Thursday, January 19, 2012

Deco dan Hiasan: Kek Gitar

10

Hari ni takde resepi, belum ada mood nak cuba resepi baru lagi. Ke mana ntah menghilang, I dunno lah. Layankan kehendak Taufiq, biasa buat kek gegurl kali ni mak buatkan kek boiboi. Last time buat kek piano, kali ni Taufiq minat kek gitar pula. Dia takde gitar, tapi abahnya main gitar kat dalam tablet jadi tertarik la pula dia dengan gitar tu. Layan~

Video buat kek guitar:


Kek gitar Taufiq. Dia nak warna hijau, mak nak merah terang. Sekali dapat pink pula :P
Err. Ni kalau main pun takde keluar bunyi ye :P


Bahan dan Cara-cara:
1 biji kek saiz minima 10" x 10", berat 1kg - ku guna kek coklat moist
Template gitar (boleh ambil kat sini)
Chip chocolate, untuk hiasan punat/butang pada gitar
1C - 2C fresh cream, boleh diwarnakan setelah dipukul kental
Piping bag
Nozel bulat saiz 4mm kecil, untuk buat strings
Nozel bulat saiz 2mm kecil, untuk buat garisan pada pemegang gitar - boleh juga potong sedikit hujung piping beg
Painting knives atau spatula, untuk melepa cream
Ganache (resepi di bawah)
Pisau kecil atau parring knife, untuk potong kek

1. Sediakan kek dahulu. Pastikan kek sejuk untuk memudahkan ia dipotong nanti.
2. Sediakan template gitar. Letakkan template atas kek seperti yang ditunjukkan dalam link template tersebut. Potong kek mengikut template tersebut.
3. Susun kek di atas cakeboard yang besar (paling minima 12"x12" dan susun serong seperti dalam gambar). Pastikan cakeboard muat disimpan dalam peti sejuk dahulu.
4. Sapukan cream di atas badan kek, jika perlu buat crumb coating dahulu (sapuan nipis untuk elak serdak kek bertaburan ketika menghias nanti). Kemudian sapuan ganache (jangan terlalu cair atau pekat) di atas bahagian pemegangnya.
5. Sapu lagi cream di atas badan kek, jika perlu lebih tebal untuk elak crumb coating kelihatan. Perkemaskan tepi-tepi kek dengan menggunakan painting knives atau spatula panjang.
Note: Bahagian ganache boleh diperkemaskan dengan merendam spatula di dalam air panas. Lapkan kering kemudian sapu perlahan-lahan atas ganache tersebut.
6. Akhiri hiasan kek dengan membuat details seperti garisan pada pemegang, butang, strings, dan sebagainya menggunakan nozel-nozel kecil.


Resepi ganache:
120g dark coklat, cincang kecil-kecil
100g fresh cream - ku guna Rich's

***Didihkan fresh cream secara double-boiler, kemudian masukkan coklat. Kacau hingga coklat kelihatan sedikit cair, tutup api. Alihkan dari double-boiler dan kacau lagi hingga coklat kelihatan sebati dengan cream. Untuk ganache yang kilat, jangan guna suhu terlalu tinggi dan sebaiknya biarkan ganache pada suhu bilik dahulu untuk molekul-molekul coklat sebati dengan cream.

10 comments:

ZalinZalina said...

zackkkkkkkk...cantiknye gitar pink tuuuuuuu...sayang nak makan..macam real betul la..kak ina bagi 5 bintang..he he..

AZLITA AZIZ said...

salam Zack

terkebil2 mata memandang
cantiknya....
tak terkata..
sangat berseni zack ni.. mmg hebat!

Zack Zachoes said...

@kak Ina: hehe.. terima kasih..buat utk anak, request si abang Taufiq ;) dia ingat boleh main betul2, sampai dh nak angkat kek tu kt dada :P

@kak Azlita: tq kak, tak sangka lak org kata cantik, hehe.. pd sy hasil masakan akak lg berseni, taraf chef 5 bintang ;)

JUICY CAFE said...

aslmkm siss..cantikkk gilerrr sissss..tahniahhh..mcm reall..

Cheq Sue said...

eh, zack... ngape kat sidebar nampak ijau... tapi kat lam ni pink? he he he... sekali tgk betul macam gitar... betuah dak taufiq tu

cinnamon.com said...

tak sampai hati nak mkn zack..cantik sgt..

Zack Zachoes said...

@Juicy Cafe: w'salam sis.. hehe, tq.. takde la mcm real, mcm alat mainan budak2 tu mungkin la.. hehehe..

@cinnamon: sudah disampaikan hatinya untuk makan dh ;) taufiq dh rasmikan makan pemegang gitar, hehe..

gula merah said...

alahai...comelnya kek nih...untung taufiq ada mak yg kreatif..

Zack Zachoes said...

tq Gula Merah..maknya takdela kreatif, cuma takde kerja je ;p hehehe..

Zack Zachoes said...

@cheq sue: komen masuk spam lak, tak tahu nape. huhu.. ntah, silap blog kot jd cmtu? hehe.. mmg bertuah taufiq, lebih seminggu asik ckp kek gitar kek gitar T_T