Wednesday, September 12, 2012

Resepi American Cheesecake

2 bulan tak sentuh kek, sejak start buat biskut raya aritu sampai dah nak habis bulan Syawal. Satu rekod bagiku, haha.. Oleh sebab dah lama tak mendeco, maka haruslah dipraktikkan kembali dengan membuat ala mock wedding cake.

Seperti kek-kek kejuku yang lain, kek jenis ni pun tak guna banyak sangat tepung. Paling kurang pun 3 sudu besar tepung jagung. Jadi rasa kejunya boleh dikatakan menonjol dan kuat, lebih-lebih sebab menggunakan dairy whipping cream. Bagi yang tak berapa suka rasa susu, boleh gantikan dairy whipping cream atau double cream dengan non-dairy whip topping. Lebih kurang sama je tekstur tapi penggunaannya lain-lain. (Untuk maklumat lanjut perbezaan dairy and non-dairy whipping cream, boleh rujuk sini.)

Bab mendeco tak tangkap video atau tangkap gambar terperinci, sebab bagiku ia boleh dikatakan basic. Cuma ada satu nozel tu dia lain sikit, khas untuk frills. Apapun, layanlah resepi di bawah. Ku letakkan 2 bahasa, untuk gilap balik BI ku yang dah lama berkarat :P TQ kepada yang memberi akak resepi ni, akhirnya berjaya gak akak buat setelah perap 7 bulan ;p


American Cheesecake Recipe
8" round cake pan, minimum 2" high
Recipe from an FB friend (who wants to remain anonymous), translated and edited by Aku.Zack

Ingredients:
Base:
100g oreos, without cream and crushed finely
50g butter, melted
***Mix oreo crumbs and melted butter thoroughly, then push firmly on base of cake pan. Bake for 5 minutes at 160C. Allow to cool at room temperature.

100 ml double cream - I used Arla's dairy whipping cream
30 gm castor sugar
30 gm corn flour
30 gm margarine - I used butter
250 gm cream cheese
3 numbers of egg yolks - I used grade A

3 numbers of egg whites
30g castor sugar

Method:
1. In a stainless steel mixing bowl, beat cream cheese, 30g of castor sugar and butter till smooth. NOTE: If the cheese mixture looks curdled, double-boil and stir until mixture looks smooth. 
2. Mix in egg yolks, corn flour and double cream. Beat till smooth.
3. In a clean bowl, beat egg whites with 30g of castor sugar till medium peaks form.
4. Take 1/3rd of meringue (the egg whites) and fold in thoroughly into the cheese mixture. Fold in the rest of the meringue carefully and thoroughly.
5. Pour mixture onto the oreo base.
6. Bake in preheated oven at 160 for 45-50 minutes or until top of cake looks golden brown.


Resepi American Cheesecake
Loyang 8" bulat ketinggian minima 2"
Resepi dari teman FB yang tak ingin dikenali dan diterjemahkan serta diedit oleh Aku.Zack

Base:
100g oreo tanpa krim, kisar halus
50 butter, dicairkan
***Campurkan oreo dan butter hingga sebati. Padatkan di dalam loyang yang dialas baking paper pada dasar dan kelilingnya serta dilengser butter. Bakar 5 minit, 160C. Biarkan sejuk pada suhu bilik.

Bahan:

100 ml double cream - ku guna dairy whipping cream jenama Arla 
30 gm gula kastor
30 gm tepung jagung
30 gm majerin - ku guna butter
250 gm cream cheese
3 kuning telur gred A

3 putih telur gred A
30g gula kastor

Cara:
1. Dalam mangkuk stainless steel, pukul cream cheese, 30g gula kastor, dan butter hingga tak berbintil. NOTE: Jika cream cheese berketul-ketul, boleh cairkan di atas double-boiler sambil dikacau rata hingga adunan cheese tidak lagi berbintil.
2. Masukkan kuning telur, tepung jagung dan double cream. Pukul hingga sebati.

3. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur bersama 30g gula kastor hingga bertanduk dan kaku.
4. Ambil 1/3 adunan meringue (putih telur langkah 3 tadi) dan kaup balik ke dalam adunan cheese hingga sebati. Masukkan baki meringue dan kaup balik berhati-hati.
5. Tuang ke dalam base biskut tadi.
6. Bakar secara water bath dalam oven yang telah dipanaskan dahulu, 160C@45-50 minit atau hingga atas kek kelihatan keperangan, guna api atas-bawah.


American Cheesecake, dideco ala mock wedding cake
A slice of cake, lemak berkrimmm
It shrunk (cheesecakes always do, you know) semasa penyejukan

Ruffle decorating tip

8 comments:

Tina Othman said...

cantik

saya penah try buat ruffles tapi ruffles tu melurut, tak lekat kat kek tu, saya guna non-dairy whipping creak

Knor said...

terbaiklah...

rosmawati abdullah said...

ruffle tips no berapa ya, Tie tak berapa jelas kat situ?

Zie said...

emm sedapnya cam nak cuba jer..

eni said...

menarik...info dan tip mmg jelas...tq so much atas ilmu yg dikongsi...moga diberkati....nak follow dkt mana?

Zack Zachoes said...

@tina othman: mmg mcm tu sikit kalau guna fc, sy pn kdg frust gak >.< hehe..

@knor: tq kak, biasa2 sajo.. hehe..

@rosmawati: nombor dia 86

@zie: mmg sedap, lemak berkrim ^_^

@eni: sama2, harap membantu ^_^ ada sy buat link Followers kt tepi bhgn kanan

~ sHa ~ said...

salam zach..
thanx sbb slalu share info pasal cake deco..cantik btol yg zach buat .. mmg berbakat dan berseni hehe
anyway, nk tanya, whipping cream tu whip dlu smpai kental ker masukkan je cair2 dlm adunan?
sha penah try 1 resepi guna whipped cream yg kental, tp kek jadi mcm x ckup keras walaupon bakar 75min..any idea? thanx

Zack Zachoes said...

@Sha: w'salam, secara kebiasaanya untuk cheesecake bakar kita memang tak pukul wc sampai kental. salah satu sebabnya, bila bakar dlm oven cream tu akan cair balik. hehe.. tp kalau jenis yg guna meringue (pukul putih telur sampai kaku) saya akan pukul wc smpai dia pekat sikit. sebab sy perasan kek akan jd lebih gebu berbanding drpd tak pukul wc. kalau cheesecake jenis yg ni mmg takkan keras, dia cuma 'set' tapi tak keras walaupun kita bakar 2 jam. jenis kek2 mcm ni dia seperti souffle, lembut disebabkan telur lebih banyak dr cream cheese. kalau jenis resepi mat salleh diorg guna 1kg cream cheese tp 4-5 biji telur. jenis yg macam tu baru dia keras sikit sbb cheese lg banyak dr telur ^_^ harap membantu..