Showing posts with label me meanderings. Show all posts
Showing posts with label me meanderings. Show all posts

Saturday, April 2, 2016

Beralih Ke Page

Assalammualaikum wbt,

Makcik sekarang tak sempat nak berblogging dan update post memandangkan bz menjaga baby yang kecil. Apa-apa resepi atau gambar makcik cuma sempat update di page Facebook pada link ini: https://www.facebook.com/AkuZack-Cakery-1509308679309744/

Terima kasih sebab sudi follow makcik Zack sejak 2007 lagi. Nampaknya mungkin jodoh kita tak lama, kawan-kawan bloggers pun dah tak semua berblogging sangat. Mana tahu, suatu hari nanti ada rezeki makcik ada masa yang panjang nak uruskan dua-dua page dan blog, aamiin.

Until next time,

Salam kesayuan dari Aku.Zack@zachoes.blogspot.com~

Monday, November 18, 2013

Berhenti Berblogging

Assalamualaikum,

Rasanya memang dah lama tak update blog. Tahun ni tahun yang bizi bagi mak Taufiq. Tahun depan rasanya sambung juga bizi, cuma mungkin kelas taknak buat tiap-tiap minggu lagi (kot). Taufiq pun dah nak masuk 6 tahun, tak lama lagi nak masuk sekolah rendah. Fikir-fikir macam nak masukkan dia ke sekolah tahfiz kalau ada rezeki. Hmm.. Bila anak makin besar, rasa macam masa kita nak spend dengan dia pun makin singkat. Nanti dah sekolah rendah konfem banyak aktiviti sekolah, lagi-lagi kalau sekolah pagi-petang. Sayang pula masa kita dengan anak tak digunakan sebaiknya... Nanti dah makin besar, dah masuk sekolah menengah, masuk U, lagi la singkat masa nak bersama anak. Mak Taufiq pun cuma ada anak seorang je (yang masih hidup). Yang adiknya memang dah takde lagi kat dunia ni. Lagi la terasa sunyi...

Ni gambar latest anak mak Taufiq Haiqal. Suka dia nasi kuning. Nasi lemak dah tak pandang dah. Hahaha.. Betul-betul orang Sabahan >.<

Taufiq dan nasi kuningnya. Habis dia makan sorang-sorang

Rasanya macam nak stop berblogging lepas ni. Macam takde masa dan takde idea nak tulis. Hmm.. Kadang kala nanti akan singgah kat sini, jawab mana-mana pertanyaan. Kalau ada terlepas harap ampun maaf dari mak Taufiq >.< Blog ni saya tak delete, still biarkan untuk mereka-mereka yang baru nak berjinak membaking. Lagipun fikir macam sayang pula...banyak kenangan dalam ni...

Apapun terima kasih masih setia bersama blog Aku.Zack. Biarpun tahun 2013 blog ni banyak sangat bersawang. Kadang-kadang kalau ada masa tu nanti kemas-kemas la sikit, kasitau orang blogger-yang-tak-rajin-ni masih lagi wujud di alam realiti. Hingga kita bertemu di lain waktu, assalamualaikum...

Tuesday, March 5, 2013

Pray For Sabah

Assalamualaikum,

Mari kita doakan keselamatan penduduk-penduduk di Sabah terutama pejuang-pejuang kami PDRM dan polis. Amin..

p/s: Segala tempahan ditutup buat sementara hingga keadaan kembali pulih. TQ..


Thursday, February 28, 2013

Terima Kasih Buat Suamiku

Mungkin ramai yang sangka, saya memang dilahirkan dengan bakat semulajadi untuk membuat kek dan berniaga.

Sebenarnya tidak sama sekali.

Terus terang saya katakan, sebelum saya berkahwin, knowledge saya tentang kek dan bisnes memang zero. Nil. Kosong. Saya tak tahu langsung tentang perniagaan, tak tahu langsung tentang kek. Dan tak tahu langsung saya sebenarnya ada kebolehan dalam menghias kek (walaupun tak seberapa mana pun sebenarnya :P)

Masa awal-awal kahwin dulu, saya sangka saya akan 'berkerja' seperti suami saya di Kolej Komuniti Tawau. Menjadi pensyarah kolej. Bergaji tetap. Typical pegawai kerajaan. Buat kerja-kerja ofis sikit, mengajar budak-budak elektrik. (Kalau sekarang anda tanya saya tentang elektrik dan wiring, konfem saya akan fail. Hehehe..) Setelah melahirkan Taufiq dan setelah beberapa tahun berlalu, saya sedar haluan mengajar subjek elektrik bukanlah jalan yang telah ditetapkan untuk saya. Allah telah merancang sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung dalam kepala saya. Iaitu berniaga membuat kek.

