jika inginkan adunan lebih cair.

5. Tuangkan dalam jug dan masukkan sagu yang sudah dimasak tadi. Kacau rata. Simpan dalam peti sejuk sebentar, atau boleh juga dituangkan dalam gelas (ku guna pudding cup).

6. Hiaskan atasnya dengan baki 1/4C mangga tadi. Sedap dimakan sejuk-sejuk.


Deretan mango sago untuk dihidangkan lepas makan tengahari

NB: Ada geng Kongsi Resepi@FB dah try resepi ni, dan katanya sedap. Ahaks~

Thursday, May 26, 2011

Cara Guna, Simpan, dan Warna Fresh Cream (Non-dairy whipping cream)

Post ini dibuat khas untuk orang yang tiada pengalaman langsung dalam menggunakan fresh cream (nama lain non-dairy whipping cream).
Step-by-step cara mudah (bergambar) memukul fresh cream atau non-dairy whipping cream untuk tujuan hiasan kek. Selalu fresh cream didapati di bahagian freezer di kedai bakeri supplier dan berada dalam keadaan beku. Sebelum boleh menggunakan fresh cream ikuti beberapa langkah di bawah:

1) Fresh cream yang dibeli biasanya dalam keadaan beku. Nyahbekukannya semalaman atau seharian di bahagian bawah peti sejuk jika ingin menggunakannya esok hari. Jika ingin menggunakannya pada hari itu juga, nyahbeku pada suhu bilik tetapi pastikan jangan sampai terlalu cair. Biar kotaknya masih sejuk (mungkin titisan air akan kelihatan di luar kotak) tetapi apabila digoncang tiada ketulan-ketulan besar kedengaran.

2) Sangat penting: goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan cream dan air yang terdapat di dalamnya telah 'seperate' atau terpisah. Jika anda terus tuang dan pukul tanpa menggongcangkannya terlebih dahulu, berkemungkinan fresh cream anda akan lembik dan tidak kaku walaupun telah dipukul lama. Ada kemungkinan anda hanya menuangkan air ke dalam mixer dan bahagian creamnya tertinggal di dalam kotak.

3) Tuangkan jumlah yang ingin digunakan sahaja ke dalam mangkuk mixer. Pastikan tidak melebihi kapasiti mangkuk mixer tersebut kerana fresh cream akan mengembang berkali ganda dari saiz (cecair) asalnya. Tuang 1/5 saiz atau 20% saiz mangkuk mixer anda.

4) Sebaiknya simpan bekas mixer dan beaters (pemukul mixer) dalam peti sejuk hingga sejuk sebelum hendak memukul fresh cream. Ini kerana ia lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk. Gunakan mangkuk stainless steel (jika ada). Walau bagaimanapun mangkuk plastik juga boleh digunakan.

5) Mulakan dengan memukul fresh cream pada kelajuan rendah. Perlahan-lahan tingkatkan kelajuan hingga ke maksimum speed. Selepas beberapa minit apabila fresh cream mula kelihatan pekat, perlahankan speed mixer kepada sederhana (speed 4). Bagi 1C fresh, masa yang diambil untuk memukulnya hingga ke keadaan kental adalah lebih kurang 2 minit.

6) Perhatikan fresh cream anda. Jika ia kelihatan halus tanpa buih-buih besar dan gebu ia sudah boleh digunakan serta tidak terlalu 'lembik' atau 'keras'. Fresh cream yang terkurang pukul akan kelihatan masih boleh mengalir dan lembik. Jika terlebih pukul ia kelihatan kasar dan sangat pekat (apabila cuba dilepa atau dipicit dengan nozzle dalam icing bag ia seperti terlalu berketul-ketul). Jika terkurang pukul, tambah lagi masa memukul. Jika terlebih pukul, tambah sedikit fresh cream (yang masih dalam keadaan cecair dari kotak) dan aduk hingga ia lebih cair.

7) Fresh cream dalam keadaaan kaku (kental) boleh terus digunakan atau disimpan dalam freezer beberapa bulan (bergantung pada jenama). Kek yang dihias dengan fresh cream biasanya akan mula mengeras (hiasan fresh creamnya) selepas hari ke-3. Seeloknya hias sehari atau pada hari anda ingin menghidangkan kek tersebut (setelah beberapa jam disimpan dalam peti sejuk).

8) Apabila anda ingin menggunakan fresh cream yang sudah di'freeze'kan, nyahbekukan fresh cream yang kaku tadi sebentar pada suhu, atau boleh juga dalam peti sejuk bahagian bawah.

9) Fresh cream boleh diwarnakan setelah dipukul kaku. Sebaiknya guna pewarna gel atau jika tiada, pewarna cecair (pastikan jangan terlebih letak, takut kandungan cecair tinggi menyebabkan fresh cream lembik). Ambil kuantiti yang diperlukan dan titiskan beberapa titis pewarna dan kacau menggunakan sudu. Fresh cream yang sudah diwarnakan akan 'matang' atau lebih terang warnanya setelah ia disimpan beberapa jam/semalaman di dalam peti sejuk.

10) UPDATE 26 MAY 2011: Fresh cream kental yang dinyahbekukan kemungkinan akan sedikit cair. Jika ini berlaku, sebelum digunakan pukul dengan mixer sebentar hingga kembali kental.

11) UPDATE 30 OCTOBER 2011: Fresh cream tidak sesuai untuk perjalanan jauh (contoh: perjalanan 5 jam dalam kereta) lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang terik. Paling jauh ia tahan (berdasarkan pengalaman customer) kek yang dihias dengan fresh cream adalah 3 jam dalam perjalanan dalam kereta beraircond. Juga pastikan cream yang digunakan adalah benar-benar non-dairy whipping cream dan bukannya dairy whipping cream. Dan pastikan creamnya telah dipukul hingga betul-betul kental untuk elak ia cepat cair.

12) Untuk mendapatkan fresh cream yang licin dan tidak berlubang-lubang ketika melepa, pukul fresh cream dalam satu arah sahaja. Jangan pukul kiri-kanan kemudian atas-bawah. Pukul samada ikut jam atau lawan jam, 360 darjah, speed medium pada saat-saat akhir. Ini bagi mengelakkan kita memasukkan gelembung udara ke dalam adunan (sama seperti kita membuat buttercream, perlukan kesabaran). Apabila ia kelihatan sudah kental, gunakan speed paling rendah dan kacau perlahan. Tujuannya untuk menyebatikan kembali mana-mana gelembung udara yang terdapat dalam fresh cream tersebut.

13) Sekiranya cuaca ketika anda ingin memukul fresh cream tersebut agak panas, anda boleh meletakkan mangkuk mixer (pastikan ia besi/stainless steel) di dalam mangkuk yang berisi ketulan air dan ais. Ini akan mengekalkan suhu fresh cream supaya sejuk dan memudahkan ia dipukul dengan lebih baik. (Credit to Puteri Aida sebab beritahu pengalamannya pada saya.)

UPDATE 28 MARCH 2012: Berkaitan dairy whipping cream boleh lihat di sini.

Cara Guna Fresh Cream (Non-dairy whipping cream)
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

Bahan dan alat:
1C @ 300g fresh cream dalam keadaan cecair tapi masih sejuk - ku guna jenama Value Pride
Mangkuk mixer
Beaters mixer


1) Tuangkan fresh cream yang sudah dinyahbeku ke dalam mangkuk mixer.

2) Pukul pada kelajuan rendah. Tingkatkan kelajuan dari sederhana ke tinggi.

3) Setelah 30s fresh cream mula kelihatan pekat.

4) Fresh cream bertambah pekat selepas dipukul 1 minit.

5) Fresh cream mula kelihatan gebu dan bila dikacau dengan beaters (berhentikan mixer dahulu), ia rasa seperti kapas yang lembut.

6) Pukul hingga kaku, tidak lagi cair dan 'peak' fresh cream tidak lentok lagi.

7) Fresh cream sudah dipukul sebati (pastikan setiap sudut mangkuk sudah dipukul). Lebih kurang seperti buat 'meringue'.

8) Boleh terus guna atau disimpan.


NB: Info berdasarkan pengalaman sendiri menggunakan fresh cream. Jika ada tersilap atau salah harap beri tunjuk ajar.


Contoh jenama Value Pride (gambar dari Google)


UPDATE 4 SEPTEMBER 2011: Video youtube cara memukul fresh cream@non-dairy whipping cream:


UPDATE 13 JULY 2011: Antara resepi kek yang saya deco guna non-dairy whipping cream adalah Kek Kiwi Fresh Cream, Kek Black Forest, Kek Strawberry ShortcakeBlueberry filling layer cake dan Kek sponge vanila.

UPDATE 10 MARCH 2012: Cara mengenali non-dairy whipping cream dari labelnya (topping, bukan hasil tenusu, ready to whipp topping, whip topping, etc.)

Mana yg kena bulat tanda merah indicator leh guna untuk kek. Gambar ni amik masa tengah ada stok fc. Vivo pun masuk kategori ni.
UPDATE 25 APRIL 2012: Cara saya simpan lebihan fresh cream. Rasanya orang lain takde buat camni lagi. Setakat ni ok cream masih kental macam biasa ketika lepa dan piping.

Cara simpan lebihan fc. 

Tuesday, May 24, 2011

Resepi Mushroom Soup Makaroni dan Cheese Bakar

Resepi simple mac and cheese dibuat di kala tak ada mood nak masak susah-susah. Biasa buat tanpa mushroom soup dan letak udang segar untuk gantikan sosej, tapi kebetulan ada beberapa peket Vono mushroom soup, jadi ku gantikan susu segar dengannya dan kurangkan sukatan tepung gandum bersama butter. Taufiq suka makan makaroni, En. Hubby lak dah bertahun asik makan pizza, pasta dan makaroni jadi dah immune sikit (dengan kata lain, dah muak. Haha...)

Apapun, enjoy~

Mushroom Soup Makaroni dan Cheese Bakar


Resepi Mushroom Soup Makaroni dan Cheese Bakar (Baked Mushroom Soup Mac and Cheese)
(2 orang)

Mushroom Soup Makaroni dan Cheese Bakar dah dibedah siasat

1C elbow makaroni

White sauce:
1sb butter
1sb tepung gandum
1/4C air

1C air
1 peket mushroom soup Vono
Serbuk lada hitam
1 batang sosej, dihiris - ku guna sosej bercheese
1 keping slice cheddar cheese

Secukup mozzarella dan parmesan cheese
Garam - jika perlu

Cara:
1. Rebus makaroni dalam air secukupnya (bukan air dari sukatan di atas) hingga lembut. Toskan air dan ketepikan sebentar.

2. Panaskan oven 200C. Lengser 2 loyang aluminium bersaiz 4" x 4" dengan butter. Ketepikan.

3. Dalam periuk atau saucepan kecil, cairkan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga tepung tak melekat pada periuk. Masukkan 1/4C air dan kacau sebati.

4. Campurkan 1C air dengan Vono mushroom soup. Masukkan hirisan sosej dan mushroom soup ke dalam adunan tepung tadi. Kacau hingga sosej masak.

5. Masukkan makaroni dan biarkan mendidih sebentar. Masukkan slice cheddar cheese. Gaul hingga cheese cair. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam (jika perlu).

6. Tuangkan ke dalam bekas aluminium. Tabur mozzarella cheese dan parmesan cheese. Bakar 200C selama 10-20 minit atau hingga atas kelihatan perang.

7. Sejukkan sebentar sebelum dihidang.


***Boleh masukkan mix veg kalau mahu.
***Sosej boleh diganti dengan daging atau ayam kisar tapi perlu ditumis dahulu.
***Sosej juga boleh digoreng dengan minyak sedikit sebelum dimasukkan ke dalam adunan untuk rasa yang lebih sedap.
***Mushroom soup boleh ganti dengan jenama dan perasa lain, seperti chicken mushroom soup dsb.
***Kalau tak mahu bakar pun boleh, terus makan macam tu tanpa letak mozzarella atau parmesan cheese.
***Bahan-bahan boleh ditokok tambah ikut selera. Kadang-kadang saya letak sos tomato atau sos cili, kadang-kadang makaroni tu buat macam lasagna lepas tu letak white sos (guna 1C air je dan eliminate mushroom sup) dan tabur cheese atasnya. Terpulang pada kreativiti masing-masing.

Monday, May 23, 2011

Resepi Durian Souffle

Resepi durian lagi, walaupun mungkin sekarang durian dah tak jual lagi. Kali ni buat souffle, saje simpan sikit durian aritu nak test resepi ni. Dapat dalam 2 cawan minum biasa, one for me and one for En. Hubby. Rasa seakan pudding tapi berperisa durian. Lembut, manis-manis gitu. Sedap makan masa panas-panas sebab 'souffle'nya masih tinggi. Dibiarkan lama-lama akan jatuh menyembah cawan, hehe..

Apapun, enjoy~

Resepi Durian Souffle
(3-4 cawan minum biasa atau souffle cups)

Resepi asal: Muchabout

(Ku buat separuh dari resepi di bawah dan dapat 2 cawan biasa)

Durian souffle yang dah dibedah siasat. Terasa seperti makan pudding durian, huhu..

Kesian..takde ramekin, cawan biasa pun jadilah..


Bahan:
4 ulas durian, diambil isinya - ku guna 4sb @ 80g isi durian approx. bagi 2 ulas durian
1/2C susu - ku guna 1/4C air+ 1st susu tepung penuh krim
2sb butter, dicairkan - ku guna 1sb@10g
1/4st cream of tartar - ku guna 1/8st
2st gula kastor - ku guna 1st
3 biji kuning telur - ku guna 2 biji kuning telur Gred A (malas membazir)
4 biji putih telur - ku guna 2 biji putih telur Gred A

Untuk lengser ramekin cup/cawan minum biasa oven-proof:
secukup butter cair
secukup gula kastor
berus plastik


Cara:
1. Panaskan oven 375F/190C.

2. Lengserkan dasar dan sisi cawan (pastikan ia oven proof dahulu) dengan butter cair secukupnya. Cara melengser adalah dengan menggunakan berus, lengser dasarnya dahulu. Kemudian dari bawah sisi cawan, naikkan berus ke atas hingga mencecah muncung cawan (seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah).

Cara lengser ramekin/cawan: dari bawah ke atas cawan.


3. Pastikan keseluruhan dasar dan sisi cawan dilengser, jangan biarkan biar sedikit pun yang tak kena. Sangat penting bagi memastikan souffle naik dengan sempurna.

4. Simpan cawan dalam peti sejuk hingga butter keras dalam 2-3 minit.

5. Keluarkan cawan dari peti sejuk dan sekali lagi lengser dengan butter. Gunakan pergerakan yang sama. Ambil sedikit gula kastor dan letakkan ke dalam cawan. Pusing-pusingkan cawan supaya keseluruhan dasar dan sisi cawan disaluti gula. Step ini penting dan perlu dilakukan dengan betul. Ketepikan cawan (tak perlu disimpan dalam peti sejuk sebab dah disejukkan pada lengseran pertama tadi).

Sudah dilengser butter 2 kali dan disaluti gula kastor.


6. Dalam blender, masukkan isi durian, susu dan butter cair. Blend hingga halus. Tuangkan adunan durian ke dalam bekas besar. Masukkan telur dan 1/2st gula dan adun hinga sebati. Ketepikan.

Adunan durian, telur, gula, susu dan butter cair.


7. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 1/2st gula, pukul lagi pada kelajuan maksima. Pukul hingga stiff peak (bila bekas diterbalikkan, tiada putih telur yang mengalir atau jatuh).

8. Ambil 1/3 putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan durian menggunakan spatula atau sudip kayu. Kaup balik hingga rata.

Kaup balik meringue ke dalam adunan durian. Mungkin awalnya ada sedikit ketulan-ketulan putih meringue.


9. Ambil lagi 1/3 putih telur dan kaup balikkan perlahan-lahan supaya udara yang dimasukkan tidak keluar. Ulangi dengan baki putih telur.

10. Tuang atau sudukan adunan ke dalam cawan yang dilengser butter tadi. Tuang hingga hampir paras muncung cawan (kurang dari 1 atau 2mm dari paras muncung). Pastikan tiada adunan yang terkeluar atau meleleh dari cawan kerana ia akan melekat pada cawan dan menghalang souffle dari naik dengan sempurna.

Tuangkan adunan ke dalam cawan yang dilengser butter. Perhatikan ada sedikit ketulan kecil meringue. Abaikan, kalau terlalu kaup balik nanti tak cukup udara untuk 'lift' adunan.


11. Bakar souffle selama 15-20 minit atau hingga atasnya keperangan dan naik paling kurang 1.5" dari paras cawan.

Souffle mula naik dalam oven (sila abaikan suhu termometer, oven ni suhu bahagian depan lebih rendah dari belakang atau tengah) .


12. Keluarkan dari oven dan makan panas-panas.


INFO TAMBAHAN:
***Cara lengser untuk souffle cup/cawan ni saya ikut cara Curtis Stone. Sebab kita lengser/sapu dari bawah ke atas untuk elak terguna lebih butter. Tengok kat AFC pun dalam "Saturday Cooks" diorang guna 'sweeping motion'- ambil napkin/tisu ada butter cair, lepas tu dalam satu pergerakan membulat (rotating motion) dari bawah ke atas ramekin, diorang lengser sekali harung je.

***Ketinggian souffle akan mula turun selepas beberapa minit (sebab tak guna tepung dan rising agent cuma putih telur sahaja). Jadi jangan sedih/frust/terkejut bila lepas 2-3minit souffle anda dari naik cantik tetiba jadi rendah bila dah keluar dari oven. Itu memang lumrah hidup souffle, jangka hayat memang pendek.

Wednesday, May 18, 2011

Resepi Baked Durian Cheesecake (Kek Keju Durian Bakar)

Resepi di kala musim durian, kek keju durian bakar atau baked durian cheesecake (MIL kata orang ngandung tak boleh makan durian segar banyak-banyak, takut anak dalam perut kepanasan. Terpaksalah buat jenis yang bakar. Hehe..) Tekstur yang creamy, lemak manis, smooth, dan membelai tekak. Sedap dimakan sejuk-sejuk. Lagi lama disimpan dalam peti sejuk, lagi rasa duriannya.

Atau dalam bahasa mat salleh: the cream cheese filling with baked durian meat, punctuated by the rather strong taste from the durian topping, are an excellent combination and make this cake a delicious treat. In other words, enjoy this recipe~

UPDATE 26 MAY 2011: Ehehe, saya tahu tak semua orang suka durian. Kalau dengar durian dengan cheese mesti fikir peliknya kombinasi ni. Belum cuba belum tahu kan? Saya pun first time makan durian cheesecake dan I don't regret it. The first time I heard about it when a member mentioned that the Promenade Hotel, Tawau, sells the most delicious durian cheesecake. And I don't doubt about it, hehe.. Well, everyone has his or her own preference. As for me, I've never cared much for pineapples, but I'm willing to give anything a go ;)

UPDATE 23 MAY 2011: Resepi telah diupdatekan ke www.myresipi.com (Kek Keju Durian Bakar (Baked durian cheesecake). Kek ni boleh dikukus cuma jadi susah sikit nak potong. Mungkin kalau nak kukus kena kurangkan cecair atau tambahkan tepung jagung dalam adunan kot (tak pasti berapa banyak sebab saya tak pernah buat).


Kek keju durian bakar

Resepi Baked Durian Cheesecake (Kek Keju Durian Bakar)
Diadaptasi dan dimodifikasi dari blog Aunty Yochana

Loyang bulat 7" ketinggian 3" (untuk kek lebih tinggi) atau 8" ketinggian minima 2"
(Resepi di bawah adalah separuh dari yang asal)


Kek keju durian yang dah dipotong

Bahagian dalam kek


Base biskut:
(Boleh juga guna base kek sponge) ku tak buat base

140g digestive biscuit, diblend
15g gula kastor
60g butter, dicairkan
*Alas dan lengser loyang springform/loose pan dengan majerin/butter cair dan baking paper. Campur kesemua bahan base biskut dan tekan pada dasar loyang. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling cream cheese.

Filling:
175g @1C + 1sb + 1/2sb isi durian, dilecek halus - ku guna whisk je bagi hancur. Boleh juga diblend kalau nak lebih halus
250g cream cheese, suhu bilik
60g @ 1/4C gula kastor - ku guna 50g
20g @ 2sb menggunung tepung jagung (corn starch)
90ml @ 6sb susu sejat @ santan - ku guna susu sejat
50ml @ 3sb + 1st UHT whipping cream @ fresh cream - ku guna fresh cream, cuma kurangkan gula kepada 50g
1 + 1/2 biji telur Gred A

Topping:
(Ku buat separuh sebab tinggal 45g isi durian je- sebab dah kena ngap, haha..)

80g isi durian, dilecek
32g susu segar - ku guna 15g susu sejat
22g UHT whipping cream - ku guna 10g fresh cream
15g gula kastor - ku guna 7g gula
1/2 biji telur + 1/2 kuning telur Gred A - ku guna 1/2 biji telur Gred A, baki dari filling cream cheese di atas

Hiasan:
Serbuk koko + penapis
1/2C fresh cream, dikocok kental


Cara:
1. Panaskan oven 160C.

2. Untuk filling: Pukul cream cheese dan gula kastor hingga gula hancur. Masukkan isi durian, susu sejat, whipping cream, dan tepung jagung. Pukul sebati. Masukkan telur dan gaul hingga smooth.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut (jangan lupa balut loyang dengan foil 2-3 kali dahulu untuk elak air dari masuk).

4. Bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 1 jam, dengan loyang di'rotate'kan pada 5 minit terakhir untuk dapatkan permukaan yang dibakar rata.

5. Untuk topping: Campur kesemua bahan untuk topping dan tuang di atas kek yang dibakar tadi (tak perlu disejukkan dahulu). Sambung bakar untuk 15-20 minit atau hingga permukaan atas kek sedikit keperangan dan agak kering.

6. Keluarkan kek dari oven dan sejukkan kek dalam loyangnya di atas redai. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam sebelum dikeluarkan dari loyangnya dan dihias dengan mengayak serbuk koko diatasnya atau disalut dengan fresh cream.

Sekarang tinggal separuh je sebenaranya (tak sampai 24 jam pun dirasmikan)

3 lapisan- kek keju durian, topping durian, dan salutn nipis fresh cream untuk kekalkan bau durian dalam kek


NOTE:
Susah juga nak cari resepi yang mudah dan yang paling penting tak terlalu mengecut semasa menyejuk. Ku buat separuh dari adunan asal (yang menggunakan loyang 9" tapi ku guna 8" untuk separuh adunan) dan dapat kek yang tinggi lebih kurang 1", tanpa base. Kalau sesiapa nak buat, dicadangkan guna loyang 7" untuk kek yang lebih tinggi. Guna durian yang agak lembab (bukan jenis yang kering) untuk dapat tekstur yang lebih gebu dan halus.

UPDATE 2 SEPT 2012: Cara steam bake/water bath. Loyang berisi adunan kek dimasukkan ke dalam loyang lebih besar. Loyang besar diisi air panas. Keadah ni biasa digunakan untuk adunan yang menggunakan telur yang banyak (cth: souffle) atau menggunakan cheese. Kalau guna loyang springform/loyang bongkar pasang, balutkan luar loyang adunan kek dengan aluminium foil 2-3x untuk elak air meresap masuk ke dalam kek nanti.


Tuesday, May 17, 2011

Resepi Soto Banjar dan Begedil Daging Burger

Rasa kelainan sikit soto banjar ini berbanding soto ayam biasa sebab tak menggunakan rempah jintan atau ketumbar. Kuahnya agak jernih tapi sedap, lagi-lagi hirup masa panas-panas. Hampir sama dengan resepi kak Fida@myresipi.com, cuma tak guna lengkuas, serai, kunyit dengan halia.

Penangan soto banjar dari warung yang terletak dekat dengan Airport Tawau terasa sampai ke hari ini. Hehe.. Tu yang terasa nak makan lagi tapi buat sendiri jela. Apapun, enjoy~


Soto banjar ku yang simple


Resepi Soto Banjar dan Begedil Daging Burger


Resepi Kuah Soto Banjar (untuk 2-3 orang)
Source: Info Kalimantan


Kuah sup soto banjar


1/4 ekor ayam kampung- ku guna ayam biasa je
2 liter air
*5-6 daun limau purut- ku tambah untuk lebih harum

Bahan untuk diikat dalam kain kasa/bungkus:
1 batang kulit kayu manis
3 kapulaga- tak letak. 28 Jun 2012: Reen kata kapulaga tu pala. tq for the info ;)
4 biji cengkih
3 biji bunga sisir- tak letak, tak faham juga (sila translate utk saya)
1/2 biji buah pala
*3 biji bunga lawang- ku letak sendiri
*3 biji pelaga- ku letak sendiri

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Garam
Biji lada putih- ku guna serbuk je
Segenggam buah kenari- tak letak, tak faham (sila translate utk saya)
1st kas-kas- takde
2 lembar daun ganti- tak letak, tak faham (sila translate utk saya)
1sb butter- untuk kuningkan sup


Bahan Tambahan:
Suhun putih, direndam dalam air panas hingga lembut
Telur rebus
Ketupat/nasi impit
Begedil kentang/begedil daging burger
Bawang goreng
Daun sup/saleri
Sambal kicap- ku tak buat
Isi ayam yang disiat
Limau kasturi


Cara:
1. Rebus ayam dan daun limau purut dalam air bersama bahan dalam kain kasa/bungkus.

2. Tumis bahan kisar sampai harum, masukkan ke dalam air rebusan ayam dan rebus hingga keluar minyak.

3. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dan kain kasa/bungkus tadi. Ketepikan ayam untuk disiat-siatkan sebagai bahan tambahan.

4. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah, kas-kas (kalau ada) dan daun ganti.

5. Masukkan butter (ku tak letak) dan matikan api.

6. Sajikan dengan nasi impit, telur rebus, suhun lembut, begedil, bawang goreng, isi ayam, sambal kicap dan sehiris limau kasturi.

Begedil daging burger


Resepi Begedil Daging Burger
16-18 biji kecil atau bergantung pada saiz

Bahan:
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger
Daun sup/daun bawang dicincang- optional
1/sb - 1sb tepung jagung

1 biji telur, dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Basuh dan buang kulit kentang.

2. Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.

3. Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat (ketika kentang masih panas).

4. Bila kentang agak suam, masukkan daging burger (defrost dahulu) dan daun sup/daun bawang (jika guna) dan gaul sebati. Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng. Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2sb tepung jagung.

4. Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.

5. Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali (untuk mengelakkan begedil hancur).

6. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.

7. Angkat dan toskan atas paper towel.

Wednesday, May 11, 2011

Resepi Kek Cawan Tiramisu

Malas nak buat kek tiramisu besar-besar, jadi ku jadikan ia sebagai cupcake atau kek cawan. Ajaibnya, si Taufiq suka pula light whipped cream cheese frosting untuk tiramisu ni. Agaknya kombinasi cream cheese yang [agak] masam, fresh cream yang manis, dan serbuk koko yang pahit membuat dia tertarik kot.

Niat asal nak sapu sirap kopi, tapi nescafe dah expired (NOTE TO SELF: lain kali check dulu apa yang ada sebelum nak mulakan sesuatu projek). Tak letak sirap kopi pun tak apa, sebab Taufiq kureng dengan kopi. Apapun, puashati dengan resepi kek cawan vanila ini. Tak berapa manis, gebu, tak berapa lembab dan tak berapa kering (sesuai kalau letak sirap kopi ni), dan sesuai digabungkan dengan cream cheese frosting. Cuma sayangnya dapat pipekan 3 biji kek cawan sebab cream cheese cuma tinggal 30g. Baki kek cawan yang lain ku cuma hias dengan fresh cream dengan blueberry filling (tapi sempat gak 2 biji dijamah togel-togel oleh si Taufiq).

Apapun, enjoy~


Resepi Kek Cawan Tiramisu
Diadaptasi dan dimodified dari Confessions of a Foodie Bride
Resepi asal: Martha Stewart

Kek cawan tiramisu dengan light whipped cream cheese frosting


Resepi Kek Cawan Vanila:
Dapat 18 biji kek cawan - ku buat separuh dapat 9 biji saiz besar jugalah. Boleh dapat lebih kalau guna saiz lebih kecil

Bahan A:
1 1/4C tepung kek - ku guna 1/2C + 1/8C tepung superfine
3/4st baking powder - ku guna 3/8st
1/2st garam - ku tak letak sebab guna salted butter
***Bahan A semua diayak dalam satu bekas. Ketepikan.

Bahan B:
1/4C susu segar - ku guna 1/8C air masak + 1/2sb susu tepung
1/2st esen vanila - resepi asal guna vanila pod
4sb butter - ku guna 2sb
***Cairkan semua Bahan B dalam microwave atau periuk kecil hingga butter cair. Ketepikan pada suhu bilik.

Bahan C:
3 biji telur Gred A, seluruh/whole egg *
3 biji telur Gred A, kuning saja*
1C gula kastor
*ku guna 3 biji telur Gred C, ku guna seluruh telur tu, tak guna separuh kuning je sebab rasa bazir :P Berat 3 biji Gred C lebih kurang 140g

Cara sediakan kek cawan vanila:
1. Panaskan oven 160C.
2. Sediakan 18 souffle cup/papercup saiz sedang (ku guna 9 biji souffle cup, mungkin leh dapat lebih kalau guna yang kecil sikit).
3. Sediakan Bahan A dan B dahulu. Ketepikan.
4. Campurkan kesemua Bahan C dalam satu bekas tahan panas.
5. Didihkan satu periuk kecil berisi air, tutup api dan letakkan periuk tersebut dekat dengan elektrik hand mixer anda. Ambil bekas tahan panas berisi Bahan C tadi, letak atas periuk (pastikan bahagian bawah bekas tak kena air dalam periuk).
6. Pukul adunan kelajuan maksima hingga adunan menjadi pucat, naik 2-3x ganda, pekat dan ribbon stage. Lebih kurang 6 minit gitu.
7. Masukkan Bahan A (tepung) diselang-selikan dengan Bahan B (susu segar), sambil kaup balik rata-rata (ku guna mixer paling slow). Kaup balik hingga adunan bercampur sebati tapi jangan terlebih gaul, takut nanti kek bantat.
8. Tuang atau sudukan adunan ke dalam souffle cup 3/4 penuh (kek akan naik masa bakar jadi jangan letak penuh sangat).
9. Bakar 160C, 15-20 minit atau hingga lidi dicucuk kering dan permukaan atas kek cawan keperangan.
10. Sejukkan pada suhu bilik di atas redai sebelum dihias.

Kek cawan vanila togel

Kek cawan vanila yang dipotong bahagian atas (kes terlebih letak 3/4 full, haha). Warna putih-kuning pucat dan sangat gebu


Sirap kopi:
- ku tak jadi buat sirap kopi masa ni sebab nescafe rupanya dah expired :'(
3/8C air espreso/kopi panas- 3/8C + 1/2sb nescafe atau kurang/lebih bergantung pada preference
1/4C gula pasir/kasar

Cara sediakan sirap kopi: Campur gula pasir dan air kopi hingga gula larut. Ketepikan untuk disapu atas kek cawan nanti.


Light whipped cream cheese frosting:
Diadaptasi dan dimodified dari Allrecipes.com

1/2C UHT whipping cream - ku guna 60g fresh cream je, dua kali ganda berat cream cheese
1250g cream cheese, suhu bilik - ku guna dalam 30g sebab tu je yang tinggal (baki buat kek yang lepas)
1/4C gula aising - ku guna sangat sikit, dalam 1sb sebab fresh cream memang dah manis. Nak letak lebih bergantung pada preference

Cara sediakan light whipped cream cheese frosting: Dalam satu bekas, pukul whipping cream (atau fresh cream) hingga bertanduk (stiff peak). Ketepikan. Dalam bekas lain, pukul cream cheese dan gula aising hingga lembut. Kaup balikkan whipping cream@fresh cream ke dalam adunan cream cheese. Masukkan adunan ke dalam piping bag bernozzle star. Ketepikan.

Hiasan:
Serbuk koko berkualiti - ku guna Tudor Gold
Atau coklat masakan, diparut


Cara sediakan kek cawan tiramisu:
1. Ambil sebiji kek cawan vanila yang sudah disejukkan pada suhu bilik tadi. Cucuk 4-5 lubang pada permukaan kek cawan dengan lidi/pisau kecil (bagi membolehkan sirap kopi menyerap ke dalam kek).
2. Menggunakan berus, sapu sirap kopi pada permukaan kek cawan.
3. Pipekan cream cheese frosting di atas kek cawan (ku cuma dapat pipekan 3 biji kek cawan menggunakan 30g cream cheese di atas, haha).
4. Ayak serbuk koko (atau tabur parutan coklat) di atas permukaan frosting.
5. Sedia dihidangkan atau disimpan dalam peti sejuk (sedap lagi makan masa sejuk).

Friday, May 6, 2011

Resepi Kek Strawberry Shortcake (Japanese-style)

UPDATE 19 JUNE 2011: Untuk resepi kek strawberry yang sponge keknya rasa strawberry, sila lihat di sini.

Apa itu shortcake?

From Mr. Google, a "...shortcake is a sweet biscuit (in the American sense: that is, a crumbly, baking soda- or baking powder-leavened bread). It is made with flour, sugar, baking powder or soda, salt, butter, milk or cream, and sometimes eggs. The dry ingredients are blended, and then the butter is cut in and mixed (or "combined") until the mixture resembles cornmeal. The liquid ingredients are then mixed in just until moistened, resulting in a wet batter. The batter is then dropped in spoonfuls onto a baking sheet or poured into a cake form, and baked until set.

The most famous dessert made with shortcake is strawberry shortcake. Sliced strawberries are mixed with sugar and allowed to sit an hour or so, until the strawberries have surrendered a great deal of their juices. The shortcakes are split and the bottoms are covered with a layer of strawberries, juice, and whipped cream, typically flavored with sugar and vanilla. The top is replaced, and more strawberries and whipped cream are added onto the top."

And "...unlike the American concept of strawberry shortcake (sweet biscuits/scones topped with strawberries and whipped cream), a Japanese strawberry shortcake is a layered sponge cake with a strawberry and whipped cream filling, and whipped cream frosting. This cake is a favorite choice for birthdays and Christmas, and in fact is often called a Christmas Cake." [citation]

Dalam kata lain, American-style strawberry shortcake guna biskut/scones bertatahkan strawberry dan whipped cream, sedangkan Japanese-style guna lapisan kek sponge yang berfillingkan dengan whipped cream dan buah strawberry.

Kebetulan masa pergi makan tengahari hujung minggu lepas ku singgah dekat Cold Storage cawangan Sarawak (dekat dengan Atap Biru yang bertentangan dengan Pasar Tanjung Tawau). Being curious (because I've never been inside a Cold Storage before), I invited Mr. Hubby to take a look around. Imagine to my delight when I saw a row of fresh Korean Strawberries [and not to mention relatively cheap kiwis] in the cold unit display. Perghh.. Nak tak nak 'terpaksalah' amik ye, bukan senang nak jumpa strawberries kat sini. Beso gedabak lak tu, hehe..

Harga tak tahu nak kata mahal ke tak. About RM12.50 for 250g. OKlah kot, untuk hias dan filling sebiji kek 1kg macam ni cukuplah.

Enough chitchat and let's get on with the recipe.

UPDATE 20 MAY 2011: Resepi telah diupdatekan ke myresipi.com, Kek strawberry shortcake-Japanese style.

UPDATE 16 MARCH 2012: Warming the egg-and-sugar ingredients simply helps dissolve the sugar better and improves the emulsifying properties of the eggs. As a result, it helps the eggs reach maximum volume when beaten. Make sure the sugar is dissolved by rubbing a small amount of mixture in between your fingers. It should not be sandy. If it is, stir rapidly until the sugar is thoroughly dissolved. I like to use superfine sugar because it dissolves faster than regular table sugar. It's very important because if the sugar is NOT dissolved all the way, the egg structure won't be strong. [citation]


Resepi Kek Strawberry Shortcake- Japanese-style
[atau Japanese Strawberry Shortcake]
8" atau 9 "loyang bulat ketinggian 3"
Kek sponge diadaptasi dan dimodified dari Table for 2..or more: http://wendyinkk.blogspot.com/2009/08/strawberry-yogurt-cake.html


Kek strawberry shortcake - Japanese-style

Bahan kek sponge (atau boleh guna resepi sponge cake lain)


Kek yang dah dipotong


5 biji telur Gred A - ku guna 4 biji
150g gula kastor/gula halus - ku guna 120g

100g tepung kek@tepung superfine - ku guna 80g tepung superfine
25g tepung jagung - ku guna 20g
1/2st baking powder - ku guna 1/4st
50ml@50g susu segar + 1st esen vanila - ku guna 40ml air + 1/2sb susu tepung + 1/2st esen vanila

50g butter, dicairkan - ku guna 40g

Hiasan:
300g-500g fresh cream@non-dairy whipping cream, dikocok hingga kental
250g buah strawberry segar
Coklat untuk celup strawberry (optional)


Cara:

1. Panaskan oven pada suhu 170C.

2. Lengser dan alaskan dasar serta keliling loyang kek 8 atau 9" (ku guna 8") dengan baking paper. Ketepikan.

3. Pukul telur dan gula dalam bekas tahan panas dengan mixer elektrik pada max speed secara double-boiler. Pukul hingga adunan naik 2-3x ganda, berwarna putih-kuning pucat dan pada ribbon stage selama 6 minit. (NB: ku hanya didihkan periuk kecil berisi air sampai menggelegak, angkat dan letakkan periuk dekat dengan tempat mixer. Lepas tu ambil bekas tahan panas berisi telur + gula, letak atas periuk tersebut dan pukul hingga adunan jadi gebu).



4. Ayak tepung kek, tepung jagung dan baking powder dalam satu bekas.

5. Kaup balikkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, berseling-selikan dengan susu segar. Mulakan dengan campuran tepung dan akhiri juga dengan campuran tepung. (Contoh: tepung-susu segar-tepung-susu segar-tepung).

6. Ambil sedikit adunan, campurkan ke dalam butter yang dicairkan tadi. Gaul rata dan masukkan adunan ini ke dalam adunan asal. Kaup balik hingga rata (ku guna mixer speed paling slow sekali, malas nak guna spatula).

7. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar 170C, 30-35 minit atau hingga lidi dicucuk kering dan atas kek sedikit keperangan.

8. Keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang atas redai. Keluarkan loyang dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik.

9. Potong kek kepada 3 layer (nak lagi senang simpan kek dalam peti sejuk sejam dua sebelum dipotong).

10. Atas layer kek pertama, sapu fresh cream dan hiaskan dengan hirisan strawberry secara rawak. Tutup dengan layer kek kedua.

11. Ulang dengan menyalut lapisan ke-2 kek dengan fresh cream dan hirisan strawberry.

12. Akhiri dengan lapisan kek ke-3 dan salut keseluruhan kek dengan baki fresh cream. Susun hirisan buah strawberry di keliling kek dan di atas kek (kalau nak buat macam dalam gambar, salut kek dengan fresh cream dahulu, kemudian hiris nipis-nipis strawberry. Lepas tu 'lekat'kan hirisan strawberry pada kaki kek tersebut).

13. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.


VERDICT: Kek sponge sesangat lembut, lembab dan gebu ("Macam kat hotel!" sampuk En. Hubby, haha) dan tak berapa manis jadi kombinasi dengan fresh cream yang manis serta strawberry yang masam-manis memang sesuai. Ahaks~

NB: Kalau nak tahu kenapa guna kaedah double-boiler untuk pukul telur, sebenarnya telur lebih mudah kembang bila dipukul cara begini. Sebelum ni pernah buat kek sponge, bahan-bahan dan cara lebih kurang sama macam kat atas, cuma tak guna double-boiler. Memang berbeza sangat bila buat cara double-boiler, lagi-lagi kalau guna oven otang/tangkring ku yang temperamental ni. Huhu..

***Ada geng My Resipi@Facebook dah pernah try kek ni untuk sambutan Hari Guru. Feedback yang memberangsangkan dari pihak guru, katanya rasa sangat unik dan different dari kek-kek yang lain. Ahaks~

Thursday, May 5, 2011

Resepi Mee Udang

Resepi mee udang che'iza ikut sukatan original sedap. Kali ni ku tambah serbuk kari, saje testing. Rasa dah macam mee kari lak, haha.. Cuma tak ada santan la. Kalau ikut resepi asal kuahnya manis-manis gitu, sedap. Manis dari udangnya.

Apapun, yang penting enjoy!


Resepi Mee Udang (che'iza@myresipi.com)


Mee udang (yang telah diconvertkan kepada mee kari udang, haha)


Bahan-bahan (3-4 org)
ku buat 1/2 adunan

1/kg mee kuning- ku guna mee kering biasa sebab takde stok masa buat kali ni
300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh)
4 sb lada boh/lada giling

*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 sb udang kering
*1/2 inci halia
Bahan bertanda * dikisar

1 sb petis - ku tak letak, takde
3 sb sos tomato
1 sb sos cili
keledek/kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah) - ku tak lenyek, cuma rebus sekali
gula n garam
taugeh n sawi
daun bawang n bawang goreng

***1/2sb serbuk kari dibuat pes + daun kari
***tauhu goreng, dihiris
***fish cake, dihiris nipis
Bahan-bahan ni ku saje tambah

Cara-cara

1. Rebus udang hingga masak. Tapis keluar udang dan asingkan. Air rebusan jangan dibuang.

2. Tumis lada boh hingga garing. Tumis bahan bertanda * hingga betul garing dan naik bau.

3. Masukkan air rebusan udang. Biarkan kuah mendidih. Masukkan sos tomato, sos cili dan petis. Renehkan kuah.

4. Masukkan garam dan gula (bergantung pada citarasa masing-masing). Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama. Lagi lama lagi sedap.

5. Letak keledek/kentang yang telah dilenyek untuk memekatkan kuah. Tapi kuah ni dah cukup pekat sebab ada letak sos, so depend masing2lah eh.

6. Celur mee, taugeh dan sawi. Masukkan udang yang telah direbus tadi. Tuang kuah dan taburlah dengan daun bawang dan bawang goreng.

Tuesday, May 3, 2011

Resepi Apam Polka Dot

Dah ramai yang buat apam polka dot atau apam dot-dot ni dekat Kongsi Resepi@Facebook. Tertarik tengok apam berwarna-warni tapi tengok jumlah yang dihasilkan agak besar, jadi terpaksa ditangguhkan. Last-last ku buat 1/3 adunan, dapat jumlah lebih kecil cuma masih banyak bagi 2 orang dewasa + seorang kanak-kanak (kalau bab kuih-muih ni kitorang makan 1-2 biji pun dah cukup. Lainlah kalau cheese kek atau kek coklat, satu hari leh habiskan. Haha..)

Apapun, enjoy menge'dot' apam dot-dot ni. Nak dot-dot pun simple, tak perlu nak tekan banyak sangat adunan dot-dot atas apam tu, cukup sekadar nampak (takut tenggelam dot-dotnya nanti).


UPDATE 23 JUNE 2011: Kalau nak lebih detail, blog kak Zu@SemanisGula.blogspot.com ada step-by-step cara mengedot apam polka dot ni dengan resepinya sekali.

P/S: Sebaiknya ada ovalette, gunakan ovalette. Kalau tak guna peratusan untuk apam jadi bantat tu memang tinggi. Hehe..

Resepi Apam Polka Dot [Apam Dot Dot]
Sumber: lyne@Myresipi.com (http://www.myresipi.com/top/detail/12445)
Atau: sheely@Myresipi.com (http://www.myresipi.com/top/detail/12857)
Atau: MrsFendy@Myresipi.com (http://www.myresipi.com/top/detail/14323)

Apam polka dot tanpa ovalette-tetap lembut macam apam biasa walaupun tak ada ovalette. Pantangnya jangan dibiarkan lama-lama (walaupun seminit), terus dikukus. Sebab kek/apam yang guna cara 'ribbon stage' sangat sensitif. Papercup pun guna yang saiz sesuai dengan acuan/loyang, kalau tak akan jadi macam kes apam warna biru tu (apam naik tak cantik)


Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar)
(ku buat 1/3 adunan)

3 biji telur - ku guna 1 biji Gred A
275 gm tepung gandum* - ku guna 91g tepung superfine
3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum) - ku guna 1st
150gm susu segar/susu sejat - ku guna 50ml air + 1/2sb susu tepung
1 sudu teh ovallete - ku tak guna
Pewarna & Esen Vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)- ku guna 70g

Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara

1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang dengan kelajuan maxima selama 10 minit (hingga adunan bertukar jadi putih-kuning pucat). UPDATE 19 MAY 2011: Pukul ovalette bersama gula dan telur sekali, bukan masuk kemudian. Ikutkan resepi asal masuk sama dengan esen tapi nanti macam ovalette tak jalankan fungsinya pula. Sori, saya memang tak suka sangat guna ovalette dalam kek/kuih-muih jadi terlepas pandang.

2. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer (kelajuan minima).

3. Tambah esen vanilla, pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu (dan adunan bertambah hingga 2-3x kali dari adunan asal).

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, titiskan pewarna mengikut citarasa
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

5. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang/tart (asalkan berlapik. Ku guna loyang papercup yang kecil tu, saiz almond london dan ada yang bersaiz lebih besar sikit).

6. Picitkan blueberry filling secukupnya. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit. Jangan buka api besar semasa mengukus, nanti merekah. (Pastikan air sudah mendidih sebelum dikukus dan turunkan suhu bila dah masukkan apam).

***Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.


UPDATE 15 May 2011:

Baca komen-komen kat Kongsi Resepi@FB, rata-rata cakap apam polka dot ni jangan dibiar lama-lama, dah siap adun terus kukus. Pastu pastikan air betul-betul mendidih sebelum dikukus, dah masukkan apam baru perlahankan api (kalau tak apam pecah). Ada yang komen, pukul kesemua bahan-bahan sampai gebu, ada lak yang komen pukul telur+gula sampai gebu sebelum masukkan bahan-bahan lain. Terpulang pada cara dan firasat masing-masing, saya cuma bagi pandangan je.

Ikutkan resepi ni guna ovalette, tapi saya takde stok. Jadi terpaksa pukul telur dan gula dipukul hingga kembang, umpama membuat kek sponge@span. Tujuannya nak masukkan udara ke dalam adunan tu untuk membuatkan kek (atau apam) jadi gebu.

Selain tu, saya pukul telur+gula guna kaedah double-boiler, cuma tak buat direct atas dapur gas (takut jadi scrambled eggs). Sebab telur akan lebih mudah mengembang pada keadaan yang hangat.

Caranya:

1. Didihkan periuk kecil berisi air, angkat dan letakkan periuk di atas meja, lebih elok dekat dengan mixer anda supaya senang nak pukul. Pastikan letak alas/kain sebelum diletak periuk panas atas meja tu.

2. Letakkan bekas telur+gula (guna bekas tahan panas) di atas periuk. Juga pastikan air tak terkena pada dasar bekas tersebut.

3. Pukul guna mixer elektrik macam biasa, pukul sampai gula hancur dan adunan menjadi suam, lebih kurang 6 minit.

4. Alihkan bekas telur+gula dari periuk dan pukul lagi hingga adunan bertukar warna putih-kuning pucat serta bertambah 'volume'nya, max speed.

4. Salah satu tanda adunan dah dipukul hingga kembang, bila angkat beaters dan biarkan adunan meleleh, adunan akan jatuh seperti 'ribbon'. Contoh cara pukul telur+gula asampai ribbon stage da di sini.

Kalau tak silap, memukul telur+gula guna double-boiler ni cara orang Japanese. Cuma kena hati-hati kalau guna cara ni sebab takut telur termasak, lagi-lagi kalau buat atas dapur gas terus. Tapi memang adunan akan berkembang dengan lebih cepat kalau pukul cara ni.


Apapun gunalah cara yang anda biasa. Kalau guna cara di atas cuma salah satu alternatif kalau takde ovalette. Kalau guna ovalette 'kegebuan' adunan bertahan lebih lama, kalau cara di atas kena buat cepat sikit sebab tak ada emulsifier tambahan untuk kekalkan/maintain udara yang dipukul di dalam adunan.




UPDATE 12 NOV 2011: Ada geng FB cuba buat apam cara saya, alhamdulillah katanya apamnya jadi walaupun tanpa ovalette.