Friday, March 9, 2012

Step-By-Step Angry Bird Ice Cream Cake - Deco Cara Ngelat

Cara mendeco kek ice cream tanpa terlalu banyak piping dan banyak pewarna (kes mengelat dan taknak guna pewarna merah terlampau banyak. Haha..)

Layan~


Step-By-Step Angry Bird Ice Cream Cake- Deco Cara Ngelat
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com


2nd Angry bird ice cream cake, ice cream and cream didn't melt as much


The first Angry Bird cake I made, the cream nearly melted



Bahan dan Alatan:
1 gambar angry bird, ikut saiz loyang anda (9" bulat)
1 loyang bulat saiz 9" ketinggian 3"
1 biji kek span coklat, saiz 9" bulat dan ketinggian 1.5" dan dibelah dua - saya guna resepi ni, kurangkan masa bakar dan guna loayng bulat 9"
1 biji kek span petak, saiz 8" ketinggian 1"-1.5", dibelah dua - saya guna resepi ni, kurangkan masa bakar dan guna loayng petak 8"
Cling film/cling wrap
Ice cream 1.5 liter - 2 liter
Strawberry decor powder/powdered sugar
Nozel star kecil + piping bag, untuk piping fresh cream warna putih (untuk dada dan mulut)
Nozel bulat kecil + piping bag, untuk piping fresh cream warna kuning (untuk beak/paruh)
Fresh cream warna pink/merah
Piping bag, diisi sedikit ganache (55g coklat + 50g cream) dan dipotong sikit hujungnya (untuk outline)
Pengayak
Spatula dan scraper
Painting knives, untuk melepa halus-halus fresh cream nanti

Cara:
1. Sediakan gambar angry bird dan loyang bulat 9". Pastikan gambar dan loyang lebih kurang sama saiz.
2. Masukkan cling film dalam loyang. Biarkan dalam 5" terkeluar dari tepi. Masukkan sepotong kek 9" sebagai base.
3. Potong kek petak yang telah dibelah dua kepada beberapa keping mengikut ketinggian loyang (saya buat 4 keping, ada lebih lagi baki kek tu saya simpan untuk buat kek lain nanti).


4. Susunkan kepingan kek keliling loyang (saya susun di atas base kek).
5. Masukkan 1.5liter - 2liter aiskrim di dalamnya. (NOTE: Ice cream boleh dikeluarkan awal sebelum anda menyusun kek-kek tersebut.)
6. Ambil baki kek bulat dan letak di atas ice cream. Kalau terlalu besar, boleh trim tepinya sikit.
7. Simpan dalam freezer 9 - 12 jam atau semalaman.
8. Setelah kek beku, terlangkupkan di atas cakeboard dan buangkan cling film. Kemudian sediakan semua bahan dan peralatan yang lain: fresh cream pink/merah, piping beg berisi fresh cream putih, fresh cream kuning ganache, strawberry powder, pengayak, painting knives, spatula, dan gambar angry bird.
9. Sapukan seluruh kek dengan fresh cream pink/merah.


10. Ratakan dengan spatula dan scraper.
11. Potong gambar angry bird mengikut bentuk mata dan paruhnya. Bahagian atas diketepikan. Letakkan bahagian berparuh atas kek.
12. Ambil sesudu besar strawberry powder dan ayakkan atas kek. Pastikan bahagian keliling mata, paruh dan badan diayak tebal-tebal sikit, serta keliling kek.
13. Alihkan gambar angry bird. Bahagian yang tertinggal (tanpa strawberry powder) bolehlah dihiaskan guna fresh cream.
14. Mulakan dengan melorek bentuk kening, mata, paruh dan badan angry bird dengan lidi. Kemudian paipkan kening menggunakan ganache.
15. Paipkan fresh cream putih untuk mata. Ratakan guna painting knives. Kemudian buat outline keliling mata menggunakan ganache.
16. Paipkan fresh cream kuning untuk paruh, ratakan guna painting knives juga. Paipkan fresh cream putih untuk lidah, ratakan lagi. Kemudian paipkan ganache untuk outline paruh dan lidah.
17. Paipkan fresh cream putih (menggunan star nozel) untuk badan dan bahagian tepi kek ke bawah. Ratakan dengan painting knives dan scrapper.



Painting knives

Strawberry decor powder (powdered sugar)

Note:
1. Cara saya buat dari atas ke bawah untuk kek ice cream ni.
2. Sebaiknya hias setelah keknya betul-betul beku untuk elakkan kita keluar-masukkan kek dari freezer. Kek yang sudah dihias fresh cream AKAN CAIR kalau kita asik keluar masukkan dari freezer. Oleh itu sebaiknya setelah mula hias JANGAN berhenti.
3. Planning is crucial. Masa dan kaedah eloklah diplan betul-betul untuk elak aiskrim dan fresh cream mencair ketika deco.
4. Sebaiknya sediakan semua peralatan dan bahan sebelum menghias.

12 comments:

Ain Fajar said...

ilmu yg sgt berguna...tq sis coz sudi syer care2 nk buat kek ais krim ni..nmpak mudah jer..tp mmg ada cabaran..klu buat kek ni dlm bilik aircorn sng la ckit..

Ain Fajar said...

ilmu yg sgt berguna...tq sis coz sudi syer care2 nk buat kek ais krim ni..nmpak mudah jer..tp mmg ada cabaran..klu buat kek ni dlm bilik aircorn sng la ckit..

Zack said...

sama2 ^_^ mmg nmpk mudah tp boleh tahan jg time nk deco tu, hehe.. kalau ada bilik aircond mgkn lg senang kot..

rahel said...

Memang terbaik ni tipsnya boss..

Zack said...

tq bosku ;)

Sheery Dream Cakes said...

Pandainya zack kalu bab deco2 kek nie... Kagum sgt... Akaksuka tgk kek yg zack hasilkan... Kalau dkt nak juga tempah dr zack tau... :)

:: anisjazz :: said...

kak, sy baru2 start blogging, n blog akak ni antara yg sy suka tgk.
masyaAllah cute nya kek atas ni! :)

Hanis.

Zack said...

@kak Diana: tq kak, bab deco ni datang mood dia jg kak ;p hehe.. leh je kalau nk tempah, nk free pn ai is ok ;) hehehe..

@Hanis: gud luck berblogging ;) minggu ni smpai hujung bulan akak takde post kot, tengah nikmati saat2 bergoyang kaki ;p muehehe.. tq, cari hias tu idea spontan masa nk deco ;) hehe..

Kayu Manis said...

best2 sgt,begitu caranya nak buat lubang kat ye tq zack.

Tinta Lana said...

wow, zack, thanks a lot sharing this. Jarang la jumpa blog tunjuk cara buat/deco kek :)

Zack said...

@Cinnamon: ni cara plg senang kalau nk elak buat kek guna terlampau bnyk pewarna ;) hehe.. (ye sy mmg ngelat :P)

@Tyntha: you're welcome ;) my blog mmg dedicate to cake tips, tricks and decoration. hehe, takde kerja ek buat blog cmni :P

Unknown said...

saya suka baca blog awak ni..banyak maklumat dan faedah yang saya dapat..boleh tak saya nak share/minta mana2 yang ada..??