Thursday, September 1, 2011

Juadah Hari Raya

Sepanjang berpantang ni En. Hubby yang ke dapur, termasuk memasak untuk juadah berbuka hari raya. Alhamdulillah, walaupun jauh dari keluarga namun semangat untuk beraya tetap ada.

En. Suami  sebenarnya dari muda sudah biasa ke dapur tolong emaknya masak. Maklumlah, adik-beradik 10 orang. Biasanya tugasan seperti mengupas dan memotong bawang, memotong sayur, membasuh pinggan, mengayam ketupat dan sebagainya akan diagihkan di antara adik-beradik. Kira masing-masing ada peranan masing-masing. Lauk wajib orang Johor (suami orang Johor) adalah lontong/kuah lodeh, sambal goreng, dan sayur lodeh. Masa duduk Johor dulu dah biasa pagi-pagi sarapan lontong kat satu warung ni di Parit Raja, Tapi dengarnya warung tu dah tak buka dah, sudah tukar milik (tak tahu nape, mungkin tuannya sudah tiada. Wallahu 'alam). Kalau sebelah keluarga saya pula biasa makan ketupat, pulut kuning, kuah kacang, dengan rendang ayam atau daging. Rendang yang biasa mak masak biasanya berkuah dan tak berapa kering (rindu lak nak makan masakan mak, huhuhu...)

Sejak Hari Raya pertama tak putus-putus budak-budak kampung datang ke rumah. Memang tak menang tangan En. Hubby melayan para tetamu, hehe.. Alhamdulillah, ada juga kawan-kawan nak layankan Taufiq raya ni. Kawan-kawan tempat kerja En. Hubby pun datang, ada yang tak dapat balik raya di semenanjung sebab minggu depan sekolah dah mula naik. Rata-rata isteri mereka pun cikgu sekolah.

Walaupun ni kali pertama beraya di Tawau, suasananya tetap ada walaupun mungkin tak semeriah seperti beraya dengan keluarga di semenanjung. Apapun kami tetap puas hati, hari raya pertama dapat disambut bersama arwah anak kami, walaupun sambutannya dengan sekadar hanya mampu membersihkan kubur dan sedekahkan al-Fatihah pada arwah. Hari ini, 1 September 2011...genaplah 39 hari arwah anak kami Nurfatihah Humairah binti Muhammad Rahmat meninggalkan kami. Al-Fatihah... Semoga rohnya sentiasa dicucuri Rahmat Mu Ya Allah..

Ketupat yang dianyam dan dimasak oleh En. Hubby
Kuah kacang - resepi kak Dayang Jack@myresipi.com
Kuah lodeh (atau lontong) - resepi ikut sukatan mata je. Lebih kurang macam resepi  shafa@myresipi.com
Rendang daging - resepi melati@myresipi.com. Buat 2 kali ganda adunan, guna serbuk kari dan dimasak hingga agak kering
Sambal sotong - resepi simple, hanya bawang besar, bawang putih, cili kisar , garam, gula dan sotong kering yang direndam semalaman dan direbus hingga empuk

Lauk raya merangkap berbuka puasa En. Hubby

7 comments:

Cendana Kasih said...

sedapnyer juadah raya... tahun ni akak tak buat ketupat anyam tu..beli jer ketupat plastik...hehehe....

cinnamon.com said...

selamat hari raya ...sedapnya juadah2 ni...

Zack Zachoes said...

CK: En. Hubby tiap2 tahun rajin menganyam ketupat. hehe..kita tak reti pn walaupun bertahun belajar :P

cinnamon: selamat hari raya..semuanya suami yg masak. hehe..

Along Maklong said...

salam ziarah dan salam aidilfitri..

Zack Zachoes said...

Maklong: salam..tq dan selamat hari raya ^_^

Cheq Sue said...

hai zack...slmt hari raya... kite tak pandai2 lagi anyam ketupat tu...asyik terbelit kat tangan aje

Zack Zachoes said...

hehe, samalah kita...bertahun bertapa dgn tok guru pn masih tak pndai2 lg ;p hehehe..