Monday, June 15, 2015

Resepi Ice [Ice Baby] Nestum

Makcik yang terlebih rajin kat dapur bulan ni >.<

Layan~

Resepi Biskut Ice [Ice Baby] Nestum 
(45- 50 bergantung pada size) 
Source asal: Qasey Honey (http://qaseyhoney.blogspot.com/2014/…/biskut-ice-nestum.html)

(Resepi di bawah adalah resepi derhaka. Muahaha..)



Bahan: 
125g pure butter- Anchor, keluarkan awal
45g gula kastor
1st @ 1/2 biji telur kuning
1/2st essence of vanila
50g nestum, kisar halus
130g tepung gandum
20g tepung jagung
10g @ 1sb Horlicks coklat - tak letak takde hal

Topping putih telur: 
50ml @ 1 biji telur gred A @ 1/4C tolak 1sb putih telur
150g gula aising, ayak
1sb tepung jagung
***Pukul putih telur sampai berbuih. Masukkan separuh gula aising, pukul lagi. Masukkan baki putih telur, pukul smpai kental. Last masukkan tepung jagung. Simpan dalam piping beg dan ketepikan.

Cara:
1. Sediakan tray dengan baking paper (atau guna non-stick pan).
2. Pukul butter dan gula hingga sebati. Tak perlu sampai kembang.
3. Masukkan kuning telur dan vanila esen, pukul rata. Masukkan semua tepung, nestum, horlicks (jika guna). Gaul sebati guna senduk atau tangan.
4. Simpan doh dalam peti sejuk 10 minit.
5. Canai dan terap ikut ketebalan disukai. Biskut akan sedikit mengembang jadi tak perlu terlalu tebal. Buat sampai habis.
6. Panaskan oven, 160C (atau 130C kalau boleh).
7. Picit topping atas biskut (tak perlu terlalu tebal atau sampai ke tepi biskut kerana ia akan mengembang dan merebak).
8. Lorekkan suka hati (guna emulco sahaja atau campuran emulco@pewarna + topping).
9. Bakar 160C, 20-25minit @ 130C, 40 minit, api atas bawah, rak tengah.
10. Sejukkan sepenuhnya di dalam tray atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Note: Tanda biskut sudah masak apabila keperangan dan mudah dialihkan.
Biskutnya tak berapa manis tapi sebabkan ada meringue, rasanya ok2 saja.

Saturday, May 30, 2015

Resepi Brownies on a Stick

Being pregnant has its advantages. One of them is you have all the time in the world to think up some weirdest stuff to experiment.

I got this idea from watching a tv show on Food Network. They showed this bakery somewhere in the US where they stuck icicles sticks in brownies and cover 'em up with chocolate. Now, being an addictive chocoholic myself, I couldn't wait for the opportunity to try this idea. It'll be great to give as door gifts or just as an alternative eating a brownie in a funky way.

You might to try and bake these brownies not too thick as they'll be coated in chocolate and might prove rather thick to eat. I've made them not too big, about half the size of a Magnum ice-cream. I personally think brownies, nuts and a good coating of dark chocolate go well together. One thing you've got to make sure is that the brownie itself isn't too sweet or you might find out some of your teeth go missing. And don't cut them too big or too small in case you'll find the sticks hard be stuck in the brownies. Chewy brownies are allright I guess, or cakey ones. For easier handling you might want to store it in the fridge before put it on the sticks. And oh yeah, better not use a brownie that has a crumbly texture or they won't stick very well.

Brownies on a stick

I gave them to my neighbours as gifts

Brownies-Cheese On A Stick
By: Aku.Zack Cakery

Brownie layer: Smitten Kitchen's Favourite Brownies
(8 x 8 in pan, lined with parchment paper and buttered well)

85g dark unsweetened chocolate - I used plain old dark couverture choc
115g mentega tanpa garam
150g gula kastor
2 biji telur gred A@B
1/2tsp esen vanila
secubit garam
2/3C @ 110g tepung gandum + 1/4st baking powder

Layer cheese:
125g cream cheese
20g gula kastor
1sb susu segar @ whipping cream @ fresh cream - mana-mana pun ok takde hal
esen lemon, lemon zest- optinoal
***Campur semua sampai sebati. Ketepikan.

Hiasan:
Coklat compound (yang cepat keras) atau coklat masakan yang sedap
Kekacang (almond, pistachios etc) atau choc rice

Cara-cara:

  1. Sediakan loyang 8x8in, alaskan baking paper dan lengser dengan butter. Pastikan terdapat lebihan 1 1/2 inci kertas terkeluar dari loyang. Panaskan oven.
  2. Campurkan chocolate, gula kastor, butter dalam stainless steel bowl. Panaskan atas periuk berisi air panas, kacau hingga sebati. Tutup api dan ketepikan sebentar hingga agak suam.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul sebati. Masukkan esen vanila, tepung gandum, baking powder dan garam. Garam sampai sebati. Tuang dalam loyang tadi.
  4. Bakar selama 20-25 minit, 170C. Tuangkan adunan layer cheese di atas brownies, teruskan membakar 15 minit atau hingga cheese masak.
  5. Keluarkan dalam peti sejuk, biarkan dalam loyang 10 minit. Sisipkan keliling loyang dengan pisau, dan sejukkan sepenuhnya atas redai kek.
  6. Potong brownies lebih kurang 1.5in x 2in (lebih kuranglah) dan cucuk dengan ice cream sticks. Buat sampai habis. Kemudian celupkan tiap satu brownies ke dalam coklat yang dicairkan. Hiaskan dengan kekacang atau ikut kreativiti.

Friday, May 22, 2015

Belanja Gambar Cheesetart Polkadot, Cheesetart Buah-buahan dan Peach Custard Tart

Salam Jumaat,

Tak tahu nak update apa, jadi belanja gambar tart yang larat dibuat dalam beberapa hari ni. Sesungguhnya makcik memang tak rajin nak meng'apam' polkadot, jadi makcik buatkan bentuk lain guna tart sahaja (tu pun shellnya beli dengan kawan, haha). Maka bila kerajinan mula sedikit tertimbul dan idea mula teroverflow, jari jemari ini geram mempraktikkan segala teori yang ada.

Layan aja dong~

This is not an Apam Polkadot. This is Cheesetart Polkadot
This is not Tart Nenas Buah-buahan. This is Cheesetart Buah-buahan. Bahahaha.. Ni kerja paling syiok mengetest idea
Ni macam biasalah, Peach Custart Tart. Resepi amik kat sini.

Dah lama post kat FB, manatau kalau kongsi kat blog ada sesape rajin nak buat kenduri kendara guna idea diatas (pinjam idea je tau, bukan gambar :P bahaha..)