Friday, June 17, 2011

Resepi Roti Bun Bunga Kacang Merah [dan step-by-step]

Lama tak meroti. Bukan apa, boleh kata dah jemu makan roti tiap-tiap hari. Hehe.. Semangat meroti terpaksa dibara kembali bila tengok inti kacang merah 1kg beli untuk pau aritu tak luak-luak juga. Hmm.. Nasib tinggal tak sampai 1C lagi dalam peti sejuk. Terpaksa mencari idea lagi macam mana nak elak pembaziran. Hmm..

Roti ni sedap, lembut. Cuma jenuh lak kitorang nak habiskan walaupun buat separuh (nak buat macam mana, bertahun asik makan roti...roti...roti je) :P

Apapun, let's skodeng roti bun bunga kacang merahku-yang-dah-kecut-sebab-tak-tunggu-sampai-betul-betul-sejuk-sebelum-disimpan-dan-pulanya-tu-ditindih-tindih-dalam-bekas-adoi-pandainya-mak-Taufiq~


Resepi Roti Bun Bunga Kacang Merah [atau red bean stollen]

Roti bun bunga kacang merah~ Berkedut pula tengok pagi tu, padahal buat tengah malam tadi cantik cun macam guna botox T_T


Bahan-bahan (10 - 12 biji)
ku buat separuh dapat lebih kurang 8 biji

Bahan A:
350 gram tepung roti/high protein flour - ku guna 175g
150 gram tepung halus/ tepung superfine - ku guna 75g
100g gula kastor - ku guna 50g@3sb
1 sudu teh garam halus - ku guna 1/2st
30 gram susu tepung - ku guna 15g@1sb + 1/2sb
1 sudu teh bread improver (optional) - tak guna
1 sudu teh bread softener (optional) - tak guna
4 sudu teh yis kering - ku guna 2st
* Gaul bahan di atas hingga sebati

Bahan B:
air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
* Campurkan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram. (Ku buat separuh, lebih kurang 1/2bj telur Gred A + air hingga dapat kurang dari 1C@250ml tolak 2sb)

Bahan C:
40g butter
40g shortening
* Boleh guna shortening atau butter sahaja. (Ku guna 40g@4sb majerin Daisy)

Untuk glis:
Baki 1/2bj telur Gred A + sedikit susu segar/air


Cara Menyediakan Doh Roti:
1. Masukkan Bahan B kedalam A dan uli sehingga adunan licin.
2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat ditangan dan bekas. (Ku uli menggunakan kudrat ibu sarat mengandung selama 25-30 gitu.)
3. Perap doh selama 30 – 40 minit (ku perap dalam oven suhu paling rendah, 40C. Tutup bekas doh dengan tuala lembab atau cling film untuk elak permukaan doh kering).
4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam.
5. Bahagikan doh seberat 60 gram (ku buat 90g) dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit.

Siap diuli, tinggal nak proof je


Cara membuat bun bunga kacang merah:
1. Sediakan inti kacang merah seberat 50 gram setiap satu dan dibulat-bulatkan. Ketepikan.
2. Leperkan doh diatas papan.

3. Isikan dengan inti kacang merah (tak perlu leper sangat sebenarnya).

4. Bungkuskan inti kacang merah.

5. Terbalikkan doh.

6. Alihkan di atas baking tray. Gunakan pisau tajam untuk belah bentuk bunga. Pastikan jangan sampai terbelah dua di bahagian tengah.


7. Lakukan untuk semua doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda atau lebih kurang 30-40 minit.
8. Glis permukaan doh dengan campuran telur+susu segar dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, bahagian rak tengah, suhu 180C selama 20 minit atau hingga atas sedikit keperangan.
9. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai sebelum dihidang atau disimpan.


Atau cara membuat Red Bean Stollen:
1. Sediakan inti kacang merah seberat 50 gram setiap satu dan dibulat-bulatkan. Ketepikan.
2. Leperkan doh diatas papan dan diisikan dengan inti kacang merah lalu dibungkus. Bahagian yang dibungkus diletakkan diatas papan canai dan canai doh yang telah diisi dengan inti kacang merah.
3. Hiris doh menggunakan hujung pisau tajam yang dicelup tepung. Hiris jangan putus hingga kebawah. Hanya dipermukaan sahaja.
4. Terbalikkan doh tersebut. Gulung doh dengan bentuk hirisan melintang.
5. Susun doh dalam loyang, dibiarkan 40 minit. Kemudian disapu dengan campuran telur dan susu segar dan bakar pada suhu 180’C selama 20 minit.

4 comments:

Ida,Japan said...

fuhhh..comel ler bun ni, ada seni tu..sedap2

Zack said...

hehe..tq ida.. tapi ni dah kecut, rugi lak tak tangkap gambar malam tu masa tengah cun T_T

Unknown said...

bestnye kalu leh wat sendiri..berseni...:)

Zack said...

@Liza: senang ni, tak susah sebenarnya ^_^