Tuesday, May 24, 2011

Resepi Mushroom Soup Makaroni dan Cheese Bakar

Resepi simple mac and cheese dibuat di kala tak ada mood nak masak susah-susah. Biasa buat tanpa mushroom soup dan letak udang segar untuk gantikan sosej, tapi kebetulan ada beberapa peket Vono mushroom soup, jadi ku gantikan susu segar dengannya dan kurangkan sukatan tepung gandum bersama butter. Taufiq suka makan makaroni, En. Hubby lak dah bertahun asik makan pizza, pasta dan makaroni jadi dah immune sikit (dengan kata lain, dah muak. Haha...)

Apapun, enjoy~

Mushroom Soup Makaroni dan Cheese Bakar


Resepi Mushroom Soup Makaroni dan Cheese Bakar (Baked Mushroom Soup Mac and Cheese)
(2 orang)

Mushroom Soup Makaroni dan Cheese Bakar dah dibedah siasat

1C elbow makaroni

White sauce:
1sb butter
1sb tepung gandum
1/4C air

1C air
1 peket mushroom soup Vono
Serbuk lada hitam
1 batang sosej, dihiris - ku guna sosej bercheese
1 keping slice cheddar cheese

Secukup mozzarella dan parmesan cheese
Garam - jika perlu

Cara:
1. Rebus makaroni dalam air secukupnya (bukan air dari sukatan di atas) hingga lembut. Toskan air dan ketepikan sebentar.

2. Panaskan oven 200C. Lengser 2 loyang aluminium bersaiz 4" x 4" dengan butter. Ketepikan.

3. Dalam periuk atau saucepan kecil, cairkan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga tepung tak melekat pada periuk. Masukkan 1/4C air dan kacau sebati.

4. Campurkan 1C air dengan Vono mushroom soup. Masukkan hirisan sosej dan mushroom soup ke dalam adunan tepung tadi. Kacau hingga sosej masak.

5. Masukkan makaroni dan biarkan mendidih sebentar. Masukkan slice cheddar cheese. Gaul hingga cheese cair. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam (jika perlu).

6. Tuangkan ke dalam bekas aluminium. Tabur mozzarella cheese dan parmesan cheese. Bakar 200C selama 10-20 minit atau hingga atas kelihatan perang.

7. Sejukkan sebentar sebelum dihidang.


***Boleh masukkan mix veg kalau mahu.
***Sosej boleh diganti dengan daging atau ayam kisar tapi perlu ditumis dahulu.
***Sosej juga boleh digoreng dengan minyak sedikit sebelum dimasukkan ke dalam adunan untuk rasa yang lebih sedap.
***Mushroom soup boleh ganti dengan jenama dan perasa lain, seperti chicken mushroom soup dsb.
***Kalau tak mahu bakar pun boleh, terus makan macam tu tanpa letak mozzarella atau parmesan cheese.
***Bahan-bahan boleh ditokok tambah ikut selera. Kadang-kadang saya letak sos tomato atau sos cili, kadang-kadang makaroni tu buat macam lasagna lepas tu letak white sos (guna 1C air je dan eliminate mushroom sup) dan tabur cheese atasnya. Terpulang pada kreativiti masing-masing.

No comments: