Biskut yang telah diderhakan sikit sebab nak buat awal dari biasa. Asalnya base guna cream cheese, tapi sebab pertama kali nak buat tak tahu tahan berapa lama. Eksperimen awal kejadiannya lain sikit, haha..
Biskut mama cadbury eksperimen terakhir |
Eksperimenku yang terdahulu |
Biskut Mama Cadbury
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com
Diedit dari Biskut Mama Carrey citarasawan
50 biji+-
Bahan:
A:
100g butter
50g gula kastor
½ bj kuning telur Gred A @ 1 kuning gred C/D
1/2st esen vanila
B:
130g tepung gandum
25g tepung jagung
25g susu tepung
***Ayak dan ketepikan.
Hiasan:
50 biji coklat cadbury (suku daru botol besar tu)
Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul sebati.
3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. Simpan dalam peti sejuk 15-30 minit atau hingga mudah diterap.
4. Canai atas permukaan tak melekat (ku guna marble slab bersih) dan terap bentuk sama saiz dengan coklat. Simpan kembali dalam peti sejuk 10-15 minit.
5. Sementara itu panaskan oven 160C. Bakar adunan 10-15 minit api atas-bawah, rak tengah, hingga separuh masak.
6. Keluarkan tray, sapu putih telur atas biskut. Susun coklat cadbury di atasnya. Bakar lagi 5-10 minit menggunakan suhu atas-bawah, rak paling bawah, hingga biskut kelihatan masak. (See NOTE below)
7. Sejukkan atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.
Note:
- Biskut ini rangup.
- Cadbury memang menggerutu sikit time habis bakar.
- Resepi asal guna cream cheese.
- Oven Elba saya ada 5 tingkat. Pembakaran pertama rak tengah, pembakaran terakhir sy guna rak ke-2 dari bawah. Masih guna api-atas bawah tapi sebab tray jauh dari api jadi cadbury tak cair.
- Sapu putih telur untuk cadbury melekat kat biskut.
- Sesiapa nak try yang cream cheese, dipersilakan:
Resepi Biskut Cheese Cadbury
Sumber: Eryna Bizkit
Bahan A
180gm mentega
80gm shortening
90gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu makan esen vanila
70gm cream cheese
Bahan B
400gm tepung gandum
80gm tepung jagung
Bahan C
1 botol coklat Cadbury
Cara membuatnya :
- Pukul Bahan A hingga sebati selama 4 minit
- Masukkan Bahan B. Gaul rata
- Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk
- Potong mengikut saiz coklat Cadbury dan susun coklat di atasnya
- Bakar selama 20 minit dgn suhu 40 celcius. Guna api bawah sahaja