Sunday, July 3, 2011

Cara Menghias Kek Fresh Cream [Kek Black Forest]

Mak buyung terlebih rajin minggu ni, siap ambil gambar step-by-step. Walaupun gambar tak se'clear' gambar-gambar menggunakan DLSR (untuk step-by-step biasa guna digicam biasa je, takut nanti kamera DSLR berkulat kalau asik berhenti-henti nak tangkap gambar), tapi rasanya boleh kot faham basicnya nanti.

Bab mendeco ni takdela expert mana, cuma sekadar minat je. Pengetahuan yang ada pun hanya berdasarkan pengalaman bertahun (2 tahun je, haha..takdela lama beno pun) dan tiada sijil untuk menyatakan saya ni berkelayakan untuk mengajar orang. Hehehe.. Tapi setakat kongsi-kongsi apa salahnya ek?

Alat-alat yang saya guna pun kebanyakannya plastik, takde stainless steel (kecuali offset spatula je). Nak dapatkan hasil deco yang cantik memakan masa dan praktis. Apa-apa skil pun perlukan praktis. Bakat dan kreativiti pula bergantung kepada individu (saya tak kreatif sangat pun :P) Kalau nak lebih mudah (tapi tidaklah murah, hehe) bolehlah hadiri kelas, cikgu-cikgu akan beri tips yang lebih hebat dalam selok-belok bab mendeco kek ni.

Apapun, let's skodeng gambar menghias kek Black Forest di bawah~


Cara Menghias Kek Fresh Cream [Kek Black Forest]

Kek Black Forest (sila jangan ambil gambar ini dan tukar dengan watermark anda ye? Haha..macamlah lawa sangat ek :p)


Alat dan bahan:
Comb/scraper samada plastik atau stainless steel- permukaan rata (plain icing scraper/comb)
Comb/scraper samada plastik atau stainless steel- permukaan bergerigi (serated atau triangular icing comb/scraper)
Rotating cake stand
Spatula panjang

Gabungan gambar dari En. Google


Parutan coklat (chocolate curls) - boleh juga guna chocolate rice
100g - 200g Blueberry filling@cherry pie filling@dark pitted cherries
300g - 500g @ 1C - 2C fresh cream, telah dipukul kental - sila rujuk Cara Guna, Simpan, dan Warna Fresh Cream (Non-Dairy Whipping Cream)



1. Potong kek sponge kepada 3 lapisan (boleh juga 4 jika inginkan kek yang lebih nipis).

2. Letakkan lapisan pertama kek di atas cakeboard (yang telah diletakkan atas rotating cake stand). Sapu lapisan fresh cream rata-rata di atasnya. Pastikan masa sapu tu spatula tidak terkena pada kek (sebab takut serdak-serdak kek akan bercampur dengan fresh cream dan mencacatkan deco nanti). Biasa saya sudukan banyak-banyak fresh cream atas kek dulu, lepas tu guna hujung spatula untuk ratakannya atas kek.

3. Sudukan blueberry filling (atau cherry pie filling@dark pitted cherries) atas fresh cream. Jangan letak sampai hujung kek sebab nanti takut masa letak lapisan kek ke-2, fillingnya akan terpenyek dan terkeluar dari kek.

4. Tutup dengan lapisan kek ke-2 dan ulang step 2 & 3. Akhir sekali tutup dengan lapisan kek ke-3.


5. Menggunakan hujung spatula, cedok fresh cream (agak banyak jugalah) dan sapu perlahan-lahan pada permukaan dan sisi kek. Sekali lagi pastikan spatula tidak terkena pada kek.

6. Salut fresh cream pada keseluruhan kek. Lagi baik letak cream tebal-tebal, nanti masa nak lepa cantik-cantik, lebihan cream dapat diketepikan dengan lebih mudah.

7. Ambil scraper yang berpermukaan rata, letakkan bahagian rata pada sisi kek pada sudut kurang dari 30°. Gunakan tangan lagi satu untuk perlahan-lahan pusingkan cake stand sambil memastikan scraper tidak bergerak (NB: Pastikan kek betul-betul di tengah cake standdahulu. Kalau dah expert boleh pusing cake stand tu laju-laju, hehe..) Lebihan fresh cream yang terlekat pada scraper mestilah diketepikan.

8. Kemaskan sisi kek. Kalau ada 'lubang-lubang' atau mana-mana permukaan yang tidak terkena fresh cream, boleh ditepek sedikit dengan fresh cream. Lepas tu ulang step 7 lagi sampai dapat salutan yang lebih kemas. (NB: Pastikan setiap kali anda ratakan tu, scraper mesti bersih dari sisa-sisa/lebihan fresh cream. Kalau tak, nanti sisa-sisa tu akan melekat kembali pada kek dan susah nak dapat permukaan yang betul-betul rata/smooth.)


9. Ratakan bahagian atas kek. Kali ni boleh guna spatula atau scraper. Ambil scraper/spatula dan letak pada hujung tepi kek. Menggunakan 'sweeping motion', tarik scraper dari hujung kek ke bahagian tengah kek (part ni susah nak terangkan. Boleh rujuk video Youtube di bawah).

Video youtube: Cara mendapatkan permukaan atas kek icing@fresh cream yang rata:



10. Buangkan lebihan fresh cream di bahagian bawah kek. Anda boleh gunakan tisu untuk sapu lebihan cream ataupun gunakan cara ringkas: ambil scraper/spatula, selitkan tepinya sedikit di bawah kek. Kemudian perlahan-lahan tarik keluar scraper/spatula tersebut sambil memutarcake stand. Secara automatik lebihan fresh cream yang tak kemas pada bawah kek akan terlekat pada scraper/spatula tersebut. Buangkan/ketepikan lebihan fresh cream ini.

11. Parutkan coklat menggunakan pemarut untuk buat chocolate curls. Kalau guna pemarut dengan sudut coklat seperti dalam gambar, dapat curls yang pendek-pendek. Boleh juga guna pemarut kentang atau pisau untuk dapat curls lebih panjang. Untuk memudahkan coklat melekat pada kek dan tidak mudah cair di tangan, boleh simpan parutan coklat dalam peti sejuk untuk 5-10 minit.


Chocolate curls


12. Angkat dan pegang kek menggunakan sebelah tapak tangan, posisikan tepi kek di atas bekas berisi parutan coklat. Ambil sedikit parutan coklat (yang disejukkan tadi) dan tepek pada tepi-tepi kek. Kalau rasa coklatnya mula mencair, boleh simpan sekejap dalam peti sejuk. Dah siap tepekkan coklat, simpan dalam peti sejuk sebentar, kemudian bolehlah dipaipkan rosettes atas kek dan dihiaskan dengan cherry bertangkai dan lebihan coklat parut di tengah-tengah.

NB: Untuk kek ni, saya guna scraper bergerigi untuk dapat garisan/alunan pada sisi kek. Boleh tengok caranya di dalam video di bawah:

Video youtube: Cara mendapatkan corak beralun/bergerigi pada sisi kek menggunakan icing comb/scraper bergerigi:



***Kalau ada kemusykilan atau pertanyaan, bolehlah tanya saya dan saya akan menjawab selagi mampu.
***Gambar-gambar adalah Hak Milik Aku.Zack@zachoes.blogspot.com kecuali jika ia telah dinyatakan dari sumber lain (Google, contohnya).

Black Forest cake

24 comments:

Sheery Dream Cakes said...

wah cantiiiknya... pandai mendeco kek... 2 thn tu lama gak tu tau.. banyak boleh d pelajari kan... ;)

Zack said...

kak Diana: hehe, makaseh ^_^ satu pujian yg sangat mengharukan mak buyung ini T_T

kira 2 tahun tu lama gak eh? hehe.. leh tahan juga cabarannya, belajar dr youtube dgn dr internet..tanya2 org..praktis..tak cantik try lagi. huhu.. apapun alhamdulillah, rasa mcm boleh kot hias simple2 mcm ni. cuma buat bunga je masih fail :P hehehe..

Cheq Sue said...

hajat nak buat jugak black forest ni untuk besday Julai...nanti cheq sue refer sini keh..

Zack said...

cheq sue, boleh2 no problem~ ;)

mimas said...

salam.. comelnya kek ni.. saya selalu gak buat black forest ni.. tp selalunya memang fail bab memotong lapisan kek tu.. bleh zack share tip/ petua nk dptkan lapisan yg comel rata cam dlm gamba tu...

Mat Som Sadona said...

Nyam Nyam. Boleh bukak kedai kek di Taman Koperasi kalau dah balik sini. Hospital Pantai pun dah dekat situ.

Zack said...

mimas: wsalam.. mmmm..selalu saya mesti sejukkan keknya dulu beberapa jam dalam peti sejuk. lepas tu saya guna pisau untuk potong loaf bread (yang bergerigi tu). dan masa nak potong tu saya eye-level/mata sama paras dengan kek, sambil satu tangan tekan bahagian tengah atas kek, satu lagi tangan buat macam sedang gergaji (sawing motion) sambil rotate cake board.

kalau taknak buat cmtu boleh, boleh gak buat cara mcm video youtube: http://www.youtube.com/watch?v=Q_usTjoHAAA

cuma sy jarang buat mcm tu sbb kadang2 potongnya senget sikit. hehe.. harap jelas explaination sy, susah sket lak nk terangkan kalau tak tunjuk secara praktikal..

Zack said...

cikgu mat som: cikgu, keluarga dah tak tinggal sana dh. siorg sume dh pindah ke parit raja. hehe..

Kayu Manis said...

saya tak pernah beli kek lg,asyik buat aje setiap kali ada permintaan,selalu memberi kek kpd yg teringin nak makan kek,pic yg menarik utk mndpt idea..tq

Zack said...

norihan bakery: huhu..makaseh atas pujian tersebut T_T kalau nk ikut deco mcm ni boleh je, senang juga nak buatnya ^_^

Miesah Sapian said...

CANTIK DN MENARIK...Tkasih share kepakaran..

Zack said...

miesah: hehe..makaseh :D takdela pakar, sekadar hobi je.. ;)

uncle nik said...

rasa nak buat gak utk baby boy bulan ogos nanti...tapi kena test buat dulu..takut tak jadi,..maklumler orang laki...minat aje lebih..bakat tak ada...

Zack said...

uncle nik: dari minat tu boleh berkembang jd bakat, asalkn jgn mudah putus asa :) sy pn bukan terus terer (cewah, perasan sebentar) mcm ni. mkn tahun jg, pula tu bljr sndr kt rumah tanpa pergi mana2 kelas. hehe.. patut uncle nik tgk kt FB sy, rupa2 kek yg masa sy mula2 buat. mmg kesian sgt sy tgk.. tp tak mula, mana kita leh smpai tahap mcm ni, ye tak? jd mulakn dulu, tak kisahlah kalau lawa ke tak..lama2 lawa la tu :)

Wawa said...

terliurnye kak zack tgk kek ni!

Zack said...

eencyweency: ngeh3.. kek ni dh selamat masuk perut kami ;)

ZALINA BT ZAINON said...

thanks zack...step2 yg awk bagi ni sgt2 membantu dan mudah difahami... sy pun nk try buat nt.. zack, leh tau x nozle jenis apa awk pakai utk pipe kt atas kek?

Zack said...

@Zalina Zainon: no problem~ ;) sy guna jenis closed star tip, yg guna utk buat rosettes. Bentuknya mcm ni: http://4.bp.blogspot.com/-rXYmLEqtouk/TrS8zMRSwNI/AAAAAAAABas/HHdDz-cW2UU/s1600/2.jpg

kalau nk buat bentuk yg lebih besar, lebih guna saiz yg besar. yg saya guna ni saiz sedang2 (tak dpt lak nk bg nombor, sbb sy guna made in Taiwan punya). huhu.. harap membantu serba sedikit ;)

marshita said...

assalamualaikum

Unknown said...

Assalamulaikum,
Nama akak, maz. sering akak cedok resepi kat sini dan simpan untuk kegunaan sendiri.. tak ada apa yang boleh diberikan kecuali ucapan terima kasih kerana sudi kongsi resepi dan idea.. god bless you my dear~~

Zack said...

waalaikumussalam,
terima kasih krn sudi singgah blog sy ^_^ alhamdulillah, niat sy cuma berkongsi apa yg sy ada, biarpun hanya sedikit :)

kasturi mawar said...

Saya minta halal ilmu deco kek ya..n resepi sekali ..baru nak try wat kek n deco kek
-azi -

Unknown said...

mana nak cari ceri bertangkai ye x pernah jumpa la


Hanni Hannani said...

Salam...hanni pn tmpang baca ekk tipa ni.tq yer