Tuesday, April 12, 2011

Resepi Fresh Fruit Tartlets

I've been meaning to this for the longest time. It's rather hard to get fresh fruit. The ones that I like, that is. One day I might find some kiwis, but no strawberries. The next time, they'll be selling strawberries, but no kiwis. *sigh* Well, you can't get everything you want in life. So just make do of what you have [ in the fridge, haha].

Resepi fruit tart di bawah (dan dinamakan sebagai fresh fruit tartlets sebab comey-comey saiznya) dicedok dari blog kak Maz http://ilhamdapur.blogspot.com/2010_04_01_archive.html. Thanks loads for the recipe y'all!


Resepi Fresh Fruit Tartlets

Fresh fruit tartlets, sedap dimakan sejuk-sejuk (dan kurang menyerlah sebab takde kiwi or strawberry T_T )


(about 36 mini tart/tartlets)
Sumber Resipi : Mamafami & Kak Rinnchan

SWEET CRUST PASTRY

(Bahan di bawah telah diseparuhkan dari resepi yang asal)


Bahan:
(A)
50g gula aising
100g butter
1/8 st esen vanila

(B)
1/2 biji telur
(saya guna Gred A)

(C)
210g tepung gandum (ku guna 1/2 tepung gandum, 1/2 tepung kek untuk tart yang lebih ringan)
1/2 sb susu tepung
(saya tak letak sebab habis stok)


Cara:

1. Pukul (A) hingga lembut. Masukkab B dan teruskan memukul hingga sebati.
2. Masukkan (C), bentukkan doh yang lembut dan licin.
3. Ambil sedikit doh dan tekan dalam acuan tart
(saya guna saiz 4cm).
4. Cucuk dasar doh dengan garfu untuk elak mengembang masa dibakar. Bakar untuk 12 min atau hingga kuning keemasan. Alihkan dari oven dan biarkan sejuk sebentar dalam acuan, kemudian di alihkan diatas redai
. (kak Maz guna suhu 140C, saya bakar guna suhu 170C, 15min untuk tart yang lebih garing. Lupa nak cakap, dah cucuk-cucuk dasar doh tu, rehatkan dalam peti sejuk barang 10 min. Sebabnya, kita nak relaxkan gluten yang terbentuk dalam doh tu tadi. Kalau buat roti, bun, pastry dan seumpamanya, eloklah direhatkan dulu sebelum dibakar. Kecualilah buat kek lagi-lagi yang ada agent penaik. Kang habis pula chemical reaction dalam batter tu kang, huhu..)

Note : Tart shell mesti disimpan dalam bekas kedap udara. Saya simpan luar suhu bilik (tanpa filling).


CUSTARD FILLING
(Bahan di bawah telah diseparuhkan dari resepi yang asal)


Bahan:

1 sb tepung kastad/tepung jagung (saya guna tepung kastad)

1 sb tepung gandum

4 sb gula pasir

1C @ 250ml susu segar (leh guna susu cair)

1 biji telur Gred A

Cara:

1. Campur tepung kastad/jagung dan tepung gandum dalam periuk kecil, masukkan 1sb susu segar. Kacau.

2. Masukkan telur dan kacau rata.

3. Masukkan baki susu segar.

4. Masak atas api kecil sambil selalu dikacau (saya guna whisk telur). Teruskan mengacau hingga pekat dan tidak berketul (dalam lebih kurang 5-8 min gitu).

5. Ketepikan dari api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Sedia digunakan.



TO ASSEMBLE :

1. Pipekan inti kastad ke dalam tart shell (saya guna star nozel).
2. Susun buah-buahan segar
(saya cuma ada anggur dan peach je kat rumah, hehe)..

NB:

I think I like the old method (the rub-in method) of incorporating cold butter into the flour more than whisking the butter and sugar together. You'll get a different texture of pastry. In this case where you whisk both butter and sugar together till soft, you'll get a biscuity-like sort of pastry tart. Rangup, yes (if you bake it till golden brown). But rather padat and unflakey. Where as in the method of incorporating cold butter into the flour, you'll find the taste is more flakey and rapuh, without it being too padat. It melts in your mouth, because the cold butter in the dough melts while baking in the oven, creating something akin to small air pockets in the pastry. Though by all means, use whatever method you like. There is no 'one way' of doing things, and everyone has his or her own preference :) cheers!

P/S: This is just an observation. Might not be true for everyone(?)

