Saturday, June 23, 2012

Aneka Kuih Frozen dan Kuih Talam di Tawau

4

Salam dan selamat petang,

Takde resepi hari ni, tengah ambil MC dari membaking minggu ni. Hehe.. Sempena nak menyambut bulan Ramadhan yang akan datang, apa kata kita buat stok kuih frozen di rumah? Senang pun senang, jimat pun jimat. Hehe.. Saje iklankan kuih kawan, kak Rosnita. Sape2 berminat boleh jumpa saya di facebook Zack Nurzakiah, cari je sampai jumpa info pasal Nurfatihah Humairah, itulah saya :P Pastu tunggu saya approve (malas sebenarnya nak open sangat, sebab taknak dikenali oranglah kunun :P) Nanti saya beritahu alamat nak beli kuih frozen kat kak Ita.

Cheers~

Aneka kuih frozen di Taman Cynthia, Tawau Sabah. Ada juga jual kuih talam kalau berminat

Sunday, June 17, 2012

Balik Kampung dan Terus Membaking

10

Selamat malam dan salam sejahtera (ecece macam pembaca berita lak :P)

Lama tak update blog. Sebenarnya beberapa minggu lepas balik kampung. En. Hubby ada APC kt Serdang, maka dengan itu haruslah kami berdua anak beranak ikut sekali ;) Pergi tak lama, 10 hari ada la kot (tak termasuk hari traveling). Pejam celik tau2 dah balik Tawau. Huhuhu.. Tapi sempat juga beli beberapa barang baking kat sana, hehe.. Rambang mata bila masuk Bake With Yen dan Bagus Bakery Solutions kat Klang. Wahhh.. Memang borong habis time tu (dan habis juga $$$) T_T

Sebelum tu layan cara baru saya buat Angry Bird dengan mata menonjol ;) hehehe.. Guna alat murah je, plastik transparency untuk ratakan fc :P

Blue Angry Bird

Red Angry Bird
Dark compound Beryl's
Gatal tangan beli walaupun tak main fondant :P
Oven termometer baru dan lama
Penimbang digital untuk dijual (sold out pun, hehe..)