Thursday, January 29, 2009

Aku dan Taufiq demaaaaam

Lama giler tak update blog. Nak kata malas, ya juga. Nak kata takde mende nak tulis, ya juga. Hehe...

Seminggu sudah aku tak sihat gara-gara jaga Taufiq yang demam minggu lepas. Tak tau la, tiba-tiba jak anak aku panas. Kepala panas. Belakang panas. Dada panas. Agaknya sebab cuaca minggu lepas tak menentu. Jap-jap panas. Jap-jap sejuk. Taufiq bab cuaca memang sensitip sket.

Apa lagi, aku dan suami susah payah try menyejukkan badan anak aku tu. Tuam-tuam dia, lap-lap badan dia kasi sejuk. Letak air asam jawa kat dahi dia. Alhamdulillah dua tiga hari pas tu OK dah dia, dah kembali bising balik mulut dia. Sebenarnya masa dia mula tak sihat aku perasan nape budak ni senyap je. Masa dia demam tu serius jak muka dia. Tak senyum-senyum langsung. Menangis macam sakit ada la. Kesian aku tengok dia. Malam-malam tidur pun tak lena. Hingus meleleh, badan tak selesa, tidur pun tak syok dia. Ni sekarang pun tinggal selsema je.

Pas anak aku baik aku pula jatuh demam. Demam kepenatan. Nak bangun pagi pun tak larat. Nak bagi anak aku makan pun aku tak terdaya. Tapi naseb baek laki aku ni prihatin, last2 dia yang suapkan Taufiq. Nangis gak aku dibuatnya, rasa tersangatlah worthless disaat itu. Huhu... Laki aku siap rebuskan bawang putih dengan kentang untuk aku makan nak kuarkan angin. Malam tu rasa macam nak buta je mata, macam migraine teruk sangat. Padahal aku takde migraine. Kepala lak denyut-denyut macam nak pecah je tengkorak ni. Tapi pas muntah, pas dah tidur esoknya baru la lega walaupun badan masih lemah lagi. Cuma sekarang ni dah batuk-batuk dengan selsema jela. Dan takde mood nak makan. Serta takde mood nak masak.

Sekian. Harap maklum.

2 comments:

Ummie said...

dah baik demam? kesian. Nauzubillah, tu ujian Allah buat kita. tu la, bila anak demam, kita ni mcm tak tentu hala. nak nangis tengok anak. terlentok tak bermaya, sebelum ni gelak tawa anakla yg jadi penghibur. bila demam..uuuuu, sedey jak kita ni. time kita lak sakit la, rasa mcm worthless la.kaksu migraine hari tu mcm orang sakit kanser otak. sakit giller.(mmg kaksu ada migraine pun) tapi yg ni maha hebat punyer. nasib baik laki kita ni jens prihaten.hehe.. thanks to our hubby. love them dearly. hehe.

Zack Zachoes said...

boley la, cuma selsema dgn batuk2 je tinggal. beginila naseb mak2 sedunia. time anak demam kita risau bagai nak rak ank tak sehat. bila kita demam rasa useless sesangat. xdpt nak uruskan anak, hubby.. belum lg keje uma. huhu... mmg menangis je pk kn sume. naseb baek ek dpt hubby prihatin. huhuhu..