Sunday, April 10, 2011

Resepi Roti Canai [atau murtabak/roti milo/roti telur]

Kalau buat roti canai, murtabak, roti milo atau roti telur mesti pakai resepi ni je. Malas nak cari yang lain sebab memang puas hati. Maaf gambar blur, guna kamera digital biasa je. Masa ni En. Hubby yang tolong tebarkan, saya tolong masak je. Taufiq pula tolong makan, haha.. Thank you kepada penyumbang resepi, kak Joayee dari myresipi.com.

Resepi Roti Canai [atau murtabak/roti milo/roti telur]

(joayee@myresipi.com)

http://www.myresipi.com/top/detail/731

Roti milo dan roti telur (roti canai takde, dah kena makan)

Bahan:

(Ku buat separuh adunan dapat 6-8 keping roti canai)

550g tepung gandum

*250g air

*1 biji telur (50g tanpa kulit)

*3 sb susu pekat manis

*1 sk garam

*1 sk @ 15g butter/marjerin

1 – 2 sb tepung gandum – untuk ditambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Bahan:

1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam bekas, kacau sebati.

2. Masukkan tepung dalam satu bekas besar. Tuangkan campuran air tadi ke

dalam tepung.

3. Uli hingga menjadi doh.

4. Rehatkan doh selama 10 min.

5. Uli lagi selama 5 min.

6. Ulang step 4-5 sebanyak 3 kali ***Noticed lepas kali ke 3 proses menguli & rehat, doh bertambah kenyal dan tak melekit. Jadi jangan risau kalau 1st proses terasa doh melekit di tangan. Kalau rasa lembik lagi selepas uli dan rehat kali ke 2, tambah sedikit tepung dalam 1sb.

7. Disyorkan uli dengan tangan, tapi boleh pakai bread maker (program basic bread). Biarkan proses selama 1 jam 15min, selalunya doh akan lembik sikit sebab suhu bread maker. Masa mesin pause, keluarkan doh, uli kejap dengan sedikit tepung. Dan masukkan balik dalam mesin.

8. Bentukkan bulat-bulat dalam 12-16 biji, bergantung pada saiz. Sapukan dengan marjerin. Perap 3jam atau lebih.

9. Sebelum tebar, penyek-penyekkan dulu dengan tapak tangan, rehatkan 10 min. Baurlah boleh ditebar.

10. Untuk roti canai, tebarkan dan gulung macam buat swiss roll. Pastu ambil satu hujung, buat satu lilitan atau lingkaran (tengok dalam gambar). Rehatkan dulu sebelum dipenyekkan dengan tapak tangan dan digoreng. Kalau susah nak buat, lepas ditebar just lipat-lipat bentuk petak, rehatkan jap dan goreng.

11. Untuk roti milo, selepas tebar tu taburkan sedikit milo dan susu pekat. Lipatkan, alihkan ke non-stick frying pan panas yang diletak sedikit minyak masak. Nak garing renjis-renjiskan minyak masak. Kena kerap balikkan sebab roti milo mudah hangus sebab ada serbuk koko.

12. Untuk roti telur, selepas tebar tu pecahkan sebiji telur di atasnya. Buat satu lubang kecil dekat kulit telur, kocak-kocakkan biar putih dan kuning bercampur dan taburkan isi telur rata-rata atas doh. Lipat bentuk segi empat sama. Kalau ada dua orang lagi senang kalau meja dengan dapur tak bersebelahan macam kat kedai mamak. Biar satu pegang non-stick frying pan yang tengah panas dan telah diletak sedikit minyak masak, si penebar angkat doh roti telur pelan-pelan pastu letakkan atas frying pan tu. Kena hati-hati sebab mudah pecah masa angkat tu.

13. Untuk buat murtabak pun sama macam buat roti telur, cuma kena lebih pantas dan lebih hati-hati sebab intinya lebih berat. Inti macam buat ini karipap cuma ditambah telur sebiji dua, sayur kalau nak. Inti jangan terlalu pekat atau terlalu cair, biar cukup untuk salut inti kentang tu je. Dalam jangan terlampau sarat sangat letak kat atas roti yang ditebar tu, nanti susah nak angkat. Kecualilah dapur dan meja anda memang sebelah-sebelah je macam kat warung, tinggal nak campak je. Hehe..


***Kalau tak habis tebar, boleh simpan dalam peti sejuk untuk 2 hari.

***Kalau terlebih uli, doh akan kenyal dan susah nak ditebar. Bila masak roti akan terasa kenyal. Proses uli dan rehat 3 kali nak elakkan doh terlebih kenyal. Kalau kurang uli pula doh mudah terkoyak.

