Monday, May 14, 2012

Resepi Boston Cheesecake

12

Dapat resepi ni dari seorang kawan yang asalnya kenal-kenal dalam FB pastu jumpa bersemuka. Hehe.. Alhamdulillah, akak ni memberi greenlight untuk menge'share' resepi yang dia dapat masa pergi kursus kek beberapa tahun yang lalu. Resepi cheesecake ni unik sebab guna cream cheese dan cheddar cheese. Memang ke'cheesy'an betul, betul-betul kaw cheese betul la. Betul I cakap you (banyak pula betulnya tu :P)

Ku taip resepi ni khusus hantu cheesecake. Ikhlas dari sahabat ku, from us to you. Layan~


Resepi Boston Cheesecake
Dari seseorang kawan FB, with slight modification by Aku.Zack

Bahan:
Base:
Sebiji kek sponge vanila saiz 9" tinggi 1" - any recipe will do


A:
250g cream cheese
4 keping slice cheddar cheese
200g whipping cream
20g air

B:
30g butter

C:
60g tepung kek@superfine@gandum
1/2sb susu tepung
30g tepung jagung
secubit garam
140g susu segar, suhu bilik atau sejuk

D:
1 biji kuning telur Grade A
1 biji lemon, ambil jus dan lemon zest

E:
4 biji putih telur Grade A
110g gula kastor


Cara:
1. Cairkan Bahan A secara double boiler hingga cheese cair, sebati dan tak berketul-ketul - important. Masukkan Bahan B, kacau rata. Biarkan suamkan.

2. Dalam bekas lain, ayakkan tepung, susu tepung, tepung jagung, dan garam. Masukkan susu segar. Kacau sebati hingga tak bergentel - important.

3. Masukkan Bahan C tadi ke dalam Bahan A. Kacau guna whisk hingga betul-betul sebati. Masukkan Bahan D, gaul rata.

4. Dalam bekas bersih, pukul Bahan E hingga bertanduk dan kaku. Kaup balikkan perlahan-lahan ke dalam adunan cheese.

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang 9" berisi base vanila sponge cake yang dialas baking paper kelilingnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, cara steam bath 160C @ 50-60 minit atau hingga cheesecake masak. Note: Suhu boleh adjust ikut oven masing-masing, jangan terlalu panas nanti cheesecake retak.

6. Biarkan dalam loyang 10 minit sebelum keluarkan cheesecake dan biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan dalam peti sejuk semalaman. Hias ikut suka hati anda.

Boston cheesecake, komposisi 2 jenis cheese
Boston cheesecake, hias guna fresh cream bukan cream cheese ye :P Muak rasanya kalau semua cheese, hehe..
The togel cheesecake

12 comments:

cinnamon.com said...

suka..tq, nnti nak buat

Zack Zachoes said...

sama2 ;) mmg betul2 cheese ni, huhu..

Idaz d dapoq said...

Assalam zack..thks for the resipi..i nak try nanti..fresh cream pakai brand apa..sgt cantik n smooth dekonya..biasa yg i pakai susah nak licin..nape ek..ada tambah apa2 ke dlm fresh cream tu :)

Zack Zachoes said...

w'salam,

hehe, sama2 ;) sy biasa pakai 2 jenis ni je: value pride kotak kuning dgn Rich's gold label. lain jrg sbb susah jumpa. fc tu sy takde tmbh apa2, cuma pukul smpai kaku je. kalau nk deco yg smooth biasa sy guna tekanan perlahan. takleh tekan sgt scraper kt kek, kalau tak nnt fc bnyk melekat blk kt scraper. sy rasa tu lbh kepada praktis kot, hehe.. takde apa rahsia sgt..

Fatimah said...

Aah lah, nampak fc ni smooth aje. Tapi mcm warna kekuningan (warna cheese), boh pewarna sikit ek...kemas betul hasil kerja..i like.

mayangsayang said...

tenkiu for sharing .. cam bes dan sedap aje kek tu ... haruslah mencuba ni ...

Zack Zachoes said...

@Fatimah: tq, hehe.. aah letak sikit pewarna kuning telur. saje, biar nmpk lebih cheesey gitu~ ;p

@mayangsayang: sama2, kawan bg resepi ni masa dia pergi kursus 10 years ago. hehe..

cinnamon.com said...

salam zack..

p/s susulan dari n3 bila sakit.betul zack kdg kita bila senang,cukup mkn,semua cukup Allah bg,saya rindukan ujian Allah,dan lps ni ujian apa lg Allah nak bagi.

takut bila kita agk seronok sedikit,kita mudah lupa.jadi bila Allah bg ujian,Bermakna Allah bersama kita dan memerhatikan kita,dan menyayangi kita.Saya bersyukur sgt.

saya tak nak terlalu suka..nti saya takut berduka.

dhiya said...

salam...kak zack, camne nak buat tulisan luv mother tu kak...akak pakai ape...

Zack Zachoes said...

@Cinnamon: w'salam,
ya samalah cinnamon.. time senang kita takut mudah lupa, bila diberi dugaan baru kita ingat balik kita hambaNya yg kerdil.. sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati.. smpai sekarang apa yg berlaku kt sy tanggal 27hb Julai masih terkesan kt hati sy..

@Dhiya: w'salam, tu akak ada pencetak coklat khas tu. mmg ada mcm2 mould, ada happy birthday, father's day, new year dsb. Chef Tan See Fong punya produk tu

JEFFIEMA said...

assalam zack,,,
mh tnya bah baru2 ni aq bt choc..kononY mao bcorak jd bli n trus bt pkai transfer sheet 2..tp kjadianY x sbrapa mo lekat..jd mcm bkupas2 corak 2..choc kna sjuk bru tuang atas sheet 2 ka?

Zack Zachoes said...

waalaikumussalam,

ndak pernah pula aku kena begitu.. biasa aku cairkan coklat smpai dia boleh mengalir pastu tuang jak atas transfer sheet. biar dlm 5-10 minit sampai coklat keras sikit, pastu potong guna pisau ikut bentuk kita suka. baru masuk peti sejuk 5-10minit. dh keras baru patah2kan ikut potongan tadi. jgn guna coklat sejuk dia ndak melekat bah nnt