Kalau ikutkan sebenarnya saya takde niat langsung nak berniaga. Ye la, kek pun buat asik tak jadi je masa time belajar dulu. Pula tu subjek Prinsip Akaun pun saya tak faham (dulu amik sains dengan subjek PA sekali kat sekolah). Apa lagi bab berbisnes ni. Ikutkan dulu kira modal bahan pun saya fail, hehehe.. Tapi alhamdulillah, berkat dari kehidupan yang serba serbi mencabar di bumi Tawau ini, ditambah dengan didikan serta bimbingan suami, saya mula berani mengambil tindakan menjual kek dengan kawan-kawan terdekat.

Teringat lagi kek yang pertama saya jual adalah coklat moist. Keknya berat 1kg, bahan-bahan yang saya gunakan dahulu bahan branded seperti Tudor Gold dan Vochelle. Kalau ikut kira-kira sekarang, guna bahan-bahan sama, harga jualan RM40/kg guna bahan branded memang hanya balik modal saja dan untungnya beberapa ringgit je. Tapi maklumlah, baru nak berbisnes. Lagipun zaman dulu kurang/takde saingan. Kawan-kolej memang selalu order dengan saya, lagipun keknya saya jual agak murah dalam RM30 je. Hehe.. Masa awal dulu suami dah ajar cara kira kos bahan dan untung rugi. Kalau ikut harga bahan pada zaman tu memang masih boleh dimaafkan lagi. Cuma sebab sifat terlalu kesian yang ada dalam diri saya, saya telah letakkan kira-kira yang paling minimum untuk semua bahan kek saya. Contohnya, 1kg gula masa tu baru RM1.60/kg. Jadi dalam kira-kira saya anggap RM1.60/kg relevan untuk 3, 4 tahun akan datang. Tetapi selang setahun harga gula pula naik mencecah RM2/kg. Termasuklah harga bahan-bahan lain seperti tepung gandum, serbuk koko dan susu pekat manis. Walaupun tiap barang kenaikannya cuma 40sen (ada yang sampai naik RM5 dalam masa tak sampai setahun), disebabkan semua bahan tersebut naik serentak maka untung/rugi saya pun affected. Bayangkan kalau guna 10 jenis bahan, semua naik 40sen hingga  RM5. Jadi mesti kita akan terasa sikit kan? Pula tu saya memang ambil untung cukup-cukup makan saje, bila selang 1, 2 tahun margin keuntungan pun makin kurang dan kos modal makin naik. Hehehe.. Tula siapa suruh baik sangat :P

Disebabkan margin untung saya makin kurang, saya mula risau. Dan suami saya mengajar saya membuat ramalan harga bahan-bahan pada masa akan datang. Kos bahan mentah tetap akan naik, sukar untuk ia turun. Suamiku mengajar membuat ramalan, harga maksimum bahan itu akan naik dalam masa 2, 3 tahun akan datang. Dan dia suruh saya membuat survey harga pasaran yang paling tinggi di tempat tinggal kami. Contohnya, jika biasanya saya beli telur harga RM0.42 sebiji untuk telur gred A di pasar, ada tak kemungkinan saya terpaksa membeli di kedai lain yang harganya RM0.50 sebiji? Sebenarnya memang itu pun berlaku, jika saya terpaksa beli secara emergency di kedai belakang. Jadi untuk kiraan saya mula mengambil kira faktor-faktor begitu, kenaikan harga bahan dalam masa 1, 2 tahun dan kes emergency jika saya terpaksa membeli di tempat lain yang harganya jauh lebih mahal.

Sebenarnya banyak saya belajar dari suami saya. Mak mertua saya biasa buat kek. Jadi suami saya biasa melihat dan menolong maknya membuat kek. Suami saya pula memang rajin menolong maknya di dapur, maklumlah anak sulung dari 10 orang adik beradik. Sejak kecil lagi suamiku telah didik untuk menjual kuih muih di depan rumah dan di tepi jalanan. Bukan itu saja, dia memang biasa menolong maknya memasak di dapur, sebenarnya kalau bab makanan dia la pengkritik paling hebat. Andaikata makanan yang saya masak kurang masin, dia akan berterus terang dengan saya. Dari situ saya cuba baiki mana-mana kelemahan dalam masakan saya. Sekiranya dia rasa kombinasi perisa kek saya kurang memuaskan, dia akan bagitahu. Awal-awal dulu memang saya rasa kecil hati, tak sedap ke saya masak.. Tetapi sebab kritikan dan cadangan pembaikan dari dia yang membuatkan saya lebih keyakinan untuk memperbaiki produk-produk saya, tak kiralah masakan biasa ataupun kek. Pada saya kritikan itu perlu, kalau kita ingin memperbaiki diri sendiri. Tetapi biarlah dalam kita mengkritik kita juga memberi cadangan-cadangan supaya ia dapat menjadi lebih baik. Dan adab memberi kritikan pun perlu dijaga, dikhuatiri orangnya akan terlebih sensitif. Contohnya, jika ingin menegur biarlah tegur dalam keadaan tiada orang lain. Ataupun komen di ruang PM di facebook. Jaga air muka orang, janganlah bagi orang melihat kita menegur dia depan orang ramai (kecuali dia jenis orang yang mudah ditegur dan tak mudah ambil hati). Jika cara itu pun dia masih tak dapat terima, ada kemungkinan dia bersifat egoist dan memang langsung tak boleh ditegur. Hihihi..

