Sunday, October 14, 2012

Kelas Aneka Kuih Frozen, Kelas Kuih Talam dan Kelas Karipap Frozen Komersial

2

Hmmm.. Tengok-tengok blog makin sikit post tiap bulan. Sekarang tengok macam 1 kali satu bulan je. Nak kata takde masa, boleh juga sebab takde peluang bereksperimen sangat >.< Hehe.. Nanti ada kelapangan saya update sekali sekala, cuma saya rasa takde apa sangat nak dishare sekarang. Rasanya ramai yang dah terer kat luar sana kan? Hehe.. Malah jauh lebih terer dari mak Taufiq ;p

Bulan lepas dan bulan ni banyak kelas dibuat. Tapi bukan kelas saya. Kelas kak Rosnita, di Tawau. Warga Sabah yang jauh/dekat sanggup turun menuntut ilmu dengan kak Rosnita. Buat masa ni semua kelas dah full hingga ke bulan November, insyaAllah tahun depan akan open seat lagi untuk macam-macam jenis kelas seperti pudding, talam dan lain-lain. Kelas saya? Rasa macam tak sempat nak buat bulan ni atau bulan depan, sebab nota pun tak siap-siap lagi. Hehe.. Akan datang saya nak buka kelas deco guna basic piping tips dan special piping tips. Segala jenis nozel yang ada kita akan gunakan, termasuklah yang kita tak pernah nampak. InsyaAllah.. Tapi kena beli set nozel banyak-banyaklah supaya semua pelajar dapat guna, which will cost a bit of money sebab yela, nozel pun mahal gak.. Hehe.. Sekarang saya tengah bz menolong kelas kak Rosnita, jadi fotographer merangkap urusetia kelas. Jadi masa agak ketat nak rangka kelas kek betul-betul.

Jom layan beberapa jenis kuih yang telah mereka buat, untuk Kelas Aneka Kuih Frozen:
(sekarang ada yang dah siap start menjual, alhamdulillah..)


Kuih bom, apam mentega, puteri ayu, samosa daging
Ni contoh iklan kuih karipap (3 jenis) dan samosa frozen
Donut, sebiji yang separa masak
Cucur badak, rengas (kasturi/kuih kacang hijau), rissoles
Pau
Popia gulung (belum goreng)
Ni tak termasuk dalam kelas, saja nak menyebok :P

Update 20 Oktober: Cara gulung popia


2 comments:

Knor said...

salam zack..kak paling tak reti nak gulung popia tuh..

ajar atau buat demo sikit boleh..?

Zack Zachoes said...

w'salam, nnt sy buat lukisan untuk akak. sbb kelas ni bukan sy buat, kak ita yg ajar. tp rasanya gulungan tu agak biasa jg kak nor..