Saturday, October 8, 2011

Resepi American Chocolate Cake

30

Teringin nak makan kek, tapi sebab masih ada lagi sebulan (and still counting), nafsu terbantut lak. Hehe.. Takpela, dapat buat pun jadilah, kot-kot dapat menghidu aromanya masa dia tengah masak tu ;)

En. Hubby kata macam makan Cadbury Hot Choc. Komen ku? Tak tahu sebab tak dapat rasa. Tapi leh kot dipercayai dalam percent melebihi 80%, sebab En. Hubby kata kalau tak sedap, tak sedap la tu. Kalau dia kata sedap, sedap la tu. Muehehe... Apapun masing-masing punya tekak pun kan :P

Jom, layan resepi di bawah~

UPDATE 6 APRIL 2012: Tips ganache yang smooth (cara saya) ada kat sini.

Resepi American Chocolate Cake 
(website rasa.com.my)

American chocolate cake (kek coklat amerika)

Kek coklat amerika yang mewah dengan rasa coklatnya. Ahaks~


Loyang 8" bulat ketinggian minima 2" 
(bahan di bawah adalah separuh dari resepi asal)

Bahan A:
10g coklat emulco - ku guna 1/2sb coklat emulco + 1/4st coffee emulco (UPDATE 9 SEPT 2011: bukan 1sb tapi 1/2sb)
25g serbuk koko
100ml @ 100g air suam
***Bahan di atas dicampur dan diketepikan.

Bahan B:
125g butter- keluarkan 10 minit sebelum mula projek dan potong dadu utk lebih mudah dipukul
150g gula kastor
1/4st garam - boleh abaikan kalau guna butter bergaram

Bahan C:
2 biji telur Gred A
1/2st esen vanila
***Bahan di atas campur dalam satu mangkuk dan pukul sikit dengan garfu untuk sebati. Ketepikan.

Bahan D:
125g tepung superfine - tepung kek pun boleh. Darurat tepung gandum pun boleh cuma tekstur tak sehalus tepung superfine/kek
1/4st soda bikarbonat
1/2st baking powder
***Bahan di atas diayak dalam satu mangkuk besar. Ketepikan.

Cara:
1. Pukul Bahan B hingga kembang, gebu, lemak berkrim dan kelihatan sedikit pucat (ada la dalam 5 minit kot, maksimum speed).
2. Masukkan Bahan C sambil dipukul rata (stage ini adunan akan kelihatan sedikit curdled macam yoghurt).
3. Masukkan Bahan A, diselang selikan dengan Bahan D. Gaul sekata guna mixer (pastikan tepi-tepi mangkuk mixer pun di'scrap' sekali sekala.)
4, Tuangkan campuran dalam loyang dan telah digris dengan butter serta dialas baking paper (ku guna non-stick baking paper dan ia juga digris sedikit dengan butter untuk lebih mudah dikeluarkan nanti).
5. Bakar 180C, 40-50 minit atau hingga lidi dicucuk di tengah kek keluar kering.
6. Sejukkan kek atas redai kek, kemudian hiaskan dengan ganache atau suka hati.

Ganache:
150g whipping cream@fresh cream - ku guna fresh cream, jadi ia manis
150g coklat masakan, dicincang - Dicadang supaya guna semi-sweet atau bittersweet terutama kalau guna fresh cream, sebab keknya ngam-ngam manis, jadi seeloknya topping jangan manis sangat).
***Panaskan whipping cream atas api kecil hingga timbul buih-buih kecil. Tutup api dan masukkan coklat. Kacau hingga coklat cair dan sebati dengan whipping cream. Ketepikan pada suhu bilik sebelum digunakan.

ATAU
***Panaskan whipping cream secara double-boiler, masukkan coklat cincang dan kacau hingga coklat cair. Pastikan air tidak kena pada dasar bekas tersebut. Ketepikan pada suhu bilik sebelum boleh dituangkan atas kek yang telah dibuat crumb-coating (iaitu sapuan nipis menggunakan fresh cream atau buttercream bagi menampakkan permukaan kek kelihatan lebih licin dan sekata).

The cake

30 comments:

Cheq Sue said...

wahhhh...chef zack sudah datang bawak kek... ** memula tengok pic profile tu nampak macam kak hanielieza pulak... *_*

Zack Zachoes said...

hehe, saje tukar profile pic lain ;p fuhyoo, kak hanieliza terer sgt, blog dia lg gempak dr blog ni. hehe..

mimas said...

gigih betul la zack membaking... impress betul laaa!!!

eyda said...

sue share ke blog sue ye resepi nie

Zack Zachoes said...

@mimas: hehe, takdela gigih mana..cuma rasa puas hati bila dpt membaking ;)

@eyda: teda masalah~ boleh je share ;)

DJ Dayang said...

waduhh2!..nampak sungguh sedap! i likeeee :)

Zack Zachoes said...

