Friday, October 29, 2010

Resepi Sicilian Orange Cake: Decorated into Spongebob

Dah dua hari takde Internet dan Mak Taufiq kebosanan duduk dirumah tanpa ada kerja yang best nak dibuat. Huhu.. Berbulan nak makan kek oren, akhirnya dapat gak. Rasa kek yang oh! so sedap dan lembut, very moist and a little buttery without being too rich. Alang-alang buat kek oren, ku decokan jadi Spongebob Squarepants. Amacam? Jadi tak untuk first-timer? Hehe..



Sicilian orange cake (dari blog Rima)
22cm round cake tin@8"-9"

250 gm butter, lightly salted
250 gm tepung naik sendiri
4 biji telur Gred A
1 1/2 tsp parutan kulit oren (ku guna 1/2tsp je)
85 ml jus oren (ku guna Tropicana Twister)
250 gm gula halus (ku guna 200g sebab nak hias pakai buttercream)

Icing: (ku tak buat)
125 g icing sugar
5 tsp freshly squeezed orange juice

Cara:
  1. Panaskan oven 170 darjah celcius.
  2. Lengserkan butter pada loyang bulat 22cm (ku guna 8"x8" untuk separuh adunan, boleh juga untuk 1 adunan). Alaskan dengan kertas minyak.
  3. Pukul butter dan gula hingga kembang dan pucat selama 4-5min.
  4. Masukkan telur satu demi satu, pukul hingga sebati setiap kali telur dimasukkan (n/b: kalau perlu masukkan sesudu tepung bersama telur terakhir bagi mengelakkan adunan berketul/curdling).
  5. Masuk dan gaulkan parutan kulit oren.
  6. Masukkan kesemua tepung dan terus pukul hingga sebati, kemudian perlahan-lahan tuangkan jus oren. Pukul hingga rata.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar hingga masak, 45-50 min (ku 40min separuh adunan).
  8. Bila kek telah masak sejukkan dalam loyang baru di alihkan ke atas wire rack.



Buttercream (Source: kak Tinta Balqees)
*sesuai untuk piping dan hiasan tepi/border. Kalau nak buat bunga mungkin kena kurangkan atau eliminate susu pekat manis atau tambah gula aising. Aising ni 'kena' dengan kek oren diatas sebab kek dah kurangkan manis, rasa yang balance. Thanks kak Tinta Balqees =D

250g shortening (ku guna butter)
250g creamwell
200g gula aising, diayak 2-3 kali
2sb susu pekat manis
1st esen vanila (ku letak)

Cara:
  1. Pukul butter/shortening bersama creamwell hingga pucat dan gebu.
  2. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit dan pukul hingga gula aising benar-benar hancur (pastikan berhenti sekali-sekala dan kaupkan mana-mana bahagian yang tak dipukul).
  3. Masukkan susu pekat manis dan esen vanila dan pukul hingga sebati.
  4. Sedia untuk digunakan (boleh juga diwarna untuk pewarna gel atau cecair).

Tuesday, October 12, 2010

Resepi Mud Cake (atau Kek Mud)

UPDATE 28 MAY 2011: Saya perasan dari Feedjit Live, sesiapa Google untuk resepi kek chocolate moist mesti pergi post ini, sedangkan post ini untuk chocolate mud cake. Untuk resepi kek chocolate moist, sila klik di sini.


I've been wanting to try other cakes especially orange cake, triffle, capuccinno/espresso cake, and tiramisu-layered cake...but I guess that just have to wait. Meanwhile, my son has been asking a.k.a. bugging/crying/pleading silently to me for his own cake (sorry kiddo, mommy's busy making cakes for other people's orders, hehe..)

My son's mad about chocolate- be it cake, biscuit, breads, buns- even baking chocolate! Of course, I can't afford to give him all my stash of baking chocolate (what would I use then?), so I did a lil' digging around and finally made up my mind to make a mud cake.

To be honest, I've never eaten a mud cake before, especially not from Secret Recipe (must try it one day!) so I honestly don't know how to compare the taste from the 'real' thing. All I can say is: this one's suprisingly moist for a baked chocolate cake, not overwhelmingly sweet (probably because of the reduced sugar), has a dense but soft texture, tastes rather like my regular steamed chocolate moist cake but has a brownie-ish feel to it (must be because of the chocolate). It's not too hard to make, I just used a whisk throughout the entire process, and the ingredients are not that hard to find.

Just a word of caution, though- don't overbake it or it'll turn hard and dry. I did have a bit of trouble for finding the right temperature because I had to scale down the recipe in half. And the cake will turn hard if you store it in the fridge, so be sure to thaw it at room temperature before slicing it. Lastly, this cake tastes better the next day or two as the flavours have time to blend in. You can even microwave it for a few minutes to get that warm, chocolatey taste of freshly-baked cake.

Resepi Mud Cake (8" round pan- I used a love pan)


Bahan kek: (recipe has been scaled down to half its original quantity)
125g dark chocolate atau coklat masakan (ku guna coklat masakan)
125g butter (kalau guna unsalted, campurkan 1/8st garam dalam butter)
1/2st serbuk nescafe
3/8C @ 94ml air masak
1C + 1sb @ 162g tepung gandum

1/8C @15g serbuk koko
1/4st soda bikarbonat
1C @ 220g gula kastor (resepi asal untuk separuh adunan adalah 1C + 1/4C)
2 telur gred A (berat minima ~60g)
1sb minyak masak
1/2 st esen vanila
1/4C buttermilk (homade: 1/4C susu segar@susu tepung+air campur 1st limau nipis/cuka)

Bahan Ganache:
125g coklat masakan
100g whipping cream (I just use non-dairy whipping cream)

Cara kek:
  1. Panaskan oven 160C.
  2. Lengserkan dasar dan tepi loyang bulat berukuran 8" dengan butter. Alaskan dengan kertas minyak dan lengserkan lagi dengan butter (untuk memudahkan kek dikeluarkan nanti).
  3. Masukkan 125g butter, 125g coklat, serbuk nescafe dan air dalam periuk kecil. Panaskan dan cairkan coklat serta butter atas api kecil. Ketepikan pada suhu bilik.
  4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk koko ke dalam mangkuk besar.
    Masukkan gula dan kacau rata (guna whisk je).
  5. Dalam mangkuk lain, campurkan telur, minyak masak, esen vanila, dan buttermilk. Kacau hingga sebati.
  6. Masukkan adunan telur ke dalam adunan tepung. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan adunan coklat ke dalam campuran telur-tepung tadi. Kacau hingga benar-benar sebati.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang (adunan akan kelihatan seperti cecair).
  9. Bakar untuk 1 jam 15min, 160C atau bila dicucuk dengan lidi tiada adunan yang melekat/kering (saya bakar lebih masa sikit- tambahan 15min untuk suhu 150C). Tapi ni bergantung pada oven masing-masing.
  10. Keluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik dalam loyangnya (saya terus keluarkan je dan telangkupkan atas redai kek hingga sejuk).
  11. Kek akan ada sedikit mengelembung dan kemungkinan ada bahagian yang keras sikit (from experience, this is usually the case for cakes that has chocolate in it). Bahagian ni boleh dibuang dan telangkupkan kek supaya bahagian rata berada diatas semasa menghias.

Cara ganache:

Cairkan coklat masakan dan whipping cream secara double-boil, biarkan hingga suam sebelum dituang atas kek (mungkin akan ada lebihan ganache, boleh buat hiasan lain).

**Jangan terlebih bakar, nanti kek kurang moist dan tepinya jadi kering/keras. Mud cake guna suhu rendah sekitar 150-160c untuk masak dan masa yang lama. Kalau tengah tak masak lagi tapi tepi dah masak, tutup bahagian atas dengan foil dan tambah lagi masa memasak.

**Buttermilk ada kandungan asid dan bila baking soda bertindakbalas dengan asid, ia menghasilkan kek yang lembut/tender, selain dari memberi kelembapan kepada kek.


