Sunday, April 10, 2011

Resepi Pudding Trifle

8

Resepi ni dah berzaman dibuat, cuma gambar yang paling up-to-date selalu tak ambil (sebab sekadar makan kat rumah, tak jual pun). Hehe.. Ku gabungkan dua resepi, satu dari 'Cooking with Sue' ku amik dari Facebook dan satu lagi dari teman masa belajar dulu, Emy Ezrine. Thank you to both.

Resepi Pudding Trifle (or is it spelt Triffle?)
1 bekas segiempat 8” @ 2 bekas bulat sedang

Pudding trifle versi bulat

Pudding triffle versi separuh-sudah-kami-makan

Bahan:
Layer bawah:
1 biji kek berat 800g - 1kg atau bersaiz 8" - 9" (boleh guna kek span, swiss roll, kek coklat dan lain-lain, bergantung pada anda sendiri. Ku selalu buat kek sponge coklat je)

Layer tengah (custard):
2 sb tepung custard
4 sb gula pasir biasa (resepi asal Kak Sue guna 100g)
1 tin @ 400g susu sejat (biasa guna Ideal)
100g air masak***
***Abaikan 100g air masak jika nak custard pekat macam dalam gambar

Layer atas custard:
1 tin fruit cocktail (apa-apa brand)

Layer paling atas (jelly):
100g air masak
1 peket @ 3 sb instant jelly berperisa strawberry/dll. (selalu ku guna serbuk agar-agar berwarna biasa je, tanpa perisa. Cuma buat separuh dari arahan peket tu. Air pun ku guna air dari fruit coktail tapi kurangkan gula)

Cara:
1. Lapisan bawah: Potong kek lebih kurang 1 1/2inci dan susun pada dasar bekas segiempat 8”. Pastikan kek disusun padat untuk elak lapisan custard mengalir diantara kek-kek (nanti tak berapa cantik, macam gambar kat atas tu).

2. Lapisan custard: Dalam periuk kecil, campurkan susu sejat, air masak, gula dan tepung kastad. Kacau sebati gunakan whisk. Masak atas api perlahan, sentiasa kacau untuk elak berketul. Masak hingga adunan menjadi pekat. (NB: adunan kastad ni cair sikit, kalau nak lebih pekat boleh abaikan 100g air tu. Gula pun guna 2 sb je).

3. Sejukkan sedikit sebelum dituangkan di atas kek yang disusun tadi.

4. Susun atau teraburkan buah-buahan dari cocktail (cuma buah-buahan je, jangan ambil airnya) di dalam kastad. Sejukkan sebentar pada suhu bilik, kemudian alihkan ke dalam peti sejuk hingga lapisan kastad mengeras/set sedikit.

5. Lapisan jelly: (UPDATE 8 NOV 2011) Didihkan 100g air dan masukkan instant jelly. Atau ikut arahan di belakang peket (biasa ku buat separuh peket je, guna agar-agar biasa tanpa perisa. Kalau guna berperisa macam terlalu banyak rasa pula, tapi ini terpulang pada diri anda sendiri). Sejukkan sebentar pada suhu bilik dan tuangkan di atas kastad yang sudah set tadi (tuang perlahan-lahan untuk elakkan kastad terpecah. Ku selalu sudukan sedikit demi sedikit sampai jelly habis.)

6. Simpan dalam peti sejuk untuk sejam dua sebelum dihidangkan.

8 comments:

iya_jayyidan said...

salam,nak tanye skit sb tu ape?..adakah ia tablespoon...

Zack Zachoes said...

w'salam.. aah betul tu.

sb = sudu besar @ 15ml
st = sudu teh @ 5ml

^_^

hafizsidah said...

kak sudu besar tu same dgn sudu makan ke?..byk la nk tanye akak sbb sy ni xpandai masak..akak add sy kat FB bleh?
https://www.facebook.com/adminartfever

Zack Zachoes said...

accepted ^_^

lily said...

sy dh cuba buat puding trifle..mmg menjadi..suka sgt resipi n cara tunjuk ajar senang...thanks k.zack coz sudi brkongsi resipi masakan..

Zack Zachoes said...

alhamdulillah, tq juga sebab sudi mencuba ;) hehe..

kawaii_desu said...

Salam zack, leganya jumpa page ni... I baru merasa kesedapan truffle pudding nih. Thanks for sharing the recipe ya!

Zack Zachoes said...

salam kawaii,
tq sudi singgah blog sy ^_^
and tq again sbb sudi mencuba ;)