Berbalik kepada berniaga kek, suami saya turut ajar bagaimana kita mengolah sesuatu resepi andaikata ada bahan dalam tersebut tiada dalam stok. Contohnya, kalau biasa kita masak guna kuah Yong Tau Fu guna gelaka melaka tetapi stok gula melaka tiada, suami saya mengajar menggunakan bahan yang seakan dengannya, misalnya gula perang. Dari segi warna ia tak terlalu beza, dan dari segi manis pun tak terlalu jauh. Biarpun tiada gula melaka kita masih dapat memasak menggunakan gula perang, walaupun dari segi rasa ia mungkin sedikit berlainan, tetapi kuah Yong Tau Fu tetap dapat dimasak. Cara ini juga telah saya apply ke dalam kek. Sekiranya resepi mengatakan guna lemon jus untuk cheesecake, saya akan guna bahan yang terdekat iaitu jus limau kasturi. Pokok pun ada di depan rumah, kos pun jimat. Tetapi harus kita ingat, apabila kita cuba mengolah resepi bahan-bahan ini, ilmu dan sedikit pengetahuan perlu ada. Dalam bab cheesecake di atas, saya menggantikan lemon jus dengan jus limau kasturi sebab saya hanya mahukan rasa masamnya. TETAPI sekiranya kek tersebut memang resepi Lemon Cheesecake, kita gantikan dengan jus limau kasturi, sudah tentu resepinya akan berubah kepada Limau Kasturi Cheesecake. Jadi dalam mengolah sesuatu resepi, kita harus sertakan dengan sedikit ilmu, pengetahuan serta logik akal. Janganlah kita ikut resepi bulat-bulat dan terus 'stuck' bila ada bahan yang tiada dalam stok, tetapi janganlah juga kita sesuka hati mengubah resepi tanpa mengetahui apa sebenarnya yang kita buat. Itulah pesan dari suami saya, dan selama ini saya pegang dalam tiap masakan dan hidupan harian saya. Alhamdulillah.. Syukur padamu ya Allah kerana memberiku pasangan hidup yang paling hebat di mataku...

Buat suamiku, terima kasih kerana mendidik ku menjadi begini. Fikiranku lebih luas, tidak terkongkong pada satu teknik, bahan atau kaedah sahaja. Terima kasih kerana mengajar ku tentang bisnes dan ramalan, dan terima kasih kerana masih bersamaku dalam susah dan senang. Terima kasih kerana mendidik dan membimbingku sehingga aku dapat mengendalikan kelas kek sendiri dengan yakin, walaupun hakikatnya aku tak pernah pergi mana-mana kelas kek sebelum ini.

Terima kasih buat suamiku Muhammad Rahmat, semoga kita saling kuat menempuhi segala cabaran di dunia ini. Amin..



Banyak korban, banyak faham;
Kurang korban, kurang faham;
Tidak korban, SALAH faham.



Salah faham kerana disangkanya faham rupa-rupanya sebaliknya.
Lebih baik tak faham daripada salah faham, kerana sedar akan ketidakfahamannya.
Bermujahadahlah dalam menuntut ilmu, insyaa Allah pemahaman kita akan lebih kuat dan berkat.

Wednesday, February 27, 2013

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Yang pertama.. Orang yang berniaga ni tidak ada boss kan? Dah tentu dialah boss untuk bisnesnya sendiri? Jadi, orang yang berbisnes ni lebih DIRECT CONNECTIONnya dengan ALLAH.. Dia tak ada boss.. Dia minta DIRECT dengan Allah.. CONNECTION dia sepatutnya sangat KUAT dengan ALLAH.. Kerana dia tak ada gaji yang dah memang tetap masuk dalam bank setiap hujung bulan. Dia tak ada boss untuk merujuk jika ada masalah..yang ada hanyalah ALLAH.. Dia sepatutnya sangat memerlukan ALLAH..sangat BERGANTUNG pada ALLAH..sangat MEMINTA-MINTA pada ALLAH..sangat BERSYUKUR di atas nikmat yang ALLAH berikan.. Itulah antara kecantikan yang lebih mendalam tentang kelebihan orang yang berniaga..