Thursday, September 30, 2010

Resepi Chocolate Peach [Banana] Mousse cake

Satu lagi resepi yang aku rasa sedap nak makan. Hehe.. Kombinasi kek coklat yang lembut dan agak lembab dengan mousse berperasakan coklat-kopi memang mengancam. Sebetulnya guna pisang tapi ku guna peach sebab takde pisang. Apa-apapun rasa tetap sedap.

Resepi Chocolate Peach [or Banana] Mousse cake
Bahan: (8" round cake tin, 3" high)

Kek Chiffon
Sumber: kejusedap-acx-comm.com
A:
30g serbuk koko
1/2C air panas
*1st chocolate emulco/paste (ku tambah)

B:
4 kuning telur
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri - UPDATE 10 MARCH 2012: Boleh ganti dengan tepung superfine@tepung kek@tepung gandum dan tambah lagi 1st baking powder
1/2st baking powder
1/2st soda bikar
1/4C minyak jagung
1st esen vanila

C:
4 putih telur
1/4st cream of tartar
65g gula kastor

Cara:
  1. Larutkan serbuk koko dengan air panas (dan chocolate emulco). Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kesemua Bahan B. Masukkan larutan koko tadi dan kacau rata.
  3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan separuh gula. Pukul dengan kelajuan tinggi, masukkan selebih gula dan pukul hingga kental.
  4. Gunakan kaedah kaup balik, kaupkan adunan putih telur ke dalam adunan tadi.
  5. Tuang dalam bekas 9" dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 40min, 180C.
  6. Terbalikkan kek atas redai dan sejukkan.
Chocolate Mousse (untuk filling dan sapuan di luar kek)
Sumber: Lindapurple@myresipi.com

250g whip cream (UHT atau dairy whipping cream. Takde pun takpe, guna je non-dairy whipping cream tapi kurangkan gula aising)
1st esen vanila
1sb serbuk gelatin halal (campurkan dengan 4sb air. Rehatkan 5min hingga gelatin mengembang dan microwave atau panaskan atas api kecil hingga larut sepenuhnya)
50g serbuk koko + 80g gula aising
1sb nescafe + 1 1/2sb air panas

Cara:
  1. Pukul whip cream hingga kental/pekat.
  2. Masukkan esen vanila, serbuk koko, gula aising, larutan nescafe. Kacau sebati. Masukkan larutan gelatin (yang suam) dan kacau hingga semua sebati.
  3. Ketepikan.

Chocolate Ganache:
Sumber: lindapurple@myresipi.com

35g serbuk koko
50g gula (ku guna 30g)
150g whipping cream (ku guna non-dairy je)
80g coklat masakan cincang
30g mentega

Cara:
  1. Double-boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas.
  2. Masak hingga pekat. Sejukkan dan ketepikan sebelum dituang atas kek.
atau

Chocolate Ganache simple
125g @ 1/2C non-dairy whipping cream
100g coklat masakan
1sb butter

Cara:
  1. Double-boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas.
  2. Masak hingga pekat. Sejukkan dan ketepikan sebelum dituang atas kek.
Hiasan:
Pisang montel, dibelah 2 (ku guna peach)

Cara penyediaan kek:
  1. Potong kek kepada 3 lapisan (ku buat 2 je).
  2. Sapukan 1/2 mousse atas satu lapis kek. Letakkan pisang yang dibelah 2, lapiskan lagi dengan kek-2. Sapukan 1/3 lagi mousse dan lapiskan dengan kek ke-3.
  3. Sapukan seluruh kek dengan baki 1/3 mousse.
  4. Sejukkan kek dalam peti sejuk hingga mousse keras sikit.
  5. Tuangkan coklat ganache dan hiaskan sesuka hati.

N/B: Seeloknya kek dibiarkan semalam supaya rasa mousse dan kek dapat ber'mesra' dengan baik. Nak kek lebih moist sapukan sikit sirap peach atau sirap gula atas setiap lapisan kek. Ku guna base kek chiffon sebab pada ku chiffon lebih lembut dan lembab berbanding kek sponge. Lagipun resepi asal Lindapurple@myresipi.com guna sponge mix tapi ku tak suka guna yang premix, lebih suka make it from scratch. Hehe..

Cross-sectional view of the cake





Budak kecik yang tak sabar nak makan kek