***Doh roti canai memang lebih keras berbanding doh roti biasa, tetapi jangan risau, selepas diperap doh akan jadi lembut.

***Untuk roti canai yang lebih garing, renjis-renjiskan minyak di atas doh semasa memasak. Lepas dah masak tu terus tepuk-tepuk dengan kedua-dua belah tangan biar roti tu crushed (macam mamak biasa buat tu).


Doh yang dah siap direhatkan (dua telah dijadikan roti canai)

Proses menebar

Makin ditebar, makin panjang dohnya

Proses menarik-narik doh selepas menebar

Taburkan milo dan susu pekat untuk buat roti milo (jangan taburkan di atas yang terkoyak tu, nanti meja tak licin lagi)

Roti milo dilipat

Masukkan inti daging dan lipat untuk buat murtabak

Murtabak dah siap (tengok tu ada telur yang terkeluar gara-gara terkoyak masa mengangkat)

Resepi Pudding Trifle

Resepi ni dah berzaman dibuat, cuma gambar yang paling up-to-date selalu tak ambil (sebab sekadar makan kat rumah, tak jual pun). Hehe.. Ku gabungkan dua resepi, satu dari 'Cooking with Sue' ku amik dari Facebook dan satu lagi dari teman masa belajar dulu, Emy Ezrine. Thank you to both.

Resepi Pudding Trifle (or is it spelt Triffle?)
1 bekas segiempat 8” @ 2 bekas bulat sedang

Pudding trifle versi bulat

Pudding triffle versi separuh-sudah-kami-makan

Bahan:
Layer bawah:
1 biji kek berat 800g - 1kg atau bersaiz 8" - 9" (boleh guna kek span, swiss roll, kek coklat dan lain-lain, bergantung pada anda sendiri. Ku selalu buat kek sponge coklat je)

Layer tengah (custard):
2 sb tepung custard
4 sb gula pasir biasa (resepi asal Kak Sue guna 100g)
1 tin @ 400g susu sejat (biasa guna Ideal)
100g air masak***
***Abaikan 100g air masak jika nak custard pekat macam dalam gambar

Layer atas custard:
1 tin fruit cocktail (apa-apa brand)

Layer paling atas (jelly):
100g air masak
1 peket @ 3 sb instant jelly berperisa strawberry/dll. (selalu ku guna serbuk agar-agar berwarna biasa je, tanpa perisa. Cuma buat separuh dari arahan peket tu. Air pun ku guna air dari fruit coktail tapi kurangkan gula)

Cara:
1. Lapisan bawah: Potong kek lebih kurang 1 1/2inci dan susun pada dasar bekas segiempat 8”. Pastikan kek disusun padat untuk elak lapisan custard mengalir diantara kek-kek (nanti tak berapa cantik, macam gambar kat atas tu).

2. Lapisan custard: Dalam periuk kecil, campurkan susu sejat, air masak, gula dan tepung kastad. Kacau sebati gunakan whisk. Masak atas api perlahan, sentiasa kacau untuk elak berketul. Masak hingga adunan menjadi pekat. (NB: adunan kastad ni cair sikit, kalau nak lebih pekat boleh abaikan 100g air tu. Gula pun guna 2 sb je).

3. Sejukkan sedikit sebelum dituangkan di atas kek yang disusun tadi.

4. Susun atau teraburkan buah-buahan dari cocktail (cuma buah-buahan je, jangan ambil airnya) di dalam kastad. Sejukkan sebentar pada suhu bilik, kemudian alihkan ke dalam peti sejuk hingga lapisan kastad mengeras/set sedikit.

5. Lapisan jelly: (UPDATE 8 NOV 2011) Didihkan 100g air dan masukkan instant jelly. Atau ikut arahan di belakang peket (biasa ku buat separuh peket je, guna agar-agar biasa tanpa perisa. Kalau guna berperisa macam terlalu banyak rasa pula, tapi ini terpulang pada diri anda sendiri). Sejukkan sebentar pada suhu bilik dan tuangkan di atas kastad yang sudah set tadi (tuang perlahan-lahan untuk elakkan kastad terpecah. Ku selalu sudukan sedikit demi sedikit sampai jelly habis.)

6. Simpan dalam peti sejuk untuk sejam dua sebelum dihidangkan.