Thursday, September 1, 2011

Juadah Hari Raya

Sepanjang berpantang ni En. Hubby yang ke dapur, termasuk memasak untuk juadah berbuka hari raya. Alhamdulillah, walaupun jauh dari keluarga namun semangat untuk beraya tetap ada.

En. Suami  sebenarnya dari muda sudah biasa ke dapur tolong emaknya masak. Maklumlah, adik-beradik 10 orang. Biasanya tugasan seperti mengupas dan memotong bawang, memotong sayur, membasuh pinggan, mengayam ketupat dan sebagainya akan diagihkan di antara adik-beradik. Kira masing-masing ada peranan masing-masing. Lauk wajib orang Johor (suami orang Johor) adalah lontong/kuah lodeh, sambal goreng, dan sayur lodeh. Masa duduk Johor dulu dah biasa pagi-pagi sarapan lontong kat satu warung ni di Parit Raja, Tapi dengarnya warung tu dah tak buka dah, sudah tukar milik (tak tahu nape, mungkin tuannya sudah tiada. Wallahu 'alam). Kalau sebelah keluarga saya pula biasa makan ketupat, pulut kuning, kuah kacang, dengan rendang ayam atau daging. Rendang yang biasa mak masak biasanya berkuah dan tak berapa kering (rindu lak nak makan masakan mak, huhuhu...)

Sejak Hari Raya pertama tak putus-putus budak-budak kampung datang ke rumah. Memang tak menang tangan En. Hubby melayan para tetamu, hehe.. Alhamdulillah, ada juga kawan-kawan nak layankan Taufiq raya ni. Kawan-kawan tempat kerja En. Hubby pun datang, ada yang tak dapat balik raya di semenanjung sebab minggu depan sekolah dah mula naik. Rata-rata isteri mereka pun cikgu sekolah.

Walaupun ni kali pertama beraya di Tawau, suasananya tetap ada walaupun mungkin tak semeriah seperti beraya dengan keluarga di semenanjung. Apapun kami tetap puas hati, hari raya pertama dapat disambut bersama arwah anak kami, walaupun sambutannya dengan sekadar hanya mampu membersihkan kubur dan sedekahkan al-Fatihah pada arwah. Hari ini, 1 September 2011...genaplah 39 hari arwah anak kami Nurfatihah Humairah binti Muhammad Rahmat meninggalkan kami. Al-Fatihah... Semoga rohnya sentiasa dicucuri Rahmat Mu Ya Allah..

Ketupat yang dianyam dan dimasak oleh En. Hubby
Kuah kacang - resepi kak Dayang Jack@myresipi.com
Kuah lodeh (atau lontong) - resepi ikut sukatan mata je. Lebih kurang macam resepi  shafa@myresipi.com
Rendang daging - resepi melati@myresipi.com. Buat 2 kali ganda adunan, guna serbuk kari dan dimasak hingga agak kering
Sambal sotong - resepi simple, hanya bawang besar, bawang putih, cili kisar , garam, gula dan sotong kering yang direndam semalaman dan direbus hingga empuk

Lauk raya merangkap berbuka puasa En. Hubby

Wednesday, August 31, 2011

Resepi Biskut Semperit Susu [Pekat Manis]

Selamat hari merdeka!

Kelmarin buat lagi biskut, semperit susu. Resepi kali ini kena dengan tekak ku, lemak tapi tak memuakkan, manis pun sedang-sedang. Biskut ni orang berpantang pun boleh makan, sebab takde telur atau kekacang. Lepas buat biskut, En. Hubby guna stove untuk masak ketupat, sambal kacang (kuah kacang), dengan sambal sotong keringnya. Dah nak buka puasa baru sempat siap rebus ketupatnya, ada la dalam 30 biji. Baki 20 biji esoknya pagi raya baru sambung rebus.

Semperit yang ku testing kali ni sedap la pula (bukan memuji air tangan sendiri, tapi puji tuan punya resepi asal. Hehehe..) Sebelum ni bukan salah resepi, tapi salah tangan ku sebab walaupun guna butter mahal, tapi tepung jagungnya jenis biasa a.k.a. murah. Maka rasa semperit (resepi lama di sini) pun terjejas sikit. Huhuhu...

Jom skodeng the recipe~


Resepi Biskut Semperit Susu [Pekat Manis]
Resepi asal: Farah Salleh (dipetik dari Facebook)


(Ku buat separuh dari resepi asal, dapat 1 balang@telap sederhana tinggi lebih kurang 70-80 biji)
Salah satu tempahan 2012

Semperit susu raya 2012


 Biskut semperit susu [pekat manis]

Biskut raya ku (yang sempat dibuat. Huhuhu...)




Bahan:
125g susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan
***See NOTE below

Cara:
  1. Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je). 
  2. Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
  3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
  4. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

NOTE:
  1. Ku guna susu  pekat manis F and N. Boleh guna susu pekat manis jenama lain.
  2. Ku guna lepa susu jenis yang taklah mahal sangat. Memadai butter yang sedap dimakan dan baunya wangi. Kualiti butter pun penting dalam buat biskut ni sebab takde perasa yang menonjol (contohnya esen vanila). Boleh guna pure butter kalau mahu (ku tak guna sebab tak suka biskut yang terlampau berlemak).
  3. Ku guna tepung jagung dalam tin jenama Brown and Polson (cap butterfly). Guna tepung jagung yang berkualiti untuk dapat maksimum rasa. Jenis murah is not a wise decision, takut rasanya efek nanti.
  4. Ku guna acuan semperit (ke dahlia?) yang matanya tak berapa hensem. Jadi bila picitnya semperit pun keluar tak berapa hensem. Huhuhu..
Doh semperit susu

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin dari kami, khususnya kepada keluarga yang berada di semenanjung. Tidak lupa juga selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-54~