Friday, November 23, 2012

My First Simple 3 Tiered Wedding Cake dan Resepi Buttercream

Assalamualaikum,

Lama tak mengupdate blog. Kesuntukan masa sebab buat tempahan, kelas dan balik kampung. Hehe.. Balik kampung kali ini tidak lain dan tidak bukan sebab adik iparku kahwin. Mak mertua minta buatkan kek kahwin yang simple tapi menarik (erk). Apa lagi, bila lagi masa nak testing kecut perut buat kek kahwin orang? Hehehe..

Sebenarnya plan awal nak buat 2 tingkat je. Tapi ntah macam mana terbuat banyak kek, maka dengan itu TERjadilah kek 3 tingkat. Keknya saya deco guna buttercream je, sebab 1) peti sejuk tak muat, kena selang seli simpan dengan cuppies ipar sekali 2) nak letak kek tu lama-lama dari pagi sampai ke petang kat atas meja 3) saya hantu fresh cream tapi dalam keadaan yang darurat saya terpaksa beralah kepada buttercream (maafkan saya fc T_T)

Seperti biasa apabila takde idea maka mulalah hati gelisah dan tak dapat tidur lena (padahal dah skodeng gambar kek kahwin berbulan-bulan lepas dah :P). Dengan rendah diri saya rasa kek kali ni sangatlah sempoi dan simple (seperti tuan yang membuatnya). Ecewah. Nak overboard dan overdose letak filling ganache, buah-buahan takut keknya terlebih manis. Jadi guna apa je yang ada dengan bajet yang ada. Hehe..

Jom layan~

3rd tier, dah takde idea -_-"
2nd tier, eksiden masa simpan dalam peti sejuk -_-" Bila lama sangat piping bc mmg macam tu, berbubbles
1st tier, time ni awalnya seronok pastu lama-lama kekeringan idea -_-"
3 tiered simple wedding cake untuk adik ipar

Resepi Buttercream
250g krimwell
125g shortening (nak sedap ganti butter tapi nanti warna kuning dan lebih cair)
125g gula aising, ayak (Redman best, halus je icingnya)
1st esen vanila

Cara:
1. Pukul krimwell dengan shortening hingga sebati.
2. Masukkan gula aising sikit demi sedikit sambil dipukul. Masukkan esen vanila. Pukul pada kelajuan medium, 15-20 minit. 5 minit terakhir slowkan speed, pukul satu arah untuk buangkan bubbles besar.
3. Terus guna atau simpan dalam bekas bertutup.
***Elakkan terlalu ghairah masa pukul krim. Ini akan menyebabkan lebih banyak gelembung udara besar terhasil.
***Untuk warna, boleh letak selepas buttercream selesai dipukul sebati. Masukkan pewarna sikit-sikit dahulu.

13 comments:

Kak Nita said...

Cantik & kemas...

Kayu Manis said...

tetap kemas dan cantik..setuju kata kwn di atas..

Kayu Manis said...

kak sebenarnya tak suka butter cream..

cmfrm tinggi kalorinya..dan payah nak basuh..berminyak..kena mkn sepotong ajelah ye..heheh.

rahel said...

Banyak cantek ko punya deco2 ni Zack..suka banget..

Unknown said...

Assalam sis..
Cantikkk, anak patung atas tu pun cute..

zila norazila said...

zack..asal ckp simple..bagi zila dh perfct cantik tue..kemasss..:))

Unknown said...

memang susah nak buat secantik tu..wow marvelos...

Cheq Sue said...

saya pun lebih suka guna FC tapi nak selamat baik guna BC... kalau gitulah hasilnya jangan kata pengantin, kita pun tak sanggup nak potong...lawa!

HaSue said...

Salam zack..
Kalau yg begini zack kate simple..kalo yg x simple tu mesti mau pengsan akak nengoknya.. Cantik amat dah nii..mesti nampak gojes giler kek ni ms dtygkan...tahniahhhh!tahniah! Kagum la dgn hasil tgn zack yg berseni tu.. :-)

Zack said...

@kak Nita: tq kak ;) simple2 je ni.. hehe..

@kak Nor: sy pun kureng sikit bab bc ni tp terpaksa >.< hehe..

@sis Rahel: tq sis ;)

@sis Juicy Cafe: hehe, ai beli je patung siap >.< muahaha..

@zila: tq, hehe.. simple mcm sy >.< haha..

@rosmawati: smpai cramp tangan mempiping >.< hehe..

@cheq sue: setuju, fc lg sedap tp sebab takde peti sejuk yg besar tu terpaksa guna bc. hehe.. dh puas tangkap gmbr baru leh potong kek ni >.< huhuhu..

@kak HaSue: w'salam, tq kak ^_^ first time buat wedding cake, gerun juga sebenarnya >.< hehe..

outbound malang said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

Zack said...

nice day ^_^
thank u atas motivasi tu ^_^

Unknown said...

Hi nak tanya ! Beli tier cake tu kat mana ya , kat mana boleh dpt help pls