Wednesday, January 2, 2013

Resepi Cream Puff dan Vanilla Creme Diplomat

9

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2013,

Ayoyo kenapalah malas sangat nak update blog sekarang >.< Huhuhu.. Ampun dan maaf dipinta, nanti mak Taufiq try merajinkan diri mengupdate dan membalas komen. Jangan jemu datang jenguk dapur makcik na :P

Eksperimen ni nak testing menggunakan oven Singer yang dah setahun lebih terdampar di pantai- er bilik belakang. Guna oven Elba ada problem lak, pemanas dia ai kurang berkenan la yu.

Apapun enjoy~ Memang menjilat jari creme ni.

Cream puff with vanilla creme diplomat

Puff takde inti

Resepi Cream Puff 
Link: kak Yani@http://myresipi.com/top/detail/235 

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong kiub 
60g tepung gandu, diayak
2 biji telur (100g) - anggaran 2 Gred A tolak 1sb putih telur 

1. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven (oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Atau boleh juga guna loyang non-stick.

2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih SEGERA tutupkan api. (jangan lama-lama nanti air tersejat)

3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Biarkan doh suam pada suhu bilik sebelum dimasukkan telur (untuk elak telur termasak). 

5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat. Adunan seharusnya pekat tetapi masih senang mengalir.

6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipekan ke atas dulang. Anggaran diameter doh ialah 5cm menggunakan nozel star atau round diameter 1cm.

7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik sedikit menggunakan hujung jari yang basah.

8. Spray permukaan cream puff dengan air (ku abaikan sebab doh memang penuh dengan cecair utk membantu ia mengembang). 

 9. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 12-15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 20-25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.


NOTE: 
- Cream puff yang menjadi adalah luarnya/exteriornya keras dan bukannya lembut.
 - Jika ada sedikit doh yang belum masak di dalam, sambung masak dlm oven tanpa menutup pintu sepenuhnya. Atau boleh juga buang doh yang belum masak


Resepi Vanilla Creme Diplomat 
Link: http://recipes.sparkpeople.com/recipe-detail.asp?recipe=1720007 

Bahan: 
250g susu segar
1st esen vanila
1 biji telur
30g gula kastor
10g tepung kastad
15g tepung jagung
 200g fresh cream, pukul kental

Cara: 
1. Didihkan susu segar + esen vanila dalam periuk kecil. Tutup api.

2. Dalam satu bekas, pukul telur dan gula hingga sebati. Masukkan tepung kastad dan tepung jagung. Aduk rata.

3. Tuangkan 1/2 susu segar yang dididihkan tadi, kacau rata. Tuang ke dalam baki susu segar. Kacau guna whisk hingga pekat atas api kecil.

4. Alihkan dari api, tutup permukaan kastad dengan cling wrap. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian simpan dalam peti sejuk hingga benar-benar sejuk.

5. Apabila sudah sejuk, pukul sebentar guna sudu atau whisk. Kaup balikkan ke dalam fresh cream hingga sebati.

6. Masukkan ke dalam piping beg dan paipkan ke dalam puff yang dibelah dua.


NOTE:
Oven yang mempunyai 2 pemanas (gmbr kiri) bahagian belakang lebih cepat bakar tapi bahagian tengah paling lambat masak.

Oven yang mempunyai pemanas berlingkar (gmbr kanan) pemanasannya lebih sekata. Bahagian belakang, depan dan tengah masak dalam masa yang sama.

9 comments:

Liza said...

slmt thn baru zack, nnt akk nk try la creme diplomat tu, mmg nmpk best, anak2 akk mst suka ni....thnx ye zack

IbuQ_intan said...

selamat thn baru...nk bakar puff api atas bwh atau bawah saja?

Zack Zachoes said...

@k.liza: selamat tahun brp (yg dh tak brp baru, hehe..) sama2 kak, gud luck ^_^

@ibuq_intan: selamat thn baru, biasa sy guna api atas-bawah, rak tengah. jrg sgt sy guna api bwh atau api atas sahaja.

miss3? said...

salam kak zack..klu fresh cream blh x campur dgn UHT wcream? thanks k.zack :)

FIEQA said...

kak zack, saya gune oven jenama elba mcm yg kak zack post dlm entry ni... mmg btol kate kak zack, kek yg sye buat akan terbakar atau terlebih msk dibelah luar, tpi dlm still x msk... mcm mane saye nk dptkan kek yg elok???

Zack Zachoes said...

kalau akak, satu cara je. pusing loyang biar dia bakar rata. hehe.. mmg tak boleh buat apa2, pemanas dia mmg macam tu. jd haba pn tak dpt distribute dgn rata. kalau saiz oven kecil rasanya takde masalah sgt kot, sbb haba senang circulate. cuma oven besar la akak rasa mgkn ada masalah sikit.

dina syahmi said...

best la resipi ni..klu xde fresh cream blh ke guna whipped cream..hehe

http://vitaminhalal.com/

Aida Rahim said...

berapa lama cream ni boleh tahan..? tq

Aku. Zack Zachoes said...

boleh guna whipped cream yg uht anchor tu tp tak tahan lama kt suhu bilik.

aida, sy pun kurang pasti. tp biasa yg guna telur masak ni tahan max 5. simpan dlm bekas bertutup dlm peti sejuk.