Wednesday, May 16, 2012

Resepi Chocolate Moist Cheesecake Brownies

6

Menggabungkan resepi Chocolate Moist dan cheesecake simple. Biasa chocolate moist ni ku kukus, tapi kali ni ku bakar, cuma kena tambah sedikit tepung untuk elak dia terlalu oily sangat time bakar. Masih moist dan sedap macam kek coklat kukus, cheesecake pun tak keras walaupun dalam peti sejuk (sebab ku asingkan putih-kuning dan tambahkan sedikit cecair untuk jadikan lebih gebu). Apapun layan~


Chocolate moist cheesecake brownies

Chocolate Moist Cheesecake Brownies 
By: Aku.Zack 

Chocolate moist: 
A: 
1/2C + 1/4C tepung gandum
1/2st baking powder
1/2st baking soda
**Ayakkan dalam satu bekas. 

B: 
1/2C gula
3/8C serbuk koko
1/2st esen vanila
1/2C veg oil
1/2C susu segar
1/4C susu pekat manis

C: 
2 biji telur Grade A@B

Cara:
1. Sediakan loyang 10"x8" ketinggian 1" (atau 8" bulat). Alaskan baking paper. Panaskan oven 175C.

2. Masukkan Bahan B dalam periuk kecil. Panaskan hingga gula hancur dan adunan sebati. Biarkan suam pada suhu bilik.

3. Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul hingga bercampur. Tuangkan ke dalam adunan B.

4. Masukkan tepung ke dalam adunan dan kacau rata. Tapiskan dan tuangkan ke dalam loyang tadi.

5. Bakar dalam oven 175C@25-30 minit atau hingga masak. NOTE: Biarkan kek suam sikit baru tuangkan adunan cheese. 

6. Tuangkan adunan cheese di atasnya, buat bentuk lorekan dan bakar lagi selama 20-25 minit atau hingga cheese masak dan sedikit keperangan. Biarkan brownies sejuk sebentar dalam loyang baru dikeluarkan (nak mudahkan ia dikeluarkan).


Adunan cheesecake: 
125g cream cheese, suhu bilik
1 biji telur Grade A, asing putih dan kuning
1/4C gula - UPDATE 22 MAY 2012: Boleh guna 1/8C je, terus guna semua untuk meringue
2sb non-dairy whipping cream@whipping cream - darurat yoghurt plain pun boleh tapi nanti masam sikit
1/2sb tepung jagung
Choc emulco, utk lorekan

Cara: 
1. Campurkan cheese, kuning telur, cream, separuh gula dan tepung jagung dalam mangkuk besar. Gaul rata guna whisk.

 2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama separuh lagi gula hingga bertanduk. Kaup balikkan ke dalam adunan cheese.

 3. Ketepikan 1sb adunan dan campurkan 1/2st choc emulco utk hiasan.

 4. Tuangkan adunan cheese ke dalam loyang berisi choc moist tadi.

6 comments:

Zana~Sweet Rose said...

salam ziarah..zack, sedapnya kek chocolate moist cheese tu.., tkasih share resepinya..

CtAyue said...

sedapnye..pernah dah cuba buat.mmg sedap brownies ni.cantik lah akak punye.nipis je.sy suke yg cmni.

rahel said...

Salam Zack...
menarik ko punya resepi kek ni..harus kucuba gak nanti..bahan2 pun sudah ada ni...

FnF Simple Life said...

sedapnye...nak sepotong

Zack Zachoes said...

@Zana: w'salam, membe nak order utk birthday hubby dan anak. hubby suka choc moist, dia suka cheese. jd sy olah2 combine dua2, hehe..

@CTAyue: sy pun suka yg nipis, senang nk mkn. hehe..

@Rahel: w'salam, bah haruslah ko cuba. hehehe.. bahan2 pun senang jak nk dpt..

@FnF: oops dh lama masuk perut ;p hehehe..

Mat Som said...

Zack, tak balik Batu Pahat ker bulan Jun ini?