Assalamualaikum,
Alhamdulillah.. Selesai lagi kelas Bake and Deco 2 'Choc and Cheese' yang kali ke-3. Hehe, penat jangan cakaplah ye memang sakit tumir mak Taufiq ;p Banyak saya belajar dalam handling kelas, macam-macam dugaan dan halangan diperolehi ;p hehehe.. Apapun syukur alhamdulillah sebab dapat sampaikan ilmu manfaat pada orang, mudah-mudahan dapat digunakan sebaiknya.
Showing posts with label kelas. Show all posts
Showing posts with label kelas. Show all posts
Sunday, February 24, 2013
Wednesday, January 16, 2013
Cadangan-cadangan Kelas Untuk Tahun 2013
Assalamualaikum,
Hmm.. Nampaknya resolusi nak update blog sekerap mungkin masih belum tercapai. Nampak gayanya ada yang nak kena denda ni :P
Tahun ni saya bercadang nak buat pelbagai kelas. Tapi setakat apa yang saya angankan, kebanyakannya kelas-kelas dekorasi kek sahaja. Belum lagi nak buat kelas baking lagi sebab:
1) bake makan masa, nak tunggu dia sejuk dah berjam-jam. Belum lagi nak lepa, tunggu keras, dan lain-lain.
2) tak berapa best campur bake dan deco sebab nanti orang akan kurang masa dan kurang dapat praktis dalam memantapkan skill dekorasi kek. Jadi saya sebolehnya asingkan kelas bake dan dekorasi kek ni.
Target saya biar deco sampai puas. Kalau baking ni saya rasa semua orang tahu, buka internet terus test. Cuma skil dekorasi dan dapatkan kek yang sekemas mungkin tu rasanya tak semua yang tahu kan?
Antara kelas-kelas yang saya cadang nak buat tahun ni adalah:
1. Kelas ganache
- Dapatkan hands-on skil macam mana nak dapat ganache yang smooth, kurang bubbles, licin, kilat tanpa menggunakan butter, dan yang penting jimat tanpa banyak pembuangan. Cara-cara nak lepa sampai angle se-straight yang boleh pun saya ajar dalam kelas supaya keknya takde banyak benjolan atau gelembung-gelembung.
2. Kelas melukis atas kek fresh cream menggunakan FRESH CREAM
- pernah dengar tak orang lukis guna fresh cream? Biasa orang guna piping jelly kan? Hehe.. Peluang keemasan ni jangan memain :P ecece..
3. Kelas pipng menggunakan buttercream
- Ni optional, mungkin ada yang masih suka guna buttercream untuk deco. Hands-on adunan buttercream supaya dia takde/kurang bubbles biar nampak sesmooth boleh.
4. Kelas melukis atas kek buttercream menggunakan piping jelly
- Ni pun akan datang, sebab tunggu kawan dari semenanjung datang mengajar. Yuran saya nak belajar pun harganya RM350/orang, so it's not cheap sebenarnya nak belajar sesuatu yang baru, but insyaa Allah worthwhile.
Kelas deco ni hands-on, maksudnya you deco your own cake dan bukan saya yang tolong paipkan. Tunjuk sikit-sikit tu boleh la. Hehe.. Yuran tak tahu lagi, I tell you not cheap la sebab benda yang rare dan jarang orang ada is something priceless (err faham ke ni?) Tapi insyaa Allah takdela sampai macam gi kursus kat Wilton tu RM500 (tapi kalau kat Tawau ada dah lama saya ambil, hehe..)
Apapun, saya hanya cadangkan dan tak memaksa. Kalau nak belajar sendiri pun ok, saya pun belajar sendiri juga (tapi makan masa 5 tahun dan tak tahu berapa ratus kek saya dah buat T_T) Huhuhu.. Apa yang saya kongsi kat blog ni saya buat secara praktikal, jadi boleh experience sendiri (betapa susah/senangnya) nak mendeco sebiji kek.
Adios~
![]() |
| Kelas piping menggunakan buttercream (makcik memang bukan orang bunga >.<) |
![]() |
| Kelas ganache |
![]() |
| Kelas melukis atas kek fresh cream menggunakan fresh cream |
Tuesday, December 25, 2012
Kelas Dekorasi Kek 1 'Piping Tips and Techniques'
Assalamualaikum,
Tak sempat nak update blog bulan ni, nak duduk depan PC lama-lama pun tak dapat. Paling-paling pun update status, jawab komen dengan edit nota kelas. Huhuhu..
Beberapa hari lepas ada buat Kelas Dekorasi Kek 1 (Piping Tips and Techniques). Alhamdulillah, dapat juga buat kelas sebelum tahun 2012 berakhir. Walaupun banyak rintangan dan halangan dilalui, saya telah cuba sedaya upaya mengajar apa yang saya tahu. Diharapkan lepas ni semua yang belajar dengan saya dapat sedikit sebanyak ilmu untuk digunakan untuk tempahan masing-masing. Hehe.. Salah silap harap dimaafkan, saya cuma insan biasa..
Apapun jom layan gambar di bawah (mana yang sempat ditangkap, sebab saya pengajar merangkap kameraman sendiri :P)~

Kelas 16 December 2012
Kelas 23 December 2012
Wednesday, November 28, 2012
Resepi Japanese Cotton Soft Cheese Cake dan Kelas
Blogger widget ada problem pula. Tak dapat nak tengok komen-komen kat sana. Apapun nanti saya balas ek, kena tengok satu-satu kat ruang mukadepan 'Comments'.
Resepi ni saya rasa dah tayang beberapa tahun dahulu. Cuma masa tu saya guna cheddar cheese parut gara-gara takde cream cheese. Rasanya macam lagi lemak sebab guna cheddar dan sedikiiit masin. Bagi yang takde cream cheese, boleh guna cheddar (samada parut atau slice, sebab nanti kena double boil dia cair gak). Kuantiti je kena adjust sikit sebab cheddar lebih sharp.
Sebenarnya nak upload gambar je tapi rasa macam kosong je post kalau takde resepi. Hehe.. Apapun layan~
P/S: I'm offering a class untuk belajar piping macam kek di atas (design tak semestinya sama, terpulang). Tarikh terpulang pada kelapangan anda dan saya. Bulan Disember saya free sikit, starting tahun depan saya tak pasti lagi. Kalau nak boleh hubungi saya di Facebook. Just search 'zachoes' insyaAllah jumpa. Masa nak add please PM kenal kat mana, sebab kadang saya l.a.m.b.a.t. add lagi-lagi kalau tak kenal. Hehe.. Bukan apa, kadang tu jumpa macam-macam orang (contohnya, laki menyamar perempuan. Erk) tu yang buat mak Taufiq gerun sikit >.<
Resepi Cotton Soft Japanese Cheesecake
Dari Alma@myresipi.com
(8" atau 9" bulat)
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur - ku guna gred AA
1 sdb jus lemon - ku guna 1/2st sebab tak suka terlalu tart
1/4 sdk garam - tak guna, sebab guna salted butter
60g tepung kek/tepung superfine - ku guna tepung hong kong
20g tepung jagung
Bahan B:
140g gula kastor
6 biji putih telur - ku guna gred AA
3/4 sdk jus lemon - ku guna 1/2st jus limau kasturi
Cara-cara:
Utk adunan A:
Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dengan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon serta gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu saja).
Utk adunan B:
1. Sediakan loyang. Alaskan dasar dengan baking paper. Ketepikan. Panaskan oven 160C.
2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon/limau, sampai berbuih-buih. Tambahkan gula, pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B, kacau smpai sebati.
3. Tuang adunan kek dlm loyang. Bakar kek dalam kira-kira 1jam dengan cara au bain-marie (waterbath), pada 160C/325F. Biarkan sejuk dalam loyang sebentar sebelum dikeluarkan. Pastikan tidak terus keluar dari oven selepas masak untuk pengecutan yang terlampau ketara.

| Japanese Cotton Soft Cheese Cake |

Sunday, October 14, 2012
Kelas Aneka Kuih Frozen, Kelas Kuih Talam dan Kelas Karipap Frozen Komersial
Hmmm.. Tengok-tengok blog makin sikit post tiap bulan. Sekarang tengok macam 1 kali satu bulan je. Nak kata takde masa, boleh juga sebab takde peluang bereksperimen sangat >.< Hehe.. Nanti ada kelapangan saya update sekali sekala, cuma saya rasa takde apa sangat nak dishare sekarang. Rasanya ramai yang dah terer kat luar sana kan? Hehe.. Malah jauh lebih terer dari mak Taufiq ;p
Bulan lepas dan bulan ni banyak kelas dibuat. Tapi bukan kelas saya. Kelas kak Rosnita, di Tawau. Warga Sabah yang jauh/dekat sanggup turun menuntut ilmu dengan kak Rosnita. Buat masa ni semua kelas dah full hingga ke bulan November, insyaAllah tahun depan akan open seat lagi untuk macam-macam jenis kelas seperti pudding, talam dan lain-lain. Kelas saya? Rasa macam tak sempat nak buat bulan ni atau bulan depan, sebab nota pun tak siap-siap lagi. Hehe.. Akan datang saya nak buka kelas deco guna basic piping tips dan special piping tips. Segala jenis nozel yang ada kita akan gunakan, termasuklah yang kita tak pernah nampak. InsyaAllah.. Tapi kena beli set nozel banyak-banyaklah supaya semua pelajar dapat guna, which will cost a bit of money sebab yela, nozel pun mahal gak.. Hehe.. Sekarang saya tengah bz menolong kelas kak Rosnita, jadi fotographer merangkap urusetia kelas. Jadi masa agak ketat nak rangka kelas kek betul-betul.
Jom layan beberapa jenis kuih yang telah mereka buat, untuk Kelas Aneka Kuih Frozen:
(sekarang ada yang dah siap start menjual, alhamdulillah..)
![]() |
| Kuih bom, apam mentega, puteri ayu, samosa daging |
![]() |
| Ni contoh iklan kuih karipap (3 jenis) dan samosa frozen |
![]() |
| Donut, sebiji yang separa masak |
![]() |
| Cucur badak, rengas (kasturi/kuih kacang hijau), rissoles |
![]() |
| Pau |
![]() |
| Popia gulung (belum goreng) |
![]() |
| Ni tak termasuk dalam kelas, saja nak menyebok :P |
Update 20 Oktober: Cara gulung popia
Monday, July 2, 2012
Kelas Kek Modul Asas: Bake and Decorate
Assalamualaikum dan salam sejahtera *baca dengan nada pembaca berita :P*
Baru selesai kek kek modul asas, "Bake and Decorate" Ahad lepas. Nah penatnya pun masih belum hilang lagi ni T_T Tapi apapun did the best I can. Banyak gambar ditangkap tapi rasa liat sikit nak upload sebab dah upload kat Facebook. Jadi, carilah sendiri ya :P Muahaha..
Kelas ni bertujuan untuk ajar peserta menimbang, membancuh dan membakar kek sendiri. Dah siap bakar kena tunggu sejuk pula, pastu kena deco. Masing-masing boleh bawa kek balik (2 biji kek 8"). Dalam kelas ni asas mengira kos kek dan meletakkan harga pun diberi. Kelas bermula 9.30pagi hinggalah 5 petang. Berhenti hanya untuk makan dan solat tengahari je sebab sini maghrib awal, jadi nak berhenti lama-lama takut terlajak masa. Apapun terima kasih sebab sudi belajar dengan tuan hamba, apa-apa yang kurang harap dimaafkan. Yang baik dari Dia, yang lemah dari saya. Kalau ada apa-apa soalan boleh rujuk saya nanti ;p
Cheerio~
Subscribe to:
Posts (Atom)