Wednesday, May 11, 2011

Resepi Kek Cawan Tiramisu

Malas nak buat kek tiramisu besar-besar, jadi ku jadikan ia sebagai cupcake atau kek cawan. Ajaibnya, si Taufiq suka pula light whipped cream cheese frosting untuk tiramisu ni. Agaknya kombinasi cream cheese yang [agak] masam, fresh cream yang manis, dan serbuk koko yang pahit membuat dia tertarik kot.

Niat asal nak sapu sirap kopi, tapi nescafe dah expired (NOTE TO SELF: lain kali check dulu apa yang ada sebelum nak mulakan sesuatu projek). Tak letak sirap kopi pun tak apa, sebab Taufiq kureng dengan kopi. Apapun, puashati dengan resepi kek cawan vanila ini. Tak berapa manis, gebu, tak berapa lembab dan tak berapa kering (sesuai kalau letak sirap kopi ni), dan sesuai digabungkan dengan cream cheese frosting. Cuma sayangnya dapat pipekan 3 biji kek cawan sebab cream cheese cuma tinggal 30g. Baki kek cawan yang lain ku cuma hias dengan fresh cream dengan blueberry filling (tapi sempat gak 2 biji dijamah togel-togel oleh si Taufiq).

Apapun, enjoy~


Resepi Kek Cawan Tiramisu
Diadaptasi dan dimodified dari Confessions of a Foodie Bride
Resepi asal: Martha Stewart

Kek cawan tiramisu dengan light whipped cream cheese frosting


Resepi Kek Cawan Vanila:
Dapat 18 biji kek cawan - ku buat separuh dapat 9 biji saiz besar jugalah. Boleh dapat lebih kalau guna saiz lebih kecil

Bahan A:
1 1/4C tepung kek - ku guna 1/2C + 1/8C tepung superfine
3/4st baking powder - ku guna 3/8st
1/2st garam - ku tak letak sebab guna salted butter
***Bahan A semua diayak dalam satu bekas. Ketepikan.

Bahan B:
1/4C susu segar - ku guna 1/8C air masak + 1/2sb susu tepung
1/2st esen vanila - resepi asal guna vanila pod
4sb butter - ku guna 2sb
***Cairkan semua Bahan B dalam microwave atau periuk kecil hingga butter cair. Ketepikan pada suhu bilik.

Bahan C:
3 biji telur Gred A, seluruh/whole egg *
3 biji telur Gred A, kuning saja*
1C gula kastor
*ku guna 3 biji telur Gred C, ku guna seluruh telur tu, tak guna separuh kuning je sebab rasa bazir :P Berat 3 biji Gred C lebih kurang 140g

Cara sediakan kek cawan vanila:
1. Panaskan oven 160C.
2. Sediakan 18 souffle cup/papercup saiz sedang (ku guna 9 biji souffle cup, mungkin leh dapat lebih kalau guna yang kecil sikit).
3. Sediakan Bahan A dan B dahulu. Ketepikan.
4. Campurkan kesemua Bahan C dalam satu bekas tahan panas.
5. Didihkan satu periuk kecil berisi air, tutup api dan letakkan periuk tersebut dekat dengan elektrik hand mixer anda. Ambil bekas tahan panas berisi Bahan C tadi, letak atas periuk (pastikan bahagian bawah bekas tak kena air dalam periuk).
6. Pukul adunan kelajuan maksima hingga adunan menjadi pucat, naik 2-3x ganda, pekat dan ribbon stage. Lebih kurang 6 minit gitu.
7. Masukkan Bahan A (tepung) diselang-selikan dengan Bahan B (susu segar), sambil kaup balik rata-rata (ku guna mixer paling slow). Kaup balik hingga adunan bercampur sebati tapi jangan terlebih gaul, takut nanti kek bantat.
8. Tuang atau sudukan adunan ke dalam souffle cup 3/4 penuh (kek akan naik masa bakar jadi jangan letak penuh sangat).
9. Bakar 160C, 15-20 minit atau hingga lidi dicucuk kering dan permukaan atas kek cawan keperangan.
10. Sejukkan pada suhu bilik di atas redai sebelum dihias.

Kek cawan vanila togel

Kek cawan vanila yang dipotong bahagian atas (kes terlebih letak 3/4 full, haha). Warna putih-kuning pucat dan sangat gebu


Sirap kopi:
- ku tak jadi buat sirap kopi masa ni sebab nescafe rupanya dah expired :'(
3/8C air espreso/kopi panas- 3/8C + 1/2sb nescafe atau kurang/lebih bergantung pada preference
1/4C gula pasir/kasar

Cara sediakan sirap kopi: Campur gula pasir dan air kopi hingga gula larut. Ketepikan untuk disapu atas kek cawan nanti.


Light whipped cream cheese frosting:
Diadaptasi dan dimodified dari Allrecipes.com

1/2C UHT whipping cream - ku guna 60g fresh cream je, dua kali ganda berat cream cheese
1250g cream cheese, suhu bilik - ku guna dalam 30g sebab tu je yang tinggal (baki buat kek yang lepas)
1/4C gula aising - ku guna sangat sikit, dalam 1sb sebab fresh cream memang dah manis. Nak letak lebih bergantung pada preference

Cara sediakan light whipped cream cheese frosting: Dalam satu bekas, pukul whipping cream (atau fresh cream) hingga bertanduk (stiff peak). Ketepikan. Dalam bekas lain, pukul cream cheese dan gula aising hingga lembut. Kaup balikkan whipping cream@fresh cream ke dalam adunan cream cheese. Masukkan adunan ke dalam piping bag bernozzle star. Ketepikan.

