Assalamualaikum, lama tak bersiaran.
Anakku Muhammad Taufiq Haiqal pun dah besar, 2015 ni dah mula masuk Darjah 1 di Sekolah Rendah Islam Al-Fateh (SRI Al-Fateh), Tawau. Sekolah ni campuran sekolah akademik (KPM) + tahfiz + pendidikan Islam (JHEAINS). Kalau tengok jadual sekolah dia, awal pagi perhimpunan, zikrullah, bacaan Al-Quran, pastu selangseli pelajaran akademik dan agama, diakhiri dengan usrah. Pagi, tengahari, dan petang cikgu/ustazahnya ada sediakan makan. Jadi satu hari dia kat sana, tak perlu nak bawa bekal (kecuali kalau dia boring dan nak tukar menu).
Seperti biasa, excited la dia sebab sekolah jauh (sekolah 'budak besar'). Pagi-pagi bangun solat subuh kat masjid seberang rumah dengan bapanya. Kadang-kadang kalau tidur lewat memang liat nak bangun. Maklumlah, subuh kat Tawau ni awal dari semenanjung. Tapi setakat ni alhamdulillah, ok la dia bangun tak banyak kerenah (kecuali tidur lewat sangat jam 10 sebab main game :P). Pergi sekolah jam 6, balik jam 5. Hampir 12 jam kat sekolah. Balik rumah mandi, makan malam, solat, siapkan kerja sekolah. Pastu jam 9 gitu tidur. Itulah rutin dia hari Isnin-Jumaat (kalah orang kerja pejabat, haha). Sabtu dan Ahad pula tengok mood dia, kalau dia rajin sambung lagi belajar mengaji kat Raudhah belakang rumah beberapa jam, sebelah pagi atau petang. Setakat ni tak ada nak paksa-paksa dia, kalau dia nak pergi, pergilah. Sebab kesian juga budak kalau penat. Tapi yang pasti, dia pergi bukan untuk nak belajar tapi lebih kepada nak main dengan kawan :P Takpe mak abah bagi can :P
Kalau ibubapa lain mungkin fikir, kesian kat anak seharian kat sekolah. Tapi kami fikir, biarlah didikan agama dari kecil. Pendedahan dengan agama sementara dia masih belum terpengaruh sangat/lagi dengan dunia luar. Timbang tara memang banyak kena berkorban. Kalau ikut maknya, memanglah nak lekat 24 jam kat sisi mak :P Tapi fikir dengan mendalam, Taufiq seorang lelaki. Lelaki akan menjadi imam kepada keluarganya satu hari nanti. Kalau pengukuhan tidak diberikan sejak kecil, dah besar baru nak diajar dengan agama, takut bila dah besar makin liat dan makin susah dia nak terima lagi. Kami buat apa yang termampu sahaja, selainnya kami bertawakal dan berserah pada Allah mudah-mudahan Dia melindungi Taufiq (dan adiknya yang lain) dengan perkara-perkara yang memudharatkan. Insyaa Allah..
|
Waktu selepas subuh bertolak ke sekolah |
|
Hari pertama, dapat belon |
|
Tak berapa nak sihat, ada batuk dan selesema |
|
Konvokesyen PASTI masa umur 6 tahun |
|
Taufiq masuk pertandingan azan umur 6 tahun |
|
Baru daftar sekolah untuk 6 tahun di PASTI
|
Di Semporna masa cuti sekolah hujung tahun 2014 |
|
6 comments:
Alhamdulillah...dah pun sekolah dak Taufik ni. Kalau fikir2 kesian budak sekarang mcm tak ada masa nak memain. tapi tak ngapelah untuk masa depan diorang jugak kan...
taufiq dh besar dh cheq sue. pejam celik tgk dlm blog rupanya dh dekat 8 thn dh usia blog.
tula nak buat mcm mana, zaman kita siap leh main petang2 lg. budak2 sekarang nk main tgk ipad je. huhuhu.. nasib la jrg dapat main ipad (sebab takde beli pun, haha). paling tidak pinjam tablet abahnya jela..
Salaam hormat.
Blog orang Tawau menarik perhatian. Munkin Tawau banyak membawa kenangan manis didalam 1960'an - 'konfrontasi' dengan Indonesia. Banyak tempat yang saya ingat tentu sudah hilang kerana pembangunan. Beberapa kali berland rover ke Sempurna. Harap dapat mengimbas kembali ingatan lama ditawau melalui blog orang Tawau
takpe, budak-budak banyak energy. dari gunakan tenaga ke tempat lain, baiklah disalurkan ke jalan yang betul. lagi pula, kan memang cita2 ibu ayah mahu lihat anak jadi ahli syurga :D
salam singgah zack... wah bangga tengok taufiq gitu, siap masuk pertandingan azan lagi.. anak2 akak plak suma pemalu wlupun tahu.. duduk sebulan sekolah sebulan gak le tak dengar sora depa..
This internet site is my breathing in, very great pattern and perfect content. See who you know at Celebrity net worth, leverage your professional network.
Post a Comment