Wednesday, May 18, 2011

Resepi Baked Durian Cheesecake (Kek Keju Durian Bakar)

Resepi di kala musim durian, kek keju durian bakar atau baked durian cheesecake (MIL kata orang ngandung tak boleh makan durian segar banyak-banyak, takut anak dalam perut kepanasan. Terpaksalah buat jenis yang bakar. Hehe..) Tekstur yang creamy, lemak manis, smooth, dan membelai tekak. Sedap dimakan sejuk-sejuk. Lagi lama disimpan dalam peti sejuk, lagi rasa duriannya.

Atau dalam bahasa mat salleh: the cream cheese filling with baked durian meat, punctuated by the rather strong taste from the durian topping, are an excellent combination and make this cake a delicious treat. In other words, enjoy this recipe~

UPDATE 26 MAY 2011: Ehehe, saya tahu tak semua orang suka durian. Kalau dengar durian dengan cheese mesti fikir peliknya kombinasi ni. Belum cuba belum tahu kan? Saya pun first time makan durian cheesecake dan I don't regret it. The first time I heard about it when a member mentioned that the Promenade Hotel, Tawau, sells the most delicious durian cheesecake. And I don't doubt about it, hehe.. Well, everyone has his or her own preference. As for me, I've never cared much for pineapples, but I'm willing to give anything a go ;)

UPDATE 23 MAY 2011: Resepi telah diupdatekan ke www.myresipi.com (Kek Keju Durian Bakar (Baked durian cheesecake). Kek ni boleh dikukus cuma jadi susah sikit nak potong. Mungkin kalau nak kukus kena kurangkan cecair atau tambahkan tepung jagung dalam adunan kot (tak pasti berapa banyak sebab saya tak pernah buat).


Kek keju durian bakar

Resepi Baked Durian Cheesecake (Kek Keju Durian Bakar)
Diadaptasi dan dimodifikasi dari blog Aunty Yochana

Loyang bulat 7" ketinggian 3" (untuk kek lebih tinggi) atau 8" ketinggian minima 2"
(Resepi di bawah adalah separuh dari yang asal)


Kek keju durian yang dah dipotong

Bahagian dalam kek


Base biskut:
(Boleh juga guna base kek sponge) ku tak buat base

140g digestive biscuit, diblend
15g gula kastor
60g butter, dicairkan
*Alas dan lengser loyang springform/loose pan dengan majerin/butter cair dan baking paper. Campur kesemua bahan base biskut dan tekan pada dasar loyang. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling cream cheese.

Filling:
175g @1C + 1sb + 1/2sb isi durian, dilecek halus - ku guna whisk je bagi hancur. Boleh juga diblend kalau nak lebih halus
250g cream cheese, suhu bilik
60g @ 1/4C gula kastor - ku guna 50g
20g @ 2sb menggunung tepung jagung (corn starch)
90ml @ 6sb susu sejat @ santan - ku guna susu sejat
50ml @ 3sb + 1st UHT whipping cream @ fresh cream - ku guna fresh cream, cuma kurangkan gula kepada 50g
1 + 1/2 biji telur Gred A

Topping:
(Ku buat separuh sebab tinggal 45g isi durian je- sebab dah kena ngap, haha..)

80g isi durian, dilecek
32g susu segar - ku guna 15g susu sejat
22g UHT whipping cream - ku guna 10g fresh cream
15g gula kastor - ku guna 7g gula
1/2 biji telur + 1/2 kuning telur Gred A - ku guna 1/2 biji telur Gred A, baki dari filling cream cheese di atas

Hiasan:
Serbuk koko + penapis
1/2C fresh cream, dikocok kental


Cara:
1. Panaskan oven 160C.

2. Untuk filling: Pukul cream cheese dan gula kastor hingga gula hancur. Masukkan isi durian, susu sejat, whipping cream, dan tepung jagung. Pukul sebati. Masukkan telur dan gaul hingga smooth.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut (jangan lupa balut loyang dengan foil 2-3 kali dahulu untuk elak air dari masuk).

4. Bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 1 jam, dengan loyang di'rotate'kan pada 5 minit terakhir untuk dapatkan permukaan yang dibakar rata.

5. Untuk topping: Campur kesemua bahan untuk topping dan tuang di atas kek yang dibakar tadi (tak perlu disejukkan dahulu). Sambung bakar untuk 15-20 minit atau hingga permukaan atas kek sedikit keperangan dan agak kering.

6. Keluarkan kek dari oven dan sejukkan kek dalam loyangnya di atas redai. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam sebelum dikeluarkan dari loyangnya dan dihias dengan mengayak serbuk koko diatasnya atau disalut dengan fresh cream.

Sekarang tinggal separuh je sebenaranya (tak sampai 24 jam pun dirasmikan)

3 lapisan- kek keju durian, topping durian, dan salutn nipis fresh cream untuk kekalkan bau durian dalam kek


NOTE:
Susah juga nak cari resepi yang mudah dan yang paling penting tak terlalu mengecut semasa menyejuk. Ku buat separuh dari adunan asal (yang menggunakan loyang 9" tapi ku guna 8" untuk separuh adunan) dan dapat kek yang tinggi lebih kurang 1", tanpa base. Kalau sesiapa nak buat, dicadangkan guna loyang 7" untuk kek yang lebih tinggi. Guna durian yang agak lembab (bukan jenis yang kering) untuk dapat tekstur yang lebih gebu dan halus.

UPDATE 2 SEPT 2012: Cara steam bake/water bath. Loyang berisi adunan kek dimasukkan ke dalam loyang lebih besar. Loyang besar diisi air panas. Keadah ni biasa digunakan untuk adunan yang menggunakan telur yang banyak (cth: souffle) atau menggunakan cheese. Kalau guna loyang springform/loyang bongkar pasang, balutkan luar loyang adunan kek dengan aluminium foil 2-3x untuk elak air meresap masuk ke dalam kek nanti.


10 comments:

shaq said...

nice, i shud try this. =)

http://theluckyshaq.blogspot.com

Zack said...

hi shaq, feel free to try this ;) a must for durian lovers

Kayu Manis said...

BESTNYA...NAK CUBA BUAT..

Zack said...

norihan bakery: sila2, sedap membelai tekak kek ni. gebu lemak2 manis je mkn ^_^

Cheq Sue said...

wahhh...selalu tgk kat MyR je...terjumpa blog Zack...buleh le intai byk lg rcp cheescake..

Zack said...

k.sue: hehe, yeke? saje letak kt MyR kot2 ada yg tercari2 (mcm sy dulu, hehe).. sy mmg peminat cheesecake, cuma sejak 2 menjak ni kena rehat jap bereksperimen sbb dh sarat ngandung. huhu..

Cyndy Samantha said...

cheese cake...yummy

Zack said...

IdaShazana: thank you ;)

Unknown said...

Hi.. nak tanya, kan kek ni guna steam sj tapi napa langkah no.6 tu kata "keluarkan kek dari oven". Reply ya sbb sy nak cuba buat juga.

Zack said...

hi affy,

steam bake maksud di sini bukannya kukus. dia bakar mcm biasa dlm oven, cuma loyang berisi adunan kek tu dimasukkan ke dalam loyang lebih besar yg berisi air panas. tujuannya nak bagi cheesecake lembap dan masak sempurna. kalau nk bakar secara biasa pn boleh, tp nnt keliling kek agak kering dan mungkin retak di tengah2 masa pembakaran.

akak ada letakkan gambar cara buat steam bake/water bath dlm post ni. harap membantu ^_^