Wednesday, March 7, 2012

Kek Ice Cream Ana Muslim

Kek ice cream yang ditempah customer, kek yang paling sempoi dan ekspres untuk tahun ni. Nak buat step-by-step tak dapat, tengah malam pukul 1 pagi baru siap. Hehe.. Kek ni dideco dengan non-dairy whipping cream dan ganache. Mula-mula kena cari dan print image sebesar kek tu. Pastu buat outline atas kek ice cream (kena salut dengan fresh cream dulu) baru paipkan fresh cream berwarna, ratakan dia guna painting knives barulah dipaipkan ganache untuk details. Kalau nak paip ganache dulu baru paipkan fc berwarna ok gak, tapi kadang-kadang ganache tu mengacau sikit time nak ratakan balik.

Dari pemerhatian, fresh cream takleh nak survive lama-lama kalau asik keluar masuk peti sejuk. Dia akan cair lebih cepat. Proses nyahbeku tu menambahkan lagi kandungan cecair (air) dalam fresh cream. Ice cream yang kat dalam tu ok lagi, asalkan kena salut sepenuhnya dengan kek dulu sebab kek yang sejuk tu akan mengekalkan 'kebekuan' ice cream. Kalau kek-kek deco simple, piping bintang-bintang, rosettes, swirl etc. takde masalah rasanya, sebab kejap je nak pipe pastu simpan terus dalam freezer. Kalau nak lagi mudah, leh tepek gambar terus atas kek tu, hehe..

Kek ice cream Ana Muslim, dideco dengan fresh cream dan ganache. Sempoi~

5 comments:

rahel said...

Zack...canteklah ko punya kek es krim ni...mo pg sana join makan2..

Zack Zachoes said...

ba, sinilah ko dtg mkn2 kek kt rumah aku ;) hihihi..

cinnamon.com said...

islamik kek..thumb up!

Ieda Sefie said...

cantiknye deco! rasa pon mesti sedap nih creamy creamy gitu. hihi

Zack Zachoes said...

@Cinnamon: tq, permintaan empunya kek ^_^ hehe..

@Ieda: tq, makan ice cream mmg tak dinafikan sedap ;) hehe..