Sebab kedua pula ialah.. Orang Islam perlu berbisnes kerana boleh menjadi seperti beliau.. Yang dimaksudkan di sini ialah.. Hanya orang yang berbisnes sahaja yang mempunyai kelapangan masa dan wang ringgit untuk menjalankan aktiviti melebarkan dakwah Islam.. Dari segi wang ringgit dah semestinya mampu untuk digunakan untuk aktiviti berdakwah dan untuk menyara keluarga semasa ketiadaannya.. Dan, orang yang berniaga juga mempunyai kelapangan masa atau masa lebih fleksibel, tidak perlu mengambil unpaid leave untuk bercuti berdakwah.. ALLAHU AKBAR!.. 

-dipetik dr Blog Adamarisya-

Tuesday, February 26, 2013

Sifat-sifat Yang Harus Dijauhi Oleh Penuntut Ilmu

Sifat-sifat Yang Harus Dijauhi Oleh Penuntut Ilmu

1) Hasad (Iri hati dan dengki)
Pesan Rasulullah SAW bermaksud :

"Janganlah kalian saling benci-membenci, saling memutuskan hubungan, saling berdengki, saling bermusuhan. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara".
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2) Ta'asub (fanatik)
Syaikh Islam Ibnu Taimiyah telah berkata di dalam kitabnya "Iqtidho Sirathol Mustaqim" :

"Barangsiapa mewajibkan dirinya untuk bertaqlid (mengikut) kepada seorang imam (guru/ketua/pemimpin) tertentu (dengan menolak pendapat imam yang lain) maka dia diminta untuk bertaubat kerana sifat mewajibkan dirinya untuk bertaqlid dengan seseorang imam itu boleh menimbulkan sifat syirik (menduakan) Allah SWT .

3) Menjauhi maksiat
Penuntut ilmu perlu menjauhi maksiat sama ada ianya berupa dosa kecil mahupun dosa besar kerana orang yang menjaga diri dari melakukan maksiat mudah mendapat ilmu serta hidayah Allah SWT.

4) Sombong
Penuntut ilmu perlu bersikap tawadhuk (rendah diri) dengan ilmu yang dimilikinya. Tidak sesekali menduga ilmu kepada orang sekeliling lebih-lebih lagi kepada guru semata-mata untuk mengukur serta menunjukkan kehebatan yang dia miliki.

5) Malas 

6) Mudah putus asa

Friday, February 22, 2013

Kata-kata Hikmah- Tuntutlah Ilmu

Menuntut ilmu adalah amat digalakkan tidak kiralah ilmu pengetahuan itu berbentuk keagamaan mahupun saintifik atau ekonomi. Apa jua ilmu bermanfaat yang telah kita pelajari sewajarnya kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Dan amat beruntung lagi jika ilmu sedemikian disebarkan dan diajarkan dengan meluasnya kepada orang ramai bersesuaian dengan sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."

Sesungguhnya mereka yang berilmu dan menyembunyikannya adalah termasuk daripada orang-orang yang rugi. Hidup mereka cuma setakat mendapat kepuasan diri sendiri dan pahalanya hanya setakat didunia sahaja. Begitu juga mereka yang luas ilmunya akan tetapi kurang mempunyai adab dalam menuntut ilmu seperti melawan guru, bermegah-megah dan merasakan ilmu yang diperolehinya sudah cukup hebat, ilmu yang mereka perolehi hanyalah sia-sia dan tidak mendapat berkat dari yang Maha Esa. Oleh yang demikian, tuntutlah ilmu dengan penuh adab dan rasa rendah diri kerana sesungguhnya ilmu itu adalah milik Allah Subhanahu Wata’ala. 

copy and paste dr blog Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam

Saturday, October 20, 2012

Kursus Mencanting Batik di Tawau

19-21 Oktober ni ada kursus mencanting batik dan seramik anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Belia (berhadapan hospital besar Tawau). Satu pengalaman yang unik sebab mak Taufiq tak pernah menconteng guna kaler kecuali atas kertas lukisan >.< Ni la hasil kerja kami berdua (1 kumpulan ada 2 orang) dengan kak Suriani Amran. Amacam? Rasanya leh diaplikasikan atas kek tak nanti? Muahaha..

