Rasanya memang dah lama tak update blog. Tahun ni tahun yang bizi bagi mak Taufiq. Tahun depan rasanya sambung juga bizi, cuma mungkin kelas taknak buat tiap-tiap minggu lagi (kot). Taufiq pun dah nak masuk 6 tahun, tak lama lagi nak masuk sekolah rendah. Fikir-fikir macam nak masukkan dia ke sekolah tahfiz kalau ada rezeki. Hmm.. Bila anak makin besar, rasa macam masa kita nak spend dengan dia pun makin singkat. Nanti dah sekolah rendah konfem banyak aktiviti sekolah, lagi-lagi kalau sekolah pagi-petang. Sayang pula masa kita dengan anak tak digunakan sebaiknya... Nanti dah makin besar, dah masuk sekolah menengah, masuk U, lagi la singkat masa nak bersama anak. Mak Taufiq pun cuma ada anak seorang je (yang masih hidup). Yang adiknya memang dah takde lagi kat dunia ni. Lagi la terasa sunyi...
Ni gambar latest anak mak Taufiq Haiqal. Suka dia nasi kuning. Nasi lemak dah tak pandang dah. Hahaha.. Betul-betul orang Sabahan >.<
Taufiq dan nasi kuningnya. Habis dia makan sorang-sorang |
Rasanya macam nak stop berblogging lepas ni. Macam takde masa dan takde idea nak tulis. Hmm.. Kadang kala nanti akan singgah kat sini, jawab mana-mana pertanyaan. Kalau ada terlepas harap ampun maaf dari mak Taufiq >.< Blog ni saya tak delete, still biarkan untuk mereka-mereka yang baru nak berjinak membaking. Lagipun fikir macam sayang pula...banyak kenangan dalam ni...
Apapun terima kasih masih setia bersama blog Aku.Zack. Biarpun tahun 2013 blog ni banyak sangat bersawang. Kadang-kadang kalau ada masa tu nanti kemas-kemas la sikit, kasitau orang blogger-yang-tak-rajin-ni masih lagi wujud di alam realiti. Hingga kita bertemu di lain waktu, assalamualaikum...
8 comments:
Assalam Aku.Zack
I'm silent reader. Sesekali singgah sini. Hope tak tutup blog ni. Byk ilmu disini yg bole dikongsi. Mmg byk masa perlu diluangkn bila ank semakin mbesar. Semoga Allah mberkati niat suci awk.
faham... faham... bila dah ada komitmen lain yang perlu diutama, agak sukar nak berblog. banyak perkongsian yang zack dah bagi...trimas!
Assalam zack..
Takpe, akak faham.Anak2 cepat membesar.Buat masa sekarang ni tumpukan perhatian pada anak.Bila dah setel suma, bolehlah aktif balik bila dah rindu nk blogging.
Syukur sangat zack tak delete blog ni.Memang banyak sangat manfaatnya.Segala ilmu sangat detail diberikan.Terima kasih
mmg ada masa buntu dan xde idea nak tulis apa kat blog, tp nak delete sayang ;)
baru sorang aje tu..knor dah 4 semakin membesar..berblog ni hilangkan stress...
ikutkan mmg bz hari2..
ASSALAMUALAIKUM ZACK....
Katakan Zack rehat,
tapi mungkin Zack rehat utk kumpul idea
Saya kenal Zack sebagai org yg sangat banyak informasi,
Dibesarkan di benua lain, sekolah di Batu Pahat, kemudian kerja menyeberang ke Borneo
Banyaknya yg nak diceritakan..
Banyak Zack...!
Hrap2 kak zack cpt2 berblog lgi. Byk yg rindu....
w'salam,
terima kasih semua. insyaa Allah ada kelapangan tahun 2014 sy cuba berblogging kembali. mgkn sy akan jarang buat kelas thn 2014, nk get ready untuk try and get pregnant anak ke-3 next year. insyaa Allah, mudah2an murah rezeki dan panjang umur kami..
Post a Comment