Pages

Friday, December 30, 2011

Last Tempahan, Goodbye 2011...Hello 2012

Rasanya dah takde tempahan lagi untuk tahun 2011 ni. Mungkin tahun depan baru testing resepi baru, lepas habis pantang. Buat masa ni, layan jelah gambar-gambar tempahan terakhir untuk penghujung tahun ni ek :P


Baked blueberry cheese, saje testing buat bunga-bunga
Piping tak hensem sangat, samada nozel bulat kecil sangat atau teknik piping tak berapa  betul *garuk2 dagu jap* hmmm..
Kek doktor order, kawan passing kat saya aritu. Hehe, tak bagitahu pun doktor saya buat kek :P Rezeki..

Video cara buat bentuk-bentuk bunga guna decorfil (ku guna filling je):

Sunday, December 25, 2011

American Chocolate Piano Cake~ My Children, My Inspiration

My children, Taufiq and late Nurfatihah, are my inspiration.

To me, each cake I bake means something special. Especially since the death of my little princess. The princess doll cake was inspired by Fatihah, whom I cannot and never will have the chance to bake a birthday cake each year (may Allah bless her soul). For this particular piano cake, it was inspired by my son, who recently likes to play the piano on my husband's tablet. He doesn't know any notes, nor does he plays it very well. Or to be honest, he doesn't play at all. All he does is crash/smash his fingers on the keyboard and sings 'I love you like a love song baby' by Selena Gomez on the microphone. *rolls eyes fondly*

It was a challenge trying to get smooth, sharp edges round the cake. There was not much problem when I slathered fresh cream in each corners, but it was a chore when I absent-mindedly poured lukewarm ganache on the cold frosted cake. In the end it resulted in quickly-set ganache and I had to make another batch to pour more smoothly over the old one.

Another thing, next time I'll try using Kit Kats for the black keys. Like a smartass, I piped the borders around the cakes without first making the imprints of the white keys. *tsked tsked*. Otherwise I would've have a smoother looking black-and-white keys and a more realistic-looking keyboard. Ah well, what's done is done.

Something I'll keep in mind for future use:

  • When pouring ganache over a fresh cream cake, always make sure your cake is slightly below room temperature. This is to avoid your ganache from quickly setting when it hits the cold cream.
  • Use 1 part chocolate and 1 part ganache. Too much chocolate and you'll end up with thick ganache that is good for piping but difficult to spread.
  • Always do your homework first. A piano doesn't have 4 black keys.
  • Most importantly, plan ahead.
In case you're wondering, I used the american chocolate cake recipe that I did a few weeks ago.


American chocolate piano cake
Before pouring the ganache, do crumb coat or you'll have specks of crumb cakes in your cream. I didn't do it but hey, I'm a pro  (yelah tu :P)

Wednesday, December 21, 2011

Back To Baking Orders

Setelah bercuti 5 bulan, sekarang mula buka kembali tempahan. Takdela giat mana, sikit-sikit je. Rasanya macam nak belajar buat resepi lain tapi belum tiba masa lagi. Nak buat kek yang leceh dan susah, yang jarang orang buat tapi rasanya biar unik. Hehe, berangan-berangan jela dulu. Kek apa nak buat pun resepinya belum difikir lagi :P

Tempahan kek pertama setelah berehat 5 bulan, baked blueberry cheesecake
Kek coklat moist, deco-deco sikit sebab untuk birthday
Kek coklat moist, deco simple-simple. Hantar tengahari, rasanya nak bawa balik makan kat rumah lepas kerja 

Saturday, December 17, 2011

Menghadapi Kesedihan Akibat Keguguran

"Doktor, apalah nasib saya. Saya telah gagal memberikan zuriat untuk suami saya. Saya wanita tak guna!"

"Masihkah suami sayangkan saya walaupun saya gagal untuk meneruskan kehamilan?"

Pernahkah soalan-soalan ini diluahkan oleh anda? Ataupun terlintas dalam fikiran anda walaupun sejenak? Jika ada, bacalah artikel dari Dr. Zubaidi yang bertajuk 'Menghadapi kesedihan akibat keguguran'. Apa yang terjadi pada saya semasa mengandungkan arwah Nurfatihah juga boleh dianggap seperti keguguran last minit (boleh ke camtu?), dan saya faham apa yang dilalui oleh ibu-ibu yang telah keguguran anak...

Satu riwayat hadis oleh Qurrah al-Mizni r.a:
Sesungguhnya Nabi Allah s.a.w apabila duduk, maka sekumpulan dari sahabat juga akan duduk bersamanya. Ketika itu seorang anak kecil , anak kepada seorang sahabat, datang dari arah belakang ayahnya lalu didudukkan ayahnya di pangkuannya.

Maka Nabi bertanya kepadanya : Kamu cintakannya ?
Jawabnya : Wahai RasuluLLAH ! Aku mencintaimu ( ATAU ) ALLAH mencintaimu sebagaimana aku mencintai anakku.

Maka ( selepas itu ) anaknya meninggal , dan lelaki tadi tidak lagi menghadiri majlis bersama RasuluLLAH kerana mengingati anaknya dan bersedih atas kematiannya.

Nabi menyedari kehilangannya lalu bertanya : Manakah si Fulan , aku tak melihatnya di sini ?
Maka para sahabat memberitahunya : Wahai RasuluLLAH , anaknya yang telah kau lihat dulu telah meninggal.

Baginda terus menemuinya dan bertanyakan tentang anaknya. Dia memaklumkan kematian anaknya lalu Baginda mengucapkan takziah kepadanya lalu berkata :
Wahai Fulan! Yang mana satu lebih kau sukai ,nikmati kehidupan kamu ini atau kelak kamu tidak akan sampai ke satu pintu dari pintu-pintu syurga dan kamu dapati anakmu telah mendahuluimu dan membukakan pintu untukmu?

Dia menjawab : Wahai Nabi Allah ! Bahkan sudah tentu aku sukai jika dia mendahuluiku dan membukakan pintu syurga buatku.

Maka kata Baginda : Maka begitulah keadaannya bagimu.
Maka bertanya seorang sahabat dari kalangan Ansar : Wahai RasuluLLAH , moga Allah menjadikanku sebagai galang gantimu; apakah yang kau nyatakan tadi khusus baginya atau untuk kami semua ? Maka jawab Baginda : Bahkan ia adalah untuk kamu semua.

(petikan di atas di c&p dari I am Adlie and I'm just being me)



‎"Anggaplah musibah yang kita terima sebagai satu ujian Allah untuk mengangkat darjat kita atau menghapuskan dosa kita. Kecekalan kita akan menyebabkan kita muncul sebagai insan cemerlang di dunia dan di akhirat."

Thursday, December 15, 2011

Mengapa Harus Bersedih?

Dipetik dari buku Diari Islam 1432-1433H, Dr. Badrul Amin Bahron, Jangan Bersedih: Zikir Munajat & Tazkirah, 2006)

Saudara. Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita. Firman Allah:

"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." (Ibrahim 14:34)


Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah. Firman Allah:

"Jangan takut, jangan berdukacita." (Al-Ankabut 29:33)


Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.

Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini. Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.

Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan. Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya. Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya! Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.

Ya, katakanlah anak kita degil, anak kita suka melawan, anak kita tidak dengar cakap. Lantas kita berusaha untuk mendidiknya, untuk mengajarnya, untuk mengasuhnya, dengan yang terbaik. Kita beroleh pahala dari Allah swt.

Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs - melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.

Iblis telah bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

Saudara. Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

Tuesday, December 13, 2011

Happy Birthday To You~

Dah dekat sebulan tak buat kek. Baru semalam bakar sebiji kek vanila (biasa jer) berperisa mangga. Pastu sambung deco pagi tadi sebab semalam asik takde karan je. Hehe..

Tak berapa puas hati sangat deco kali ni sebab fresh creamnya cair. Nak buat bunga pun tak boleh (padahal dah berangan malam tadi nak cuba bunga lain selain bunga rose, haha..) Jadi buat jela kek yang simple-simple, ada rezeki ada masa cuba buat deco lain pula yek?

Tak dapat nak tangkap gambar step-by-step sebab ketidak-izinan fresh creamnya. Nanti ada rezeki buat lagi saya tangkap ya? Yang keliling kek tu pakai star nozzle, cuma tekan dan tarik ke atas je. Nak saiz besar guna nozzle besar. Pastu sambung-sambunglah guna nozzle bentuk bulat saiz paling kecil. Bab spray tepi kek tu (yang macam tali-tali halus tu) guna piping beg, potong hujungnya sikit je. Pastu picit kuat-kuat sambil rotate cake stand. Bab ni first time buat, kalau picit tak kuat huru-hara jadinya (macam dalam gambar di bawah). Haha..

Apapun, Happy Birthday to Mak dan adikku Karmila (walaupun lambat lagi birthday anda :P) Mungkin ni kek terakhir untuk tahun 2011, who knows? Tahun depan buka buku baru, album baru. InsyaAllah..

Kek mangga dengan isi buah mangga
Nozel-nozel yang digunakan (tak ikut nombor diatas, sebab guna nozel cap Taiwan :P)

happy birthday mak~

Friday, December 2, 2011

Resepi Sos Butterscotch

Lama tak tulis entry... Idea berlegar-legar dalam kepala tapi kesihatan kurang menginzinkan buat masa ni. Harap bersabar ye tuan-tuan dan puan-puan, mak-yang-takde-kerja tengah ambil kesempatan untuk merehatkan badan dan minda, badan dah tak sekuat dulu lagi dah T_T Kesiannya..

Hari ni buat butterscotch sauce dan butterscotch chunks. Ada lagi lebih kurang 500g+- gula perang dalam gerobok yang akhir tahun ni akan expired. Aritu beli banyak sangat, sampai 2kg. Buat kek coklat, biskut etc. pun tak habis-habis lagi, last-last fikir buat butterscotch sudahlah...

Memandangkan saya ni seorang yang 'sangat' kreatif (sebenarnya taknak bazirkan stok whipping cream je :p) jadi saya cari resepi yang tak guna thick/heavy whipping cream dan ganti thin cream dengan susu sejat@evaporated milk. Nasib baik la takde rasa yang terlalu ketara (masa awal-awal tu ada la sikit bau susu sejatnya, sebab esen vanila tinggal 1 sudu teh je T_T) tapi lama-lama dibiarkan pada suhu bilik, baunya akan hilang. Bau macam butterscotch biasa jugalah.

Layan~

Resepi Sos Butterscotch
(Modified from taste.au.com)
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

Sos butterscotch

Butterscotch chunks untuk buat biskut butterscotch- tak boleh nak buat bentuk chips, pejal sangat. More research please!

Bahan:
2/3C thin krim - ku guna susu sejat@evaporated milk
3/4C gula perang, dipadatkan
2sb + 1/2sb butter
2st esen vanila - ku cuma tinggal 1st je

Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecil (pastikan bahagian bawah periuk@bottom of the pan tebal untuk elakkan butterscotch hangus).
2. Kacau atas api kecil selama 5 minit atau hingga bahan kelihatan sudah bercampur.
3. Kuatkan api dan biarkan ia mendidih sebentar, kemudian turunkan api kembali dan renehkan selama 5 minit, sambil kacau sekali sekala (ku renihkan 10 minit untuk pekatkan sos).
4. Tutup api, biarkan pada suhu bilik atau 2 jam. Sedia digunakan sebagai sapuan filling kek, atas roti seperti kaya, ice-cream, dan lain-lain.

Wednesday, November 23, 2011

My Cake From 2008 to 2011: It Has Not Been A Bed of Roses

Jom kita menyelam sebentar ke zaman saya mula belajar buat kek...


Tahun 2009- Belajar buat kek coklat lembap kukus Lilydvalley@MyResepi je


(a) Gambar-gambar kat atas masa tu awal-awal belajar buat kek. Dua gambar bawah dah mula belajar buat icing. Teringat lagi masa ni, manisnya icing den buat, haha.. Yang sebelah kanan bawah tu siap tambah white choc lagi, olahan sendiri ;P

Kek coklat lembap kukus je semua ni

(b) Masa ni dah mula belajar hias guna nozel plastik. Memang sememeh kalau tengok balik, tapi tetap bangga ;) Pastu pelan-pelan belajar tambah perisa kat icing dengan buat bentuk lain. Di sinilah mula belajar jual kek kat kawan-kawan kat kolej komuniti...

Dah mula deco-deco 'cantik' sikit

(c) Dah mula belajar buat ganache dengan guna fresh cream. Tapi memang cepat cair la, al-maklumlah tak cukup ilmu lagi. Dua gambar kat bawah tu jual kat jirannya kawan (rasanya cair kot ganache masa dalam perjalanan T_T). Belum cukup ilmu lagi...belajar dari kesilapan.


Belajar salut kek dengan ganache



(d) Mula dah nak buat cheesecake. Masa ni tak tahu apa beza cream cheese, cheese slice, dengan cheese spread. Pastu tak tahu apa tu chiffon (kek atas kiri tu sebenarnya chiffon yang masak dalam rice cooker. Nampak garisan putih tu? Tak pandai lagi nak kaup balik masa ni, hehe..) Gambar kanan atas lak Slice cheesecake tapi improvise guna cheddar cheese block yang diparut. Haha.. Gambar bawah tak reti sangat bab-bab coklat, jadi coklatnya cepat mengeras. Gambar kanannya dah mula belajar guna whipped coklat ganache.


Dah mula belajar buat cheesecake

(e) Sekarang ni dah mula 'kreatif' sikit guna fresh cream pastu hias-hias dengan  buah ceri dan coklat rice. Tak cun tapi tetap bangga sebab buat sendiri ;) Time ni aktif gak amik tempahan.


Kek guna fresh cream

(f) Mula tambah buah-buahan segar. Masa ni baru belajar, coklat topping tak ngam dengan buah-buahan dalam tin sebab air jus dari buah-buahan tu akan meleleh atas kek T_T Tapi orang dah minta nak buat camne, hehe.. Belajar lagi buat chocolate plastic dan belajar guna buttercream icing untuk buat bunga (sampai sekarang masih tak cun lagi, haha). Gambar kanan bawah lak kek sponge coklat, testing-testing resepi lain.


Cuba deco cara lain sikit

(g) Mula tambah kaler-kaler kat kek, tapi belajar satu perkara- warna mudah 'bleeding' kalau guna fresh cream. Tapi lama-lama (setelah 2 tahun sebenarnya) baru perasan, ada teknik nak elak dia bleeding sangat (iaitu pastikan fresh cream tu betul-betul stiff, masukkan warna bila fc dah siap diputar hingga gebu, dan hias jangan terlalu awal. Esok nak bagi customer, malam tu elok dideco). Wallahu 'alam, masih belajar lagi ni :P

Dah mula menambahkan warna pada fc

(h) Belajar buat cheesecake (menggunakan cream cheese sebenar).  Hiasan...judge for yourself la :P Orang dah mula bawa kek jauh-jauh (tapi masih dalam Sabah la).

Kek  Japanese Souffle Cheesecake (kecuali yang last tu, tu chiffon cheesecake rasanya)

Tahun 2010- Lebih menjurus kepada coklat

(a) Dah mula berani sikit, main dengan coklat dan transfer sheet.  Pastu agaknya lebih banyak berangan kot masa ni, jadi keknya pun takdela terlampau plain sangat. Masa ni dah mula ikut kehendak customer (cuba mana yang termampu la, hehe..) 

Cuba perbaiki skil mendeco

(b) Berangan-berangan lagi, cuba beranikan diri buat resepi lain selain kek coklat moist. Pastu belajar buat lagi kemas, tukar-tukar sikit bentuk loyangnya.


Tahun nak memperkemaskan deco kek :P

(c) Cheesecake pun cuba buat lain, belajar buat selain dari Japanese Souffle Cheesecake. Cuba buat tiramisu dan coklat cheesecake.  Sejak ni agaknya asik buat JSC tak buat sangat cheesecake lain, sebab lebih senang. Bab coklat cheesecake tu fail la juga, sebab ada benda yang masih tak tahu. Hehe..


Kek keju JSC, tiramisu dan coklat cheeseacke

(d) Semua JSC kecuali kanan bawah, tu tiramisu. Semua ni orang tempah. Cuba lagi kemaskan deco kek selain cuba tambahkan lagi stail kat kek.

Makin tambah kemas (kot?)

Tahun 2011- Tahun untuk tambah skil dan cuba resepi yang lebih unik

(a) Setelah lebih 3 tahun baru la dapat deco yang lebih berimaginasi sikit . Tangan pun dah lebih stabil, teknik dan skil pun dah lebih banyak berbanding tahun 2008, 2009 dan 2010 dulu. 

Kek tahun 2011- baru je ni dapat hasil kek sebegini :P

(b) Cheesecake pun ntah macam-macam rasa nak dicuba. Masa ni loyang spring form dah rosak, jadi cara lain macam mana nak buat cheesecake tanpa loyang. Semua cheesecake kat bawah ni tak guna pun loyang spring form atau loose pan, guna loyang biasa je.

Beraneka jenis cheesecake

(c) Balik-balik kek coklat, cuba buat kek sponge lak. Tapi kek sponge pun cerewet juga, tak semua saya minat. Lebih suka jenis yang from scratch: lembap, gebu dan kalau boleh, senang nak diolah di kemudian hari. Masa ni dah mengandungkan arwah, agaknya tu yang keknya lebih bentuk feminin *terdiam sebentar terkenangkan arwah*

Belajar teknik-teknik menghias kek cara lain selain try resepi yang jarang dicuba


Jadi kalau tengok sejarahnya, bukan dari awal saya pandai buat kek atau terus kemas je keknya masa mendeco. Kira ambil 3 tahun jugalah, tu pun baru-baru ni je dapat kek yang kemas. Mungkin tu salah satu berkat mengandungkan anak perempuan, who knows? Saya memang tak pernah pergi mana-mana kelas, kalau ada pun masa tu Kolej Komuniti Tawau anjurkan masa saya dah sarat mengandungkan arwah dan takleh nak aktif sangat. Lagipun...yang saya perhatikanlah...kebanyakan apa yang diajar saya dah tahu sebenarnya, hehehe... Tapi seronok juga, jumpa kawan-kawan...tengok macam mana gurunya mengajar sesuatu which is not theoretical or technical, tapi lebih kepada praktikal.

Kalau nak belajar mudah dan cepat, kita boleh pergi ke kelas-kelas bertauliah. Kalau saya, disebabkan saya tak mampu (waktu tu) dan ada anak yang masih kecil, saya tak dapat nak pergi. Tu yang saya belajar sendiri. Banyak rujukan saya dari Youtube, buku, website orang putih, blog-blog orang, forum dan lain-lain. Sekarang ni zaman dah lagi canggih, masa saya mula-mula buat dulu takde Facebook...Youtube pun tak reti nak search. Hehe.. Jadi nak bertanya pun susah. Tapi pada saya, yang paling penting kita jangan cepat putus asa. Memang ada masa, kita rasa feed-up, merajuk bila buat tak jadi. Ada gak beberapa jenis kek saya tak nak sentuh 1 tahun gara-gara fobia nak cuba lagi. Hehe.. Tapi sekarang ni dah lebih hat-hati. Sebelum saya nak buat sesuatu kek tu, saya tengok sama ada kek tu pernah tak orang buat. Pastu tengok, ada kesilapan, masalah yang orang lain hadapi dan cara dia overcome the problem. Alhamdulillah, sekarang dah jarang dapat kek yang tak jadi.

Lagi satu, kalau nak bermula, elok start from your own family. Saya dulu buat untuk sendiri makan je, bagi suami makan. Anak masa tu takleh nak makan sebab baru umur 1 tahun. Memang banyak komen yang suami bagi, kadang-kadang menyakitkan hati gak. Hehe.. Tapi dari komen dia, feedback dia, saya cuba baiki mana-mana kelemahan. Sekarang ni pun masih lagi belajar. Kadang-kadang kita belajar dari kesalahan sendiri. Kadang-kadang lebih menjimatkan kalau kita belajar dari kesilapan orang lain, hehe... Apapun, kalau boleh jangan kita salahkan resepi tu 100% sebab mungkin juga, tangan kita yang belum mahir lagi ;)

Saturday, November 19, 2011

Pyrex Lagi dan Ramekin Kaca

Takde kerja...upload gambar pyrex :P

Baru balik dari semenanjung sebenarnya ni, penat dah bercuti lebih 2 minggu (cuti pun leh penat ke?) Tak pergi mana sangat, duduk rumah mak dengan mak mertua je, tiap-tiap hari ulang alik. Hehe.. Nasib baik dekat :P Hari-hari terawal ok, semua sihat. Masuk hari ke 4 Taufiq demam, batuk. Seminggu tak sihat, dah sihat mak dengan abahnya lak tak sihat. Belum kuat sangat lagi badan, masih terasa lagi sakit-sakitnya kekadang. Tak boleh nak lasak sangat...

Dalam bergoyang-goyang kaki, sempat buat sebiji kek untuk adik. Pastu kecek-kecek mak, boleh bawa sikit pyrex balik Tawau tak? Sebab sini nak cari yang berkenan kat hati susah (ceh, alasan tak ingat :P) Bawa la sikit-sikit, mana yang terlarat. Bukan main berat benda alah ni, haha.. Cuma yang sedih ramekin jenis kaca cuma dapat 1 biji je, yang lain terbuang masa pindah rumah 2 tahun lepas T_T Takde rezeki...

Ramekin kaca

Pyrex warna putih

Thursday, November 17, 2011

Mangkuk Pyrex

Balik ni ada misi nak membaking guna mangkuk Pyrex. Muehehe.. Tapi yang ni 'loan' dari mak kejap, sebab nak beli memang taklah. (Satu- sebab mahal. Dua- tak rela I nak bawa banyak-banyak naik flight, berat ni oooo..)

Ada jenis yang putih, bercorak-corak tapi lebih suka yang lutsinar sebab boleh nampak apa yang dimasak dari sisi. Contohnya kalau buat layer, nampak la layernya dari tepinya nanti. Setakat ni cuma idea lasagna dan trifle je yang terlintas kat hati. (Kemudian la berangan nak masak apa lagi, yang penting ada ;p Haha..)



Deco dan Hiasan: Set Deco Knives / Artist Palette Knives

Lama dah tak bersiaran. Sekarang ni musim bercuti, sambil goyang-goyang kaki dan mencari peralatan membaking yang susah nak dapat kat Tawau.

Hari ni terima set deco knives (atau kalau check kat Google mat saleh panggil artist palette knives) dari kenalan di FB. Jenis pisau ni bukan untuk memotong, tapi untuk menghias kek lebih-lebih lagi kek yang menggunakan krim. (Nampaknya lepas ni kena rajin la Youtube nak belajar cara-cara guna pisau ni, haha..) Kalau perasan rupanya macam ada orang guna untuk oil painting (memang pun :p) tapi ni jenis takleh nak lasak sangat, jadi kena jaga betul-betul. Apapun nanti ada kelapangan nak testing power, insyaAllah..

Palette knives atau set deco knives untuk kek-kek unik

Saturday, November 12, 2011

Kata-Kata Hikmah...3

Setiap kesulitan pasti ada jalan keluarnya. Sama ada kita hendak mengambil sisi yang positif atau negatif dari sesuatu musibah atau ujian. Allah swt jugalah sebaik-baik penolong, maka mohonlah dari Allah agar dipermudahkan segala urusan. Hasbunallah wa 'nikmal wakil. 
(c&p Sham Kamikaze@FB)


“People are often unreasonable and self-centered. Forgive them anyway.
If you are kind, people may accuse you of ulterior motives. Be kind anyway.
If you are honest, people may cheat you. Be honest anyway.
If you find happiness, people may be jealous. Be happy anyway.
The good you do today may be forgotten tomorrow. Do good anyway.
Give the world the best you have and it may never be enough. Give your best anyway.
For you see, in the end, it is between you and God. It was never between you and them anyway.
(c&p Hakim Kamari@FB)


Barangkali kamu tidak menyukai kritikan atau kejian ramai tapi itulah cara Allah swt menegur kamu di dalam sesuatu perkara. Ambillah sisi yg baik dan bukan yg buruk. There's always two sides of a coin :) 
(c&p Sham Kamikaze@FB)


Kalau dikeji berlapang dadalah, kalau dipuji merendah dirilah dan kembalikan segala pujian kepada Allah Azza Wajalla. 
(c&p Sham Kamikaze@FB)


Kalau kamu berkongsi sesuatu dengan sahabat, barangkali kamu dituduh riak dan ingin menunjuk-nunjuk. Segala tindak tanduk kamu akan 'dihakimi' oleh manusia, sedangkan Allah swt jualah sebaik baik hakim yang Maha Adil. Sahabatku, teruskanlah usaha dakwah kerana Allah swt semata2 dan jangan hiraukan apa 'hakim' manusia kata. Allahu Akbar! 
(c&p Sham Kamikaze@FB)

Saturday, November 5, 2011

Deco dan Hiasan: Piping Tips/Nozel

Tengok lama betul Blog ni bersarang dan tak diupdate. Huhu.. Cupcakes ni dah lama buat, cuma tak diupdatekan ke blog. Deco guna piping tips/nozel simple je, tak sempat nak buat video. Mungkin lain kali kot :P

Layan~

Resepi Buttercream
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com
(Boleh hias lebih kurang 12 biji cupcake)

250g cream well
125g gula aising, diayak 3 kali
1/2st esen vanila
1/2st susu segar (untuk mencairkan buttercream)

Cara:
Pukul cream well medium speed bersama gula aising hingga gula cair (bila rub between your forefinger and thumb gula dia tak terasa sangat). Masukkan esen vanila dan susu segar (optional) dan putar lagi hingga sebati. Sedia digunakan.









Tuesday, November 1, 2011

Tidak Mudah...Tapi Akan Terasa Indah

Terasa nak share sesuatu di pagi November ini. Walaupun ringkas tapi penuh bermakna...


TIDAK MUDAH...TAPI AKAN TERASA INDAH
(c&p dari Oh! Aduhai@Facebook)


Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita..

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,
Agar kita sentiasa tabah dan kuat..

Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,,
Agar diri akan terasa lebih bahagia..

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...
agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya..

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...

Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya..-)

Friday, October 28, 2011

Tip dan Trick: Menyukat Guna Measuring Cup atau Spoon

Rasanya ramai yang tahu ni, tapi kot-kot ada yang tak berapa faham biar saya uploadkan cara menyukat guna measuring cup/spoon:


Cara menyukat guna measuring cup dan spoon. Standard ada saiz:
- 1 C
- 1/2 C
- 1/3 C
- 1/4 C
- 1 st
- 1/2 st

Kadang-kadang ada yang:
- 1/8 C
- 1/8 st
- 1/4 st

Sama je kalau sukat guna sudu, 3/4 st = 3 kali sukatan guna sudu saiz 1/4 ;)

Thursday, October 27, 2011

Kata-kata Hikmah...2

Jangan Berkata 'Kalaulah'
Hadis sahih Muslim, daripada Abu Hurairah ra, Rasullah saw bersabda:

"Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata 'Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu'. Sesungguhnya perkataan 'kalaulah' hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu".



"Kesulitan, masalah dan kesempitan akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekaligus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah. 
"Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali'"
(Al-Baqarah: 156)



"Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran"



Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cabaran)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta."
(Al-Ankabuut: 2-3)



Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda:

"Wahai anak, aku ingin ajarkan kepada engkau beberapa kalimah: Peliharalah hak-hak Allah nescaya Allah memelihara kamu. Peliharalah hak-hak Allah nescaya engkau akan mendapatinya di mana sahaja kamu berada. Apabila kamu ingin meminta bermohonlah kepada Allah. Apabila kamu inginkan pertolongan mohonlah pertolongan daripada Allah. Dan ketahuilah, sekiranya seluruh umat berhimpun untuk memberikan sesuatu manfaat kepada engkau, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang Allah telah tetapkan kepada kamu; sekiranya mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah Allah tetapkan ke atas kamu. Telah pun diangkat dan segala pena dan telah keringlah segala buku (segalanya telah ditetapkan oleh takdir dan ditulis di Luh Mahfuz)."

Wednesday, October 26, 2011

Resepi Cheesey Potato Soup with Puff Pastry

Buat makan petang semalam, pada hari yang sejuk. Resepi diambil dari Taste of Home, tapi dah diedit gara-gara sebab sayangkan baki cream cheese. Haha.. (Sebenarnya ada benda lain nak buat dengan cream cheese tu, jadi guna je apa yang ada).

Bak kata mat salleh, soup is good for the soul. Resepi asal guna hash brown, atau boleh juga instant mashed potatoes. Tapi ku guna kentang Russet, sebab tu je yang ada dalam stok. Sedap dimakan panas-panas pada hari hujan.

Layan~


Resepi Cheesey Potato Soup with Puff Pastry
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com
(4 ramekin)

Cheesey potato soup with puff pastry

Bahan:

2sb butter
Isi ayam, dipotong dadu kecil - ku guna isi ayam belanda
1/2 biji bawang besar, dicincang halus
1C + 1/2C air - ku guna air rebusan ayam

1st serbuk pati ayam - ku tak guna sebab guna air rebusan ayam
1 biji besar kentang, direbus hingga empuk dan dilenyekkan - ku guna Russet. Lain kali boleh guna 2 biji untuk lebih pekat
1 keping slice cheddar cheese Kraft

Parsley segar, cincang halus
1 keping besar puff pastry jenama Kawan
4 biji ramekin
Butter, untuk melengser ramekin


Cara:


1. Cairkan butter dalam periuk kecil. Masukkan isi ayam, goreng hingga masak dan kelihatan keemasan. Ketepikan isi ayam.

2. Dalam periuk yang sama, tumis bawang hingga masak. Masukkan air @ air rebusan ayam, serbuk pati ayam dan kentang. Masukkan slice cheddar cheese, kacau hingga cheese cair. Masukkan isi ayam. Didihkan sebentar, kemudian turunkan suhu dan renih hingga sup kelihatan pekat. Tutup api.

3. Lengser bahagian atas ramekin dengan butter. Tuangkan sup kentang ke dalamnya. Taburkan daun parsley.

4. Terap bentuk bulat pada puff pastry (NB: pastikan saiz puff pastry yang diterap lebih besar dari saiz ramekin. Ku guna alat nak buat telur mata kerbau, yang biasa orang buat burger tu). Tutup atas ramekin dengan puff pastry dan tekan-tekan tepinya dengan kemas. Sapukan sedikit butter. Guna pisau tajam, kelarkan bahagian atas untuk pastikan stim keluar.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu 190C, 10 minit atau hingga puff pastry kelihatan keemasan.


Sudah dimakan

Wordless Wednesday: Puff Pastry

Apa-apa je yang ada dalam peti sejuk
Puff pastry instant
Makanan petang


Puff pastry apa-apa-je-yang-ada-dalam-peti-sejuk

Monday, October 24, 2011

Resepi Corn Cream Soup

Takde stok button mushroom kat rumah, guna je la apa yang ada. Ada stok frozen corn@jagung beku dalam freezer, fikir cuba buat corn soup. Tapi jenis yang takde telur. Kalau guna jagung dalam tin lagi sedap kot, frozen corn lebih keras (ataupun kena rebus lebih lama, haha..) Buat cicah pizza petang tadi, eat while it's still hot.

Layan~

Resepi Corn Cream Soup
Dari: http://www.justhungry.com/corn-cream-soup-intentional-lumps

Cream corn soup

1 tin whole corn kernels - ku guna 1/2C jagung beku@frozen corn
4C @ 1 liter susu segar - ku guna 2C susu segar
1 bawang sederhana besar, dicincang halus
1sb butter
1 biji kentang - ku guna 1/2 biji Russet potato, potong dadu
1 bay leaf
1 kiub ayam/daging - tak letak 
salt and pepper

Alatan: immersion (stick) blender, blender biasa atau food processor

Cara:
1. Cairkan butter dalam periuk kecil. Masukkan bawang, tumis hingga bawang layu. Masukkan susu segar dan bahan-bahan lain. Masak atas api kecil hingga kentang lembut. Keluarkan bay leaf. Perasakan dengan garam dan pepper.

2. Biarkan sup jagung suam atau pada suhu bilik sebelum diblender halus (kalau tak boleh blender boleh 'burst' sebab kepanasan). Hiaskan dengan parsley dicincang halus.

Sunday, October 23, 2011

Resepi Oven Baked Potatoes Wedges dan Nacho Cheese Sauce

Tak tahu nak makan apa lagi petang-petang ni, bakar jela kentang. Ada yang kentang biasa, ada yang kentang Russet (macam biasa, guna je apa yang ada. Muehehe..) Makan dengan nacho cheese sauce. Layan~

P/S: Sejak akhir-akhir ni asik makan western je :P Pula tu tak habis-habis dengan rosemary dia :p

Oven baked potato wedges


Resepi Oven Baked Potato Wedges
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

4 biji kentang, potong bentuk wedges
Dried rosemary
Dried parsley
Serbuk black pepper
Garam
Minyak masak/olive oil

Gaul kentang dengan semua bahan di atas. Susun dalam loyang, bakar dalam oven 200C, 20-30 minit, atau bergantung pada ketebalan wedges hingga kelihatan garing.


Resepi Nacho Cheese Sauce
Dari: http://allrecipes.com/Recipe/nacho-cheese-sauce/detail.aspx

2sb butter
2sb tepung gandum
1/2C susu segar (boleh dilebihkan sikit)
1 + 1/2 keping slice cheddar cheese- ku guna Kraft
garam
serbuk lada hitam (opt)


Cara:
1. Dalam periuk kecil, cairkan butter. Masukkan tepung gandum, kacau guna whisk hingga tak melekat pada periuk.

2. Masukkan susu segar, kacau hingga nampak pekat.

3. Sambil kacau, masukkan cheddar cheese, garam dan black pepper. Kacau hingga cheese cair dan sos nampak pekat dan masak.

4. Sedia untuk dibuat cicahan dengan kentang bakar, tuang atas makaroni bakar, topping pizza atau apa2 saje.

***Nak warna lebih oren, guna aged cheddar cheese. Slice cheese ni warna dia kekuning-kuningan sikit.

Saturday, October 22, 2011

Resepi Nasi Oren dan Limau Grilled Rosemary Chicken

Beberapa hari ni tekak terasa nak makan yang panggang-panggang pula. Ececece.. Eksen tak ingat, mentang-mentang ada oven baruu~ :p

Stok oren masih ada banyak. Terfikir nak buat nasi oren. Dulu masa kecil-kecil mak biasa buat. Lama dah tak makan, rasanya lebih 20 tahun agaknya (agaknya laaa :P) Nak minta resepi kat mak, tak silap buku resepi mak dah lama hilang sejak pindah balik dari UK. Jadi terpaksalah minta pertolongan En. Google mencari resepi nasi oren ni. Skodeng punya skodeng, terjumpa blog The Story of Amie's Little Kitchen. Macam menarik, cuma tak ikut 100%. Biasalah, guna apa je yang ada. Ayam pun jadi Limau Grilled Rosemary Chicken. Kenapa limau? Sebab ku takde stok lemon :P Muehehe..

Layan~

Resepi Nasi Oren
Diedit dan dimodifikasi dari blog: The Story of Amie's Little Kitchen@http://salamisimon1.blogspot.com/2011/07/nasi-oren-ayam-lemon-madu.html

The ayam - lemon bertukar menjadi limau

The nasi - nak terang letak pewarna oren sikit
The food - lauk simple tapi baunya harum~


Bahan-bahan:
500gm beras basmathi - ku guna 1C je, untuk sekali makan je
3 biji bawang merah, dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
50gm mentega - ku guna 2sb
2 sudu makan jus oren - ku guna perahan jus dari 2 biji limau sunkist + air hingga cukup 1C + 1/2C
3 sudu makan stok ayam bersama dengan air (jadikan 4 cawan) - tak letak, tengah pantang bab MSG ni. Boleh guna air rebusan ayam/daging
1 biji buah oren - ku guna 2 biji oren Sunkist yang diparut kulitnya
Garam secukup rasa
Lada sulah secukupnya -  tak letak
1 helai daun pandan
Sedikit pewarna kuning - tak letak, nak guna warna asli oren
* Amie tambah hirisan halia dan 1/2 cawan kismis - saya pun
Secubit serbuk kulit kayu manis - ku letak

Cara memasak:
1. Basuh beras sehingga bersih.
2. Panaskan periuk dan masukkan butter, kemudian tumiskan bawang merah, putih, dan serbuk kulit kayu manis serta daun pandan sehingga naik bau.
3. Setelah itu, masukkan beras yang telah dibasuh tadi dan kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan stok ayam dan jus oren serta parutan kulit limau ke dalam tumisan tadi.
5. Selepas itu masukkan garam, lada sulah, dan kismis secukup rasa. Kacau sebati.
6. Tutup periuk dan tanak sehingga masak.
7. Setelah nasi siap di masak titikkan pewarna kuning dalam 2-3 titik untuk menambah warna pada nasi tadi.
8 Sedia dihidangkan.


Resepi Limau Grilled Rosemary Chicken
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

Bahan:
1st dried rosemary
1st dried parsley
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
garam
2sb butter
olive oil/minyak masak
2 peha ayam

Cara:
Lumur semua bahan pada peha ayam. Perap sejam (ku perap 30 minit je sebab nak cepat). Bakar dalam oven api atas-bawah, 200-220C selama 30-40 minit atau hingga ayam kelihatan garing dan masak.

P/S: Kalau nak tambah lain-lain bahan boleh je..ikut selera masing-masing.