Dengan syarat kena banyak praktik dulu :P


Hasil keras tangan kami

Saturday, August 11, 2012

Selamat Hari Raya [In Advance]

Beberapa minggu sejak awal puasa agak kebizian sikit sampai bertambah jarang nak update blog. Huhuhu.. Sejak dua menjak ni terasa macam takde masa sangat nak bereksperimen di dapur, mungkin lepas puasa ni nak rehat dari ambil tempahan beberapa bulan untuk buat benda lain (contoh: belajar menjahit :p hehehe..) Jangan tak tahu, ai ada hobi baru u ;p

Apapun ku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya (in advance) dahulu dan maaf zahir & batin kepada semua kaum muslim dan muslimat. Yela, kot-kot tak sempat nak berjumpa lagi di alam maya ni..kita pun tak tahu kan? Sebenarnya beberapa hari lalu dapat kad raya dari teman bloggers Cheq Sue. Terkejut den, dah lama tak dapat kad real ni. Hehe.. Al-maklumlah, zaman sekarang zaman cyber, kad pun leh jadi digital. Terharu lak bila tengok ada dapat kad raya ni, nostalgia betul... Teringat zaman bujang-bujang dulu bila En. Hubby bagi kad birthday, kad raya ke rumah... Ececece.. Terjiwang lak :P

Terima kasih Cheq Sue untuk kad raya tersebut dan selamat hari raya juga ^_^ Hehe, ku uploadkan gambar untuk tatapan dan kejelesan semua teman-teman yang lain :p hahaha.. Jangan mareee~

Hadapannya (dah kena tampal kat dinding awal-awal :P) hehe..

Di dalamnya

SELAMAT HARI RAYA
&
MAAF ZAHIR BATIN

by: aku.zack @zachoes.blogspot.com
- 11/08/2012-

Thursday, May 31, 2012

Happy Birthday- To Me~

En. Hubby dedicated this song to me for my birthday. Hehe, birthdaynya hari ni tapi rakaman telah dibuat beberapa minggu lebih awal :P

Apapun tq dan selamat hari lahir buatku yang ke.....(OK tua la juga rupanya :P) 29+1 tahun :P


Thursday, May 3, 2012

Berjalan-Jalan Di Kota Kinabalu, Sabah

Tajuknya berjalan-jalan di KK, tapi tuan blog nak upload gambar baking tools yang dibeli kat KK :P Sabo jelah.. Gambar-gambar masa kat KK En. Hubby dah upload kat Facebook. Biasa kalau dia dah upload saya memang tak upload dah, hehe.. Tujuan pergi KK nak makan angin, maklumlah dah lebih setahun tak pergi berjalan-jalan. Ada kesempatan pergi cari kedai bakery kat KK, tapi cuma jumpa satu je Bake With Me kat Lintas Plaza. Yang Sincere tersesat masuk taman perumahan T_T Kata orang dia dah pindah tempat lain tapi tak jumpa lak tempat barunya tu. Huhu.. Takde rezeki.. Lain kali ada rezeki nak gi lagi, memang seronok pergi sana. 4 Hari rasa cukup sekejap sebab kitorang naik kereta, dari Tawau ke KK jak makan masa dekat 9 jam.

Apapun layan jela gambar tak seberapa di bawah ni~



Stainless steel cake knife, beli RM8 je. Murahlah kalau ikutkan


Chefmaster, komfen kat Tawau takde jual lagi :P hahaha..

Choc dipping tools, baru RM6 o.0 Terbeliak biji mata ai u know :P

Standard..mesti ada. Lama punya dah tak berapa licin

Cone holder, beli murah 6 pcs baru RM8
Redai kek, baru RM9
Buku cheesecakes

Oops. Tersesat pula kek kereta taufiq :P

Tempahan tak buka lagi, nak rehat lagi sebab sakit-sakit otot masih belum baik. Boleh pula on the way balik ke Tawau Isnin lepas bertembung dengan Basikal Borneo T_T Tak semena-mena kitorang jem dalam road block kat Kundasang 4 jam. Huhuhu.. Bukannya di pekan tapi di atas bukit jadi kesejukkan la kitorang masa tu >.< Hehe, pengalaman..



P/S: Dah macam kedai online jual barang la pula post ni :P

Friday, February 10, 2012

Plagiarism: Diadaptasi, Diinspirasi, dan Diilhamkan Daripada...

Entry khas mengenai tatatertib dan etika ketika berblogging serta berkaitan resepi:


Kebanyakan pengarang buku masakan dan penulis makanