Sunday, January 22, 2012

Resepi Chilled Durian Cheesecake

10

Memenuhi hajat hati memakan kek tanpa telur serta memenuhi permintaan dari pengkomen Eiracayo0 resepi apa leh guna dairy whipping cream :P

Alhamdulillah, sampai sudah stok gelatin Halagel dari semenanjung. Aritu minta tolong kawan dalam FB belikan, semoga Allah memurahkan rezekinya. Hehe.. Macam-macam resepi dalam kepala ni, tapi nak slow-slow dulu, buat ikut anak tekak ;p

Pssst.. Kek ni tang durian cream dia paling tak tahan, rasa durian yang kuat tapi lembut disebabkan fc tu. Buat aiskrim sedap gak ni.

Layan~

Chilled durian cheesecake
A slice of the king of fruit cake
Nama lain, kek keju durian dingin :P Atau non-bake pun boleh..


Chilled durian cheesecake
(6" loose pan)
(editted dan modified dari beberapa resepi asas sampai rasanya jadi resepi saya kot? :P)

Base:
100g biskut marie, kisar halus
50g butter, cairkan
***Gaul rata biskut dan butter. Padat-padatkan pada dasar loyang kek yang telah dialaskan dengan baking paper. Ketepikan dalam peti sejuk.

Durian cream cheese filling:
125g cream cheese, suhu bilik
20g-30g gula kastor, bergantung pada manis buah durian
200g isi durian, boleh dblend halus dulu
175g whipping cream, dipukul hingga mousse state (bertanduk tapi masih lembut, macam meringue soft peak)
1/2sb gelatine Halagel
1sb + 1/2sb air hangat

Durian cream:
50g isi durian manis, hancurkan
50g fresh cream, diputar kaku
***Campurkan kedua-duanya hingga sebati. Masukkan ke dalam piping beg.

Cara:
1. Pukul cream cheese dan gula hingga gebu.
2. Masukkan isi durian, gaul hingga sebati.
3. Masukkan gelatin ke dalam cawan/bekas kecil berisi air hangat. Biarkan 5 minit untuk ia mengembang, kemudian cairkannya secara double-boiler atau guna microwave oven. Ketepikan.
4. Pukul whipping cream hingga pekat dan gebu, seperti mousse. Jangan overbeat!
5. Masukkan gelatin ke dalam adunan cheese, gaul sebati. Masukkan whipping cream tadi, kaup balik hingga sebati.
6. Tuang adunan ini ke dalam loyang. Sejukkan dalam peti sejuk beberapa jam (ku 4 jam) atau hingga cheesecake keras.
7. Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada keliling loyang 2-3 kali. Guna suhu paling perlahan. Keluarkan cheesecake dan alihkan ke atas cakeboard menggunakan spatula besar.
8. Hiaskan atasnya dengan durian cream dan sedia dipotong.

10 comments:

fara kertina waty said...

Salam kak Zack..kak, bolehka saya add kakak di fb? mcm mau order ba dgn kakak juga ni kek?saya di tawau juga...

Zack Zachoes said...

w'salam.. boleh, apa nick fara kt FB? hehe, akak malas nk tulis sini sbb nk low profile ;p wahaha..

fara kertina waty said...

kak, add saya di FB ya..mau order ba sbb 3 hari lagi besdayku..beli utk diri sendiri..ha..ha.. Fara Kertina Waty Binti Awang

Zack Zachoes said...

alamak..adik nk kek ni ke? durian akak tak jual dik, biasa akak beli sebiji durian je dh rm30. kalau jual durian cheesecake tak tahulah brp harganya nnt.. lgpn minggu ni kedai bakeri tutup, minggu depan baru akak buka blk tempahan. huhu.. sori dik, terpaksa menghampakan permintaan adik :'(

fara kertina waty said...

kalo kek jenis lain still x bolehka kak?Kedai d mana kak?blh aku kesana ..senang cita..he..he..

Zack Zachoes said...

kedai bakeri supplier dik, akak tak tahu diorg buka hari apa.. stok kt rumah akak ni pn tinggal sikit jak. sebenarnya minggu ni akak cuti, itu yg akak baru buka tempahan minggu depan.. kelmarin baru je last tempahan akak buat. huhu.. maaf sesangat dik..kalau boleh mmg akak nk buatkan.. :'(

Nuri said...

Assalamualaikum.. nampak sungguh sedap.. mmg nampak cam aiskrim dh ni..

Zack Zachoes said...

waalaikumussalam Nuri.. tq, habis sudah keknya. hehe.. tak boleh simpan lama2, sbb durian dia tak bakar. kalau jenis bakar leh tahan lama juga ni

IDAMAN said...

as salam zack..
mohon minta resepi ye..
nak try buat..nampak sedap sekali.. :)

Zack Zachoes said...

waalaikumussalam,
boleh silakan share ^_^