DJ Dayang: makaseh, hehe.. :D

Diana @ Melley Mey said...

zack..
akak suka tgk kek tu ler zack... cantik!!!!.. geramnya kak tgk kejadian kek tu .. mmg nampak sedap sesgt.. pandai zack deco kek.. kagum kat zack tau

Zack Zachoes said...

hehe, makaseh kak.. simple2 je ni kak Diana ;) terasa nk deco ala2 hotel (la konon). muehehehe..

oneza said...

wahh.. aku nk wat moist ceklat cake.. ada resepi tak? tamau kukus. nak bake. yg senang2 punyer

Zack Zachoes said...

wan, yang ni ada satu resepi bakar, tapi aku taknah buat lg. cuma aku tgk nampak sedap dan insyaAllah menjadi:

http://www.myresipi.com/top/detail/8971

aMy said...

salam sis mcm mne bt cklat segitiga american chocolate cake yg bc0rak batik

Zack Zachoes said...

@amy: w'salam.. coklat segitiga bercorak batik? mcm mana tu ye, sy tak dpt nk bayangkan pula.. corak yg atas ni sy guna transfer sheet, dia ada pelbagai corak dan warna. mgkn itu yg amy maksudkan, corak yg ada sedia ada kat transfer sheet?

eyda said...

sallam Zack...terimakasih atas izinnyer ye...moga terus maju...

Zack Zachoes said...

kak Eyda, takde masalah~ kalau rasa apa2 dlm ni leh dikongsi, kongsi je ;)

eyda said...

salam zack...tqtq sungguh mebeles kek nie tadi eyda buat huhu malangnyer x sempat nak mendeko en somi dah nak makn nak makn panas2 owahhh sedappp dia kata siap tapau bawa g kerja....

Zack Zachoes said...

w'salam.. hehe, alhamdulillah.. menjadi ek. fuhyoo.. siap tapau g kerja lg tuu ;p muehehe..mesti bertambah2 syg suami kak eyda pd akak ;)

eyda said...

alhamdulillah....zack...seronok rasanyer..cume x dapat mekap nampak coklat jer kalernyer.....tp memang lembut guna tpg superfine tu...kalo kek lain guna tepung boleh ker yer?hehehe

UmmiCT said...

dear zack..minta izin nak print out dan try resipi ni ya..

Zack Zachoes said...

@Kak Eyda: hehe, takpela kak nnt2 kalau buat lg boleh la deco2 lak ek ;) boleh je, biasa sy mmg guna superfine je. takpun tepung kek kalau takde stok. kalau nk kek yg lembut sy guna tu je..

@UmmiCT: boleh je kak, amik je..sy dh edit ikut ayat dan pengalaman sy sendiri, insyaAllah menjadi keknya nanti ;)

AZLITA AZIZ said...

salam Zack
terima kasih kerana resepinya..
aduh kek itu sungguh cantik!
suka akak melihatnya lebih2lagi banyak betul coklat..

boleh ye kalau akak cuba resepi kek ni..
terima kasih sekali lagi..

Zack Zachoes said...

w'salam kak Azlita,

sama2 kak, akak kalau buat mesti lagi cantik dan menawan ;) terima kasih sbb sudi melawat, selalu jg jenguk2 blog akak... kek2 akak lg cantik, sy ni pn masih dlm proses pembelajaran.. ^_^

ZATTY said...

Assalam...kak nak cuba buat ni...anak2 mmg gemar kek coklat berbanding kek lain....

Zack Zachoes said...

w'salam,
cubalah..ramai dh cuba resepi ni.. satu tip, guna serbuk koko berkualiti utk maksimum taste ^_^

zatie@luvs said...

Salam k.Zack, huh pestime tgk bl0g akak ni mmg sy tau yg k.zack ni teror dlm bab membaking kn...
Nk try this recipe 4 my befday la...thankz k.zack sudi share recipe ni..;=)

Zack Zachoes said...

w'salam,

akak tak terer mana pun, just main2 je. hehe.. tq, cubalah insyaAllah sedap ;)

My Masak2 said...

salam zack...mo tanya ni...fresh cream tu maksud ko non-dairy fresh cream tu ka? whipping cream tu aku tau yg biasa ada jaul d tawau ni jenama anchor jak la...

Zack Zachoes said...

w'salam, iya fresh cream tu non-dairy whip topping. ada jual di A-mart (Takada), Joo Loong (Sabindo) dgn Home Bakery Studio (Kubota Square). jgn konfius dgn Anchor dairy whipping cream, tu ndak sesuai utk deco kek..

nsue said...

K.zack,nk tnya apa beza American kek dgn kek cklt biasa?. tq

nsue said...

K.zack,nk tnya apa beza American kek dgn kek cklt biasa?. tq