Makcik yang terlebih rajin kat dapur bulan ni >.<
Layan~
Resepi Biskut Ice [Ice Baby] Nestum
(45- 50 bergantung pada size)
Source asal: Qasey Honey (http://qaseyhoney.blogspot.com/2014/…/biskut-ice-nestum.html)
(Resepi di bawah adalah resepi derhaka. Muahaha..)
Bahan:
125g pure butter- Anchor, keluarkan awal
45g gula kastor
1st @ 1/2 biji telur kuning
1/2st essence of vanila
50g nestum, kisar halus
130g tepung gandum
20g tepung jagung
10g @ 1sb Horlicks coklat - tak letak takde hal
Topping putih telur:
50ml @ 1 biji telur gred A @ 1/4C tolak 1sb putih telur
150g gula aising, ayak
1sb tepung jagung
***Pukul putih telur sampai berbuih. Masukkan separuh gula aising, pukul lagi. Masukkan baki putih telur, pukul smpai kental. Last masukkan tepung jagung. Simpan dalam piping beg dan ketepikan.
Cara:
1. Sediakan tray dengan baking paper (atau guna non-stick pan).
2. Pukul butter dan gula hingga sebati. Tak perlu sampai kembang.
3. Masukkan kuning telur dan vanila esen, pukul rata. Masukkan semua tepung, nestum, horlicks (jika guna). Gaul sebati guna senduk atau tangan.
4. Simpan doh dalam peti sejuk 10 minit.
5. Canai dan terap ikut ketebalan disukai. Biskut akan sedikit mengembang jadi tak perlu terlalu tebal. Buat sampai habis.
6. Panaskan oven, 160C (atau 130C kalau boleh).
7. Picit topping atas biskut (tak perlu terlalu tebal atau sampai ke tepi biskut kerana ia akan mengembang dan merebak).
8. Lorekkan suka hati (guna emulco sahaja atau campuran emulco@pewarna + topping).
9. Bakar 160C, 20-25minit @ 130C, 40 minit, api atas bawah, rak tengah.
10. Sejukkan sepenuhnya di dalam tray atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Note: Tanda biskut sudah masak apabila keperangan dan mudah dialihkan.
Biskutnya tak berapa manis tapi sebabkan ada meringue, rasanya ok2 saja.