Saturday, May 12, 2012

Resepi Truffle Cake

12

Yes, I'm very malas at the moment nak update blog.

Dunno why. Mungkin terlebih sangat bercuti tu yang liat sikit. Huhu.. Sabo jelah.. Apapun layan salah satu resepi Alex Goh. Pinjam bukunya dari seorang kawan FB, hehe.. Buat kek ni sempena Hari Ibu tapi mould "Happy Mother's Day" asik patah terpaksa jadikan Happy Birthday T_T Nasib birthday memang bulan ni pun, haha.. Layan..

Verdict: Rasa kek ni tak berapa manis, sedap gak rupanya walaupun warna kek tak segelap chocolate moist. Mungkin sebab guna Belgium couverture, kena guna high % of cocoa butter baru rasa coklatnya lebih menonjol.


Resepi Truffle Cake
Recipe by Alex Goh from the book 'Temptaion of Chocolate'
(ku buat 1/2 adunan, bakar dlm loyang 7")


Tayangan 1
Tayangan 2
Tayangan 3
Tayangan 4. OK stop, mesti dah boring tengok kek ni kan :P
Separuh daripada strawberry yang dibeli dijadikan mangsa milkshake :P  
Belgium chocolate couverture


Bahan:
A:

5 biji kuning telur Gred A - ku guna 3 biji
20g gula - 30g

B:
5 biji putih telur - 3 biji
120g gula - 60g

C:
120g tepung kek@superfine@gandum - ku guna 70g tepung superfine
10g serbuk koko - ku guna 10g
**Ayak dalam satu bekas. Ketepikan.

D:
60g butter - 36g
60g dark coklat - ku guna belgium coklat couverture 36g
**Cairkan double boiler, biarkan sejuk pada suhu bilik.

Cara:
1. Pukul A hingga gebu dan pucat.
2. Dalam bekas lain, pukul B hingga bertanduk. Kaup balikkan ke dalam A.
3. Masukkan C, kaup balik secara rata.
4. Masukkan D, gaul sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang bulat 9", bakar 180C@30 minit atau hingga lidi cucuk keluar kering.
6. Keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dipotong 3 dan dilapisi dengan ganache.


Ganache Alex Goh:
500g dark coklat, cincang
300g whipping cream
30g butter
***Masak hingga cream mendidih. Tutup api. Masukkan coklat. Kacau hingga coklat cair. Masukkan butter dan gaul sebati. Biarkan sejuk semalaman sebelum digunakan.


Ganache simple:
120g fresh cream/whipping cream
130g dark coklat, cincang
***Masak hingga cream mendidih. Tutup api. Masukkan coklat. Kacau hingga coklat cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik atau semalaman sebelum digunakan. Untuk jenis yg tuang, biarkan ia suam2 kuku sebelum disiram atas kek yang sudah ditutupi dengan fresh cream.

NOTE:
Rasanya step kat atas boleh ubah. Buat A dulu, kemudian masukkan C dan D selang seli, baru masukkan B. Bila meringue dimasukkan awal-awal adunan jadi flat sikit sebab udara banyak dah keluar.

12 comments:

rahel said...

Salam Zack...
perghhh..ko godain gue dengan kek ciklat...jelesnya gue..

JUICY CAFE said...

as-salam siss..nampak menarik dgn strawberry siap salut coklat lg kan..

cinnamon.com said...

terbaiiik.

nanti nak buat juga.

rindu zack.

Cheq Sue said...

ayyo fren... seronok hangpa bercuti ya, sampai naik malas nak menghapdate... he he he... sekali keluar n3 bikin ternganga mulutku... mintak siket... ^^

Zack Zachoes said...

@rahel: w'salam.. hehe, khas utk dri sndr ni rahel ;) muahaha.. hbs sudah klau tak mo offer satu slice ;p

@juicy cafe: w'salam, ya sis menari tertarik kau mmg da bom~ wahaha.. tahan lama gak strawberry salut choc ni ye..

@cinnamon: lama tak jenguk blog, nnt nk singgah2 la ;) hehe.. rindu jg kawan blogger ;)

@cheq sue: mmg bercuti sakan ni pren, tu liat sgt nk update2 ni ;p hihi.. gmbr gi bercuti pn xupload2 >.< ayo sudah hbs la ini kek ;p

dhiya said...

salam, emmmmmmm...syedapppnyeee..nak try buat jugak la...

Zack Zachoes said...

@dhiya: w'salam,
sedap ni dhiya akak guna choc mahal. huhuhu.. tp berbaloi la, hehe.. ;p

dhiya said...

kak zack, lau saya pakai tepung naik sendri boleh x utk resepi ni? sbb tepung tu byk lg kt umah..xnk membazir...

dhiya said...

kak, kek tu kene salut ngan fresh cream dulu ke srbelum tuangkn ganache?nk salut fc tu tebal ke nipis kak?

Zack Zachoes said...

tepung naik sendiri? boleh jg, sbb jaminan kek tak mendap masa bakar. tp jgn tmbh bp atau bs jela, hehe.. aah salut dgn fc dulu, sbb akak guna poured ganache. jenis yg tak likat sgt. kalau nk tebal boleh, nipis boleh boleh terpulang. akak tak suka sgt mkn cream tebal2, tenggelam rasa keknya nnt. heheh..

zaxx said...

menggodanya..huhuhu choclate lover ni..:)

Zack Zachoes said...

@zaxx: me too ^_^