Wednesday, January 30, 2013

Resepi Chilled Peach Cheesecake

6

Assalammualaikum,

Saje testing teori gelatin :P


Resepi Chilled Peach Cheesecake
By: Aku.Zack @zachoes.blogspot.com
(6" loose pan bulat atau yang seangkatan)

Chilled peach cheesecake


Base:
100g biskut oreo tanpa krim, kisar halus
45g butter, cairkan
***Gaul biskut oreo dan butter. Padatkan di dalam loyang yang dialas dasarnya dengan baking paper. Ketepikan. (resepi kat atas ku buat separuh je)

Bahan:
125g cream cheese, lembutkan
140g-150g @ 1/2C penuh peach puree (150g peach dalam tin, blend sampai hancur dan timbang 150g)
50g gula kastor- boleh tambah kalau nak, rasa dulu sebelum campur whipping cream
125g whipping cream, pukul kental
1/2 sb + 1/2st gelatin
2sb air hangat

Peach Mirror:
100g peach puree
1st gelatin
1sb air hangat
gula- optional kalau peach kurang manis
***Buat setelah adunan cheese dah set. Larukan gelatin dalam air selama 2 minit. Cairkan secara double boil atau microwave, masukkan ke dalam peach puree. Sedia dituang atas adunan cheese.

Cara:

  1. Pukul cream cheese sampai tak berketul. Masukkan peach puree, gula kastor, pukul sampai smooth dan licin.
  2. Pukul whipping cream sampai 'mousse state', ketepikan sebentar.
  3. Larutkan gelatin dalam air hangat selama 2 minit. Biarkan kembang kemudian double boil atau microwave sampai cair. Tuangkan terus ke dalam adunan cheese. Gaul rata.
  4. Kaup balikkan whipping cream ke dalam adunan cheese.
  5. Tuangkan ke dalam loyang berisi base biskut, sejukkan 30 minit - 1 jam.
  6. Buatkan peach mirror, tuangkan di atas adunan cheese dengan berhati-hati. Sejukkan lagi 3 jam atau hingga set.
  7. Rendam pisau dalam air mendidih, lapkan kering. Sisipkan keliling loyang dan keluarkan cheesecake. Sedia dihidang.

6 comments:

rahel said...

Halus mulus jak kek keju peach ni...bikin geram....

Yati said...

baru terfikir nak buat kek based on peach....baru plan nak google resepi....malam ni dah ada yang share....sooo excited nak try...thanks ye share resepi yg awesome ni (^_^)

Eey said...

Sis,

Nak tanya, whipping cream tu pakai yg dairy ke non dairy?

:)

Knor said...

sedapnya...

Rohah said...

menarik la...

Zack Zachoes said...

@rahel: hehe, tq sis ;) sedap ni, lembut jak rasa >.<

@yati: hehe, tq.. sy makan lebih separuh kek :P hohoho.. patutlah naik berat badan >.<

@eey: boleh guna dua2, takde masalah. yg penting kena pukul kaku

@k.nor: mmg sedap, insyaa Allah :) hehehe..

@rohah: mmg menarik, insyaa Allah :) hihihi..