Sunday, April 17, 2011

Resepi Coklat Chip muffin

Rasanya ada satu lagi resepi muffin yang pernah dibuat sebelum ni (tapi tak diupdate resepinya lagi, haha..) Pada penggemar tegar coklat macam saya (dan laki serta anak saya), muffin ni kurang sikit chocolatey sebab sikit sangat serbuk koko dia. Atau mungkin saya yang bersalah sebab guna sikit sangat chip coklat (gara-gara habis stok). Haha.. Apapun, layan.. Tetap sedap dimakan hot from the oven ;p Resepi asal dari Nigella Lawson.

Resepi Coklat Chip muffin (junjs11@myresipi.com)

http://www.myresipi.com/top/detail/2343

Bahan: (ku buat separuh adunan, tapi tambah lagi 1sb serbuk koko dan tolak 1sb tepung gandum)

(20 biji bergantung pada saiz)

The innards~ Bersarangkan chip coklat yang sudah cair. Yummy..

Nama pun muffin, jadi mesti togel. Cuma tak merekah sangat sebab suhu oven rendah rasanya semasa bakar (susah nak adjust suhu oven otang ni)


250g tepung gandum

2 st baking powder

1/2st soda bikarbonat

2 sb serbuk koko

175g gula

150g coklat chip (ku kekurangan chip coklat)

250ml susu segar

90ml @ 6sb minyak masak (1 sb = 15ml)

1 biji telur Gred A

1 st esen vanila


Cara:

1. Gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.

2. Gaul bahan basah dalam mangkuk lain.

3. Masukkan bahan basah ke dalam campuran bahan kering tadi. Gaul rata, masukkan coklat chip. Gaul lagi.

4. Tuangkan dalam papercup, tabur coklat chip (ku tak buat) dan bakar 180C, 20 – 25 min bergantung pada saiz papercup.

2 comments:

dhiya said...

kak, nak tanya, kalo susu segar tu saya ganti ngan susu tepung yang dibancuh dengan air boleh x? ade beza x?...

Zack said...

akak kalau terdesak apa2 resepi yg guna susu segar tp tiada stok biasa akak mmg buat cmtu :) bancuh sendiri je dek. kalau ada beza rasa pn mgkn dr segi lemak manisnya la.. guna susu tepung penuh krim kalau nk rasa lbh lemak, kalau nk gnti low fat pn boleh.. bg akak, resepi ni lg sdp guna serbuk koko yg berkualiti sebab kuantitinya sedikit. setakat 2sb. nk ganti dgn susu coklat pn takde masalah, lg sedap rasanya. cuba eksperimen, bila dh biasa kita akan tahu mana yg lbh kena dgn tekak kita :)

P/S: akak biasa buat kalau satu resepi tu akak cuba pelbagai jenama/bahan, lama2 dh biasa akak cuma guna bahan tu utk resepi tu je.