Hiasan:
Serbuk koko berkualiti - ku guna Tudor Gold
Atau coklat masakan, diparut


Cara sediakan kek cawan tiramisu:
1. Ambil sebiji kek cawan vanila yang sudah disejukkan pada suhu bilik tadi. Cucuk 4-5 lubang pada permukaan kek cawan dengan lidi/pisau kecil (bagi membolehkan sirap kopi menyerap ke dalam kek).
2. Menggunakan berus, sapu sirap kopi pada permukaan kek cawan.
3. Pipekan cream cheese frosting di atas kek cawan (ku cuma dapat pipekan 3 biji kek cawan menggunakan 30g cream cheese di atas, haha).
4. Ayak serbuk koko (atau tabur parutan coklat) di atas permukaan frosting.
5. Sedia dihidangkan atau disimpan dalam peti sejuk (sedap lagi makan masa sejuk).

13 comments:

dhiya said...

salam...akak, saya dah try buat resepi ni..emm..mmg terbaek dan sedap..tp the problem is bile saya buat whipped cream cheese tu, saya xboleh nak pipe..sebab terlalu lembik..saya xtau kenapa jadi macam tu, atau mungkin sebab brand cream cheese yang saya pakai tu kot. untuk makluman akak saya guna tatura cream cheese...kalo boleh saya nak elakkan pakai shortening untk buat creamnya...please help me..

Zack Zachoes said...

dhiya: mmm.. akak rasa bkn masalah jenama cream cheese..lain jenama lain rasanya tp dari segi tekstur rasanya tak mempengaruhi sbb akak pernah guna tatura, philadelphia dgn anchor. mgkn bab whipping cream tu kot. kalau akak, deco2 yg perlu stiff/kental ni akak guna fresh cream (non-dairy whipping cream). mgkn Dhiya boleh kurangkn kuantiti fresh cream, gunakan berat yg sama dgn cream cheese. contoh: 125g cream cheese + 125g fresh cream. gula aising letak la sesudu dua dulu sbb fresh cream dh manis. pastikan fresh cream tu kena pukul smpai btl2 dia kaku baru dicampur dgn cream cheese.

ini rujukan utk fresh cream: http://zachoes.blogspot.com/2011/05/cara-guna-simpan-dan-warna-fresh-cream.html

dhiya said...
This comment has been removed by the author.
Dhiya said...

salam..kak zack, dah lame xjenguk blog akak ni.windu rasenye nak tgk buah tangan terbaru dari akak.;), baru2 ni saya ade buat kek cawan tiramisu ni..untuk frostingnya tu saya nak buat deco..tapi bile saya tambah pewarna, frosting tu jadi lembik, dan langsung xboleh nak paipkan bunga ros..soalan saya:1.boleh ke cream cheese frosting dijadikan hiasan (deco)?atau ianya tidak sesuai?

Zack Zachoes said...

salam dhiya,
saya pn lama tak update blog, pejam celik dh sebulan ;p hehehe.. bersawang sudah :P ikutkan susah jg nk deco dgn cream cheese, sbb dia mmg lembik utk piping rose. kalau swirls, rosettes, deco2 biasa ok lg. pewarna pn jgn guna jenis air, paste, gel atau oil base ok cuma tu pn takleh bnyk sgt. cream dia tambah cair. kalau nk jenis yg betul2 kental, berat fc kena lebih dr cream cheese. jgn guna dairy uht whipping cream, sbb dia mmg cair kt suhu bilik banding fc. tp mgkn rasa dia lari sikitlah sbb rasa cream cheese tenggelam sikit dgn rasa fresh cream.

My Masak2 said...

salam zack...pa kabar? saya baru ternampak blog ni n mmg menarik. dan terlebih2 menariknya sbb kita sm2 org tawau. kamu stay d tawau atau tpt lain? bkn apa, sy ni br berjinak2 ngan cooking n baking ni, so ada org yg pdi ni mana tau blh bg tunjuk ajar. klu kena byr pun xpa janji puas hati...amacam?

dhiya said...

ooo..time kaseh kak sebab info..luv u.:)))

Zack Zachoes said...

@My Masak2: w'salam, tq sbb sudi jenguk blog sy. hehe.. sy di tawau, tinggal di tawau. belum pernah buat kelas lg, tp ada fikir2 jg cuma ndakda masa. hehe.. kalau ada insyaAllah sy akan tulis di blog..

@dhiya: sama2 dik ;)

baba nur said...

askum.zack.nk tanye brp sukatan gram tpung tu?sory..xbepe terer sukat cwn.

Zack Zachoes said...

@baba nur: w'salam, sy pn tak berapa pasti.. 1C tepung lebih kurang 120g. jd 1/2C+1/8C lebih kurang 75g. tp kena timbang balik ni, sbb sy pn dah lama tak timbang cup to gram. huhuhu..

suriyani said...

salam zack, nak tanya..untuk tiramitsu..yang macam secert recepies tu..pakai whipping cream dairy or whipping cream non dairy ya? saya pernah guna yg jenis dairy..then campur dgn cream cheese..tapi rasanya lain sikit la..x best

Zack Zachoes said...

@suriyani: w'salam, sy tak berani nk ckp sebab mesti diorg ada bahan tambahan. tp kebiasaanya mmg orang akan pakai dairy sbb rasanya lemak2 sikit. saya rasa diorg tak guna cream cheese tp mascarpone cheese, sbb tiramisu asli guna mascarpone dan zabaglione.

Kate Lee said...

Hi kak,
Boleh Tanya the frosting Akan cair Kah? Boleh minta recipe untuk cream cheese frosting yang boleh tahan panas?