This cake [recipe] I dedicate to Kak Nur who never ever putus-putus bagi cadangan yang tak pernah saya fikirkan :p Muahahaha..
Kak Nur antara peminat getar choc moist cake dan sekarang berada di Semenanjung untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat Masters. Caiyok caiyok kak Nur ;) Ok, sape-sape yang tertanya-tanya apa yang saya guna untuk buat jenis Choc [moist] Fudge Cake ni, silalah lihat resepi di bawah. Mahu cuba sendiri? Silakan, hehe..
Pada saya, kek ni antara kek yang paling mencabar nak buat lagi-lagi bab cream dia. Kena ada tahap kesabaran yang tinggi dan tak boleh bersedih kalau banyak cream yang kena buang masa mendeco. Huhuhu.. Samalah juga dengan Kek Chocolate Indulgence 1kg, guna 3 jenis cream bersamaan dua suku kotak fresh cream. Huhuhuhu.. T_T (Takpelah, asalkan sedap. Huahahaha..)
Resepi Chocolate [Moist] Fudge Cake
1 biji kek chocolate moist, di belah 4 (resepi di sini)
ATAU 1 biji kek sponge, di belah 4
white chocolate cream [resepi di bawah]
whipped chocolate ganache [resepi di bawah]
poured ganache [resepi di bawah]
Resepi White chocolate cream [sediakan sehari sebelum kek dibuat]
75g white cooking chocolate, dicincang
1/4C@75g non-dairy whipping cream@fresh cream, diputar hingga medium-stiff peaks, bekas 1
1/4C@75g non-dairy whipping cream@fresh cream, diputar hingga medium-stiff peak2, bekas 2
Cara:
- Cairkan white cooking chocolate secara double-boiler. Ketepikan sehingga suam-suam kuku.
- Ambil cream bekas 1, kaupbalikkan coklat ke dalamnya perlahan-lahan hingga sebati.Pastikan whipping cream TIDAK disimpan dalam peti sejuk dahulu sebelum dicampur dengan coklat. Kalau tak nanti coklat akan cepat beku bila kena kesejukan cream dan akan ada ketulan-ketulan coklat.
- Ambil cream bekas 2, kaupbalikkan cream sikit-sikit ke dalam adunan coklat tadi. Buat sampai semua cream bekas 2 habis dikaupbalikkan ke dalam adunan coklat. (Masa ni kadang-kadang volume atau saiz white chocolate cream berubah-ubah, ikut cara kita kaupbalikkan. Kadang-kadang leceh nak sebatikan, mungkin sebab dua density yang berlainan. Saya masih berekspirimen white chocolate cream ni, mungkin ada cara lebih mudah. Pernah buat double boil white choc + cream, simpan dalam peti sejuk semalaman baru putar tapi tak berapa gebu sangat. Mungkin masa tu suhu mencairkan coklat putih terlalu tinggi jadi dia tak solidify semula pada suhu bilik. Pernah juga guna white choc chips tapi adunan dia terlalu runny walaupun lebih sedap).
Resepi Whipped Chocolate Ganache [sediakan sehari sebelum kek dibuat]
1/2C@150g cooking chocolate, dipotong kecil-kecil
1/2C@150g non-dairy whipping cream @ fresh cream
1sb butter
Cara 1: atas api kecil
Masukkan whipping cream dalam periuk kecil, hangatkan atas api kecil hingga timbul buih-buih di keliling periuk. Tutup api, cepat-cepat masukkan coklat cincang. Kacau guna spatula tahan panas/sudu sampai coklat betul-betul cair dan sebati dengan cream. Kalau masih tak cair lagi, hangatkan lagi atas api kecil sambil kacau hingga coklat semua cair. Tutup api dan masukkan butter, kacau hingga butter cair. Ketepikan dan sejukkan pada suhu bilik (kena sejuk pada suhu bilik betul-betul bagi memastikan molekul-molekul coklat sebati dengan cream). Simpan dalam peti sejuk semalaman, esoknya baru putar pada kelajuan tinggi hingga gebu (warna akan tukar dari gelap ke coklat terang). Bolehlah disapu sebagai filling (isian kek).
Cara 2: double boiler
Masukkan cream dalam bekas tahan panas, letakkan atas periuk berisi air didih atas dapur. Masukkan coklat cincang dan butter, kacau hingga semua sebati. Pastikan air tak sentuh bekas tahan panas. Tutup api dan alihkan dari periuk. Sejukkan pada suhu bilik sebelum disimpan dalam peti sejuk. Esoknya baru putar hingga gebu.
*Adunan ni hanya cukup untuk isi 8" kek bulat 4 lapisan, tak cukup untuk lepa luar kek.
Resepi Poured Ganache [ganache tuangan]
1/2C@150g non-dairy whipping cream
1/2C@150g cooking chocolate, di cincang
1sb butter
Cara:
Cara seperti membuat whipped chocolate ganache cuma tak perlu letak dalam peti sejuk. Biarkan pada suhu bilik sehingga diperlukan. Kalau ganache terlalu likat atau susah untuk dituang, letak atas periuk berisi air panas dan kacau hingga ganache mudah dituang semula.
Cara penyediaan chocolate [moist] fudge cake:
- Bahagikan whipped chocolate ganache kepada 3 bahagian.
- Sapukan whipped ganache atas kek pertama.
- Letakkan kek kedua diatasnya. Sapu lagi dengan whipped ganache.
- Letakkan kek ketiga diatasnya, sapu lagi dengan whipped ganache.
- Akhiri dengan kek keempat, kemudian salut satu kek dengan white chocolate cream.
- Letakkan kek di atas redai yang dibawahnya ada bekas untuk menangkap ganache yang mengalir.
- Curahkan poured ganache di tengah-tengah kek. Pastikan ganache ni tak terlalu hangat (ia akan mencairkan white choc cream dibawahnya) atau tak terlalu likat (ia akan susah mengalir dengan cantik).
- Perlahan-lahan sapu ganache dengan spatula atau tilt the cakeboard so that the ganache can easily run to the sides.
- Biarkan seketika hingga ganache likat sikit baru disimpan dalam peti sejuk semalaman.
- Sesudah ganache dah set, bolehlah dihias sesuai hati.
Chocolate [Moist] Fudge, 4 lapisan choc moist kek, 3 lapisan whipped ganache, disapu dengan white chocolate cream, dan di akhiri dengan tuangan ganache. Sangatlah terasa coklatnya. Ahaks~
P/S: Editorial kali ni ada sedikit unsur-unsur theory yang tidak diproven lagi secara scientific. Ahaks.. Camtulah kalau saya buat kek, bagi otak pikiaq sikit sebab tak nah menuntut ilmu kat mana-mana :P
8 comments:
kalau dah kaki coklat, semua tentang coklat mesti dicuba kan zack.. hahaha..
hahaha..nmpknya gitulah kak su :P ada beli peppermint extract, rasa mcm nk buat kek choc mint la pula :P mesti nyamannn..
wow! sedap~~ ^___^
Beautiful Butterfly: thank u ^_^ ada kelapangan boleh la mencuba ;)
salam, saya ada cuba buat kek ni...
untuk cake,saya guna resipi choc moist yg saya selalu buat...
tapi white choc cream tu tak jadi...
dia tak jadi creamy....
kenapa ye...? tq
w'salam,
white chocolate cream tu mmg leceh sikit. sekarang ni akak test, campuran white choc+75g fresh cream tu akak dah adun akak simpan dlm peti sejuk kejap. kalau dia boleh keras, kira ok leh campur dgn baki 75g yang dh kena putar tu. kalau dh simpan dlm peti sejuk pn dia lembik, kena tmbh white choc lg sampai bila kita simpan dlm peti sejuk dia keras sikit. mmg problem sikit sbb white choc ni tak sama mcm coklat hitam biasa.
Salam zack. Nk tanya Semua kek yg ikut dlm resepi u ni pakau loyang saiz berapa.
wasalam, biasa pakai loyang size 8in je :)
Post a Comment