Wednesday, November 18, 2009

Resepi 'Soft as wonder' white bread @ roti putih @ roti potong @ roti slice

Buka-buka peti ais, tengok takde roti nak makan pagi esok. Aiseh.. Terpaksa menggagahkan diri menguli roti untuk sarapan pagi esok. Huhu.. Petang tadi pun dah buat roti bun coklat (resepi sebelum ni). Takpelah, leh perhabiskan stok yis kat rumah ni, hehe.. Baker's yeast leh tahan 48jam je. Tengok lak dalam almari stok tepung roti dah habis, guna jelah tepung gandum biasa. Alhamdulillah, menjadi juga~ ;)

Ku guna resepi dari http://www.rezipezaar.com/print?id=154576. Buat separuh adunan je, nak test macam mana rasa roti ni dulu sebab guna madu ;) Esok pagi dah makan baru bagi verdict ya?

Roti putih~ku buat separuh adunan je :p


Resepi 'Soft as wonder' white bread @ roti putih @ roti potong @ roti slice
Bahan-bahan (12-14 keping)
1C air, suhu bilik
1 sk garam
3 sb margarine
1 sb madu
3C tepung serbaguna @ tepung gandum
1/4C susu tepung
2 sk gula
1 1/2 sk yis


Caramu:
  1. Campur semua bahan ikut urutan ke dalam breadmaker.
  2. Tekan cycle doh.
  3. Bila siap, keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk keluarkan angin. Bentukkan bentuk roti loaf, letak dalam loaf pan.
  4. Biarkan naik 2kali ganda lebih kurang 40min.
  5. Bakar dalam oven bahagian tengah, 175C selama 25-30min.
  6. Sejukkan atas redai sebelum dipotong.

Caraku:
  1. Kalau ada mixer, masukkan tepung gandum, gula, yis, susu tepung, margarine, dan madu dan kacau sebati. Pastu baru masukkan garam.
  2. ON-kan mixer, perlahan-lahan tuangkan air ke dalam adunan. Pastikan guna doh hook tau bukan whisk :p
  3. Uli sampai doh tak melekat (sangat) di dinding bekas (tambah tepung kalau perlu sebab lain tepung lain kuantiti serapan air) dalam 8-10 min.
  4. Keluarkan doh dari bekas, uli sikit atas papan pencanai bersama sedikit tepung sampai doh jadi elastik (satu tip berguna: kadang-kadang doh rasa macam lekit, macam tidak masa uli tu. Bila doh dah rasa elastik dalam masa 10min+- menguli, tapi masih agak melekit, ku lengserkan tapak tangan dengan sedikit butter/margarine. Pastu teruskan uli sampai betul-betul tak lekit kat tangan/papan. Secara teori tak tahu orang lain buat macam ni ke tak, tapi dah berapa kali ku buat macam ni result baik dan tak memudaratkan malah lebih menyenangkan ku meng'handle' doh).
  5. Perapkan doh sejam hingga naik 2kali ganda.
  6. Tumbuk-tumbuk keluarkan angin, bentukan bentuk loaf dan letak dalam bekas dilengser margarine.
  7. Perap 40min sampai naik 2kali ganda.
  8. Bakar pada oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 175C untuk 25-30min atau sampai warna atas keperangan.
  9. Sejukkan atas redai (ku sapu margarine sikit bagi kekal lembut).
  10. Note: Kalau uli tangan, cara sama diatas. Campur semua bahan dalam bekas dan uli sampai elastik dan lembut.

Tengah-tengah malam tengok gambar makanan terasa lapar la pula..

Update: Rotinya lembooot walaupun pada hari ketiga. Tekstur dalam berwarna sedikit keperangan (mungkin sebab penggunaan madu or maybe it is the salt?) dan manis-manis gitu. Kalau guna tepung roti mungkin lagi halus lagi dalamnya sebab ni guna tepung gandum jadi paham-paham jela ye ;)

5 comments:

kak gojes said...

nak try test ni...

Zack said...

sila2 ^_^

Unknown said...

roti yang mrs zack buat ni texture kat dalam dia maca mana? Lembap tak? Warnanya putih atau perang?

Zack said...

sy buat warnanya perang2, bukan white sbb ada guna madu. kalau guna tepung gandum tekstur dia tak mcm kt kedai yg spongey tu, salah satu sebab sy tak guna bread softener dan guna tepung gandum biasa je. dia lbh kpd rasa yg kering2 sikit tu tp still soft 1-2 days

Nasuha said...

3C tu cawan ke?