Thursday, September 30, 2010

Resepi Chocolate Peach [Banana] Mousse cake

Satu lagi resepi yang aku rasa sedap nak makan. Hehe.. Kombinasi kek coklat yang lembut dan agak lembab dengan mousse berperasakan coklat-kopi memang mengancam. Sebetulnya guna pisang tapi ku guna peach sebab takde pisang. Apa-apapun rasa tetap sedap.

Resepi Chocolate Peach [or Banana] Mousse cake
Bahan: (8" round cake tin, 3" high)

Kek Chiffon
Sumber: kejusedap-acx-comm.com
A:
30g serbuk koko
1/2C air panas
*1st chocolate emulco/paste (ku tambah)

B:
4 kuning telur
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri - UPDATE 10 MARCH 2012: Boleh ganti dengan tepung superfine@tepung kek@tepung gandum dan tambah lagi 1st baking powder
1/2st baking powder
1/2st soda bikar
1/4C minyak jagung
1st esen vanila

C:
4 putih telur
1/4st cream of tartar
65g gula kastor

Cara:
  1. Larutkan serbuk koko dengan air panas (dan chocolate emulco). Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kesemua Bahan B. Masukkan larutan koko tadi dan kacau rata.
  3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan separuh gula. Pukul dengan kelajuan tinggi, masukkan selebih gula dan pukul hingga kental.
  4. Gunakan kaedah kaup balik, kaupkan adunan putih telur ke dalam adunan tadi.
  5. Tuang dalam bekas 9" dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 40min, 180C.
  6. Terbalikkan kek atas redai dan sejukkan.
Chocolate Mousse (untuk filling dan sapuan di luar kek)
Sumber: Lindapurple@myresipi.com

250g whip cream (UHT atau dairy whipping cream. Takde pun takpe, guna je non-dairy whipping cream tapi kurangkan gula aising)
1st esen vanila
1sb serbuk gelatin halal (campurkan dengan 4sb air. Rehatkan 5min hingga gelatin mengembang dan microwave atau panaskan atas api kecil hingga larut sepenuhnya)
50g serbuk koko + 80g gula aising
1sb nescafe + 1 1/2sb air panas

Cara:
  1. Pukul whip cream hingga kental/pekat.
  2. Masukkan esen vanila, serbuk koko, gula aising, larutan nescafe. Kacau sebati. Masukkan larutan gelatin (yang suam) dan kacau hingga semua sebati.
  3. Ketepikan.

Chocolate Ganache:
Sumber: lindapurple@myresipi.com

35g serbuk koko
50g gula (ku guna 30g)
150g whipping cream (ku guna non-dairy je)
80g coklat masakan cincang
30g mentega

Cara:
  1. Double-boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas.
  2. Masak hingga pekat. Sejukkan dan ketepikan sebelum dituang atas kek.
atau

Chocolate Ganache simple
125g @ 1/2C non-dairy whipping cream
100g coklat masakan
1sb butter

Cara:
  1. Double-boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas.
  2. Masak hingga pekat. Sejukkan dan ketepikan sebelum dituang atas kek.
Hiasan:
Pisang montel, dibelah 2 (ku guna peach)

Cara penyediaan kek:
  1. Potong kek kepada 3 lapisan (ku buat 2 je).
  2. Sapukan 1/2 mousse atas satu lapis kek. Letakkan pisang yang dibelah 2, lapiskan lagi dengan kek-2. Sapukan 1/3 lagi mousse dan lapiskan dengan kek ke-3.
  3. Sapukan seluruh kek dengan baki 1/3 mousse.
  4. Sejukkan kek dalam peti sejuk hingga mousse keras sikit.
  5. Tuangkan coklat ganache dan hiaskan sesuka hati.

N/B: Seeloknya kek dibiarkan semalam supaya rasa mousse dan kek dapat ber'mesra' dengan baik. Nak kek lebih moist sapukan sikit sirap peach atau sirap gula atas setiap lapisan kek. Ku guna base kek chiffon sebab pada ku chiffon lebih lembut dan lembab berbanding kek sponge. Lagipun resepi asal Lindapurple@myresipi.com guna sponge mix tapi ku tak suka guna yang premix, lebih suka make it from scratch. Hehe..

Cross-sectional view of the cake





Budak kecik yang tak sabar nak makan kek

Sunday, September 5, 2010

Resepi Kuah Kacang [untuk nasi impit/satey/lontong/rendang/dll.]

Kuah kacang yang simple dan sedap, sesuai untuk makan bersama nasi impit, rendang, satey dan sebagainya. Kalau nak buat untuk Hari Raya ni pun boleh. Ku selalu buat separuh adunan je, sesuai la untuk 2 orang makan. Hehe..

Resepi Kuah Kacang [untuk nasi impit/satey/lontong/rendang/dll.]

Kuah kacang untuk nasi impit atau rendang atau makan dengan satey

Bahan:
400g @ 3C kacang tanah, ditumbuk sampai halus (ku guna about 1C - 1 1/2C kacang tanah bersama kulitnya, separuh blend halus separuh lagi blend kasar sikit)

Bahan kisar:
5-10 biji cili kering (ku guna dalam 3-4 biji cili kering yang besar)
4 ulas bawang putih (ku guna 2 ulas)
1 bawang besar (ku guna 1/2 bawang besar merah. Jenis bawang besar merah kuahnya lagi manis berbanding warna bawang yang berwarna kuning)
4 hiris halia (ku guna 1cm lebih kurang)
4 hiris lengkuas (ku tak letak sebab selalu takde stok tapi tetap sedap)
1 senduk minyak (ku guna dalam 1/8C)
*1 batang serai (ku tak letak dalam bahan kisar tapi ketuk hujung serai dan masuk masa tumis)

Bahan perasa:
1/2C gula perang (ku guna 1/4C)
1/2C gula pasir (ku guna 1/4C)
2sb asam jawa @ 1 asam keping (ku guna agak-agak 1/2sb asam jawa yang dicampur sedikit air)
1200 ml air (ku guna dalam 600-1000ml air, bila kering je letak air sampai betul-betul pekat)
2sb gula pasir (tak letak)
2sb garam (secukup rasa)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak (bukan yang dikisar sekali dengan cili tapi minyak lain, lebih kurang dalam 2sb). Masukkan bahan kisar (dan serai kalau tak diblend sekali tadi). Masak sampai wangi.
  2. Masukkan kacang tumbuk, masak 5min sambil dikacau-kacau.
  3. Masukkan separuh air, masak sambil sekali-sekala kacau selama 1jam (ku masak 30min untuk separuh adunan).
  4. Masukkan selebih air, masak lagi selama 1jam atau hingga pekat (ku masak 30-60min kalau separuh adunan. Tambah air kalau kuahnya kering tapi masih belum masak/pekat).
  5. Masak hingga pecah minyak (kuah akan kelamaan bertukar dari perang kepada merah, kemerahan bergantung kepada berapa banyak cili yang digunakan).
  6. Masukkan gula pasir, gula perang, asam jawa/keping dan garam hingga secukup rasa. Tambah lagi gula kalau tak cukup manis.
  7. Tutup api dan hidangkan.

Saturday, September 4, 2010

Resepi Biskut Red Pearl

Siapa suka makan cornflakes, leh buat biskut ni sebab biskut di rangup dan manis-manis ceri & cip coklat. Memandangkan biskut ni takde unsur-unsur serbuk koko atau esen/perisa/emulco yang kuat, dicadangkan guna butter yang sedap (tapi tak perlu mahal janji wangi).

UPDATE 12 AUGUST 2011: Cornflakes pun guna yang Nestle atau Kelloggs, bukan yang jual peket-pekat kat kedai bakery (nak tahu sedap atau tak, makan cornflakes tu tanpa susu atau apa-apa. Kalau terasa macam tak boleh nak telan, terasa tepung, biskut pun tak boleh nak telan dan akan terasa lebih tepung alamatnya, hehe.. Pengalaman saya la, tak perlu nak ikut bulat-bulat. Saya cadangkan Nestle sebab empingannya lebih lembut dan tidak setebal Kelloggs. Ini cadangan saja, bergantung juga pada tekak masing-masing juga ya).


UPDATE 14 JULY 2011: Post terbaru dengan cara lain sikit di sini.


Resepi Biskut Red Pearl
Sumber: Jaja FnR


UPDATE 14 JULY 2011: Gambar terbaru red pearl


Gamabar tahun 2010 guna nset: Tak hensem dan semestinya tak cun :PGambar lama: Bat kamera habis, kamera handset menjadi mangsa..gambar pun tak clear..huhu..

Bahan:
150g butter
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes
50g coklat cip
25g almond nibs
1st esen vanila
ceri merah, dihiris halus dan memanjang

Cara:
  1. Pukul butter dan gula hingga sebati (jangan sampai kembang/putih gebu/pucat lesi).

  2. Campurkan semua bahan kering kecuali ceri merah. Kacau sebati menggunakan sudip kayu (ku guna je sudu makan).

  3. Guna 2 garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar yang diletak baking sheet (ku jemputkan lebih besar sikit dari guli. Adunan akan merebak/meleper jadi jangan ditekan/dipenyek jemputan tu. Elok dia tinggi sikit supaya rangup nanti)

  4. Sapukan kuning telur (sikit je, sekadar nak lekatkan ceri) dan hias dengan ceri merah.

  5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 175C, 20-25min atau bergantung pada oven masing-masing.

Friday, September 3, 2010

Resepi Biskut Jejari Strowberi [atau Strawberry Fingers Cookies]

Biskut ni sedap gak, rasa kelainan. Rangup macam Snow Almond, tapi berperisa strawberry. Coklat untuk salut ku guna white coklat+strawberry emulco (dengar banyak kes coklat strawberry terlalu manis) dan digolek-golek dalam kelapa parut kering. Manis pun tak terlalu manis (lagipun ku kurangkan gula sebanyak 5g pun :p) Lain kali guna breadcrumb juga la, baru betul-betul rangup. Kelapa parut ni walaupun [agak] sedap tapi tak berapa kena dengan tekak yours truly. Biskutnya rangup tapi kelapanya chewy jadi rasa agak janggal sikit la. Hahaha...


Resepi Biskut Jejari Strowberi [Strawberry Fingers Cookies] (separuh adunan asal)
Sumber: kak Wan (http://resipicitarasawan.blogspot.com/2010/07/strawberry-fingers-cookies.html/)



The innards

Strawberry fingers with dessicated coconut (kes masih rajin menyalut dengan coklat)


Bahan A:
125g mentega (guna butter yang baunya wangi. Butter yang wangi menghasilkan biskut yang wangi. Ku guna Butter Choice, kadangkadang Butter Lite. Leh gak guna Farm Cow. Buttercup baunya kureng sikit- pada diriku la)
5g shortening (untuk kerangupan)
75g gula kastor
1/2st strawberry emulco
1/8st pewarna merah/pink


Bahan B:
25g serbuk badam/serbuk gajus, disangai/dibakar dahulu (ku guna gajus dan blend sendiri)
150g tepung red rose@tepung biskut (ku guna tepung gandum biasa je. Rasa biskut masih rangup sebab ada penggunaan shortening, tepung ubi kentang dan tepung jagung)
20g tepung ubi kentang
25g susu tepung
25g tepung jagung


Hiasan:
Coklat masakan strawberry pink (atau coklat masak putih + pewarna pink + strawberry emulco) - ku guna coklat masak putih + strawberry emulco, tak letak pewarna sebab taknak merah sangat
Breadcrumb putih (ku guna dessicated coconut yang dibakar/disangai sekejap)

Cara:
  1. Pukul Bahan A hingga berkrim. Masukkan Bahan B, dan uli jadi doh.
  2. Canai dan terap dengan acuan disukai (ku canai setebal 1cm lebih kurang, potong petak-petak guna pizza cutter. Doh sangat lembut, jadi in-between masukkan dalam peti sejuk for easy handling. Tak pun cubit sedikit dan uli-uli jadi bentuk memanjang).
  3. Bakar pada suhu 140C, 30min (ku guna 160C, 20min atau hingga ada sedikit warna keperangan).
  4. Sejukkan biksut dan celup dalam coklat masak yang dicairkan secara double-boiler. Golekkan biskut ke dalam breadcrumb (atau kelapa patuh kering).

N/B:

Bab menyalut ni seeloknya guna coklat yang mudah cair dan mudah kering, contohnya KC Candy. Masa buat biskut ni cuma ada KC Candy dark chocolate, jadi terpaksa guna coklat putih Cocomas yang masih ada dalam stok. Biskut jadi susah sangat nak salut sepenuhnya, tu yang kerja separuh jalan. Huhu..

Strawberry fingers with dessicated coconut (kes dah tak berapa rajin nak menyalut dengan coklat. Haha..)