Assalamualaikum,
Lama tak update blog. Sekadar nak beritahu makcik masih sihat walafiat di sini. Baru buka page baru kat Facebook, namanya Aku.Zack Cakery. Kalau rajin singgah la sekali skala, manatau saja nak intai kek-kek kat sana nak dapatkan idea.
OK nak sambung membaking. Mood dah beberapa minggu ke laut dah ni. Terasa macam nak "rehat" dari membuat kek. Haha..
Selamat malam~
Sunday, October 12, 2014
Saturday, September 20, 2014
Gambar Kek Lagi
Friday, September 19, 2014
Kek Elsa Frozen and the Geng
Takde resepi nak share arini, cuma nak share gambar kek-kek tempahan. Semua kek dibawah menggunakan fresh cream. Kot-kot ada yang nak cari idea mendeco kek ke nanti.
Layan~
Layan~
Saturday, September 6, 2014
Resepi Durian Butter Cake
First post selepas merajuk taknak update blog :P
Layan~
Resepi Durian Butter Cake (Kek Mentega Durian)
Diadaptasi dari blog Aunty Yochana, resepi asal dari Chef Alex Goh, diderhaka oleh Aku.Zack
2 loyang bersize 9x9in
Menghasilkan kek berat minimum 2kg+ gitu sebelum dideco
A:
240g isi durian - mou sang king, 101, apa-apa durian yang wangi dan manis
120g whipping cream - susu segar pun boleh
80g tepung kek@tepung superfine
B:
500g anchor salted butter - guna pure butter, bukan lepa susu
340g gula kastor
10 kuning telur gred A
C:
400g tepung kek
100g tepung kastad
1st baking powder
1/2st baking soda
***Ayak
D:
10 biji putih telur gred A
100g gula kastor
1st cream of tartar
Cara:
p/s: boleh juga letak esen durian dalam 1/8~1/4st. Jangan banyak-banyak, nanti ada yang pengsan.
p/s2: kaedah meringue (putih telur) in stead of using whole egg method menghasilkan kek yang lebih ringan dan gebu.

- Blend/whisk/kacau isi durian bersama whipping cream, kemudian gaulkan dengan 40g tepung. Ketepikan.
- Pukul butter + gula sampai pucat dan gebu. Masukkan kuning telur satu per satu hingga sebati.
- Masukkan tepung kek berselang seli dengan Bahan A tadi. Mulakan dengan tepung-durian-tepung-durian-tepung.
- Dalam mangkuk bersih, putar putih telur bersama cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis sambil terus memukul. Pukul hingga medium peak dan putih telur tidak mengalir apabila mangkuk diterbalikkan.
- Kaup balik ke dalam adunan durian tadi hingga sebati.
- Tuang ke dalam dua loyang bersaiz 9x9 inci yang dialas dasarnya dengan baking paper dan dilengser sedikit dengan majerin/mentega.
- Bakar 175C selama 50min+-.
- Keluarkan dari oven dan biarkan 5 minit dalam loyang sebelum dikeluarkan serta disejukkan sepenuhnya atas redai kek.
p/s: boleh juga letak esen durian dalam 1/8~1/4st. Jangan banyak-banyak, nanti ada yang pengsan.
p/s2: kaedah meringue (putih telur) in stead of using whole egg method menghasilkan kek yang lebih ringan dan gebu.
Tak nampak isi dalam, kek customer punya |
Subscribe to:
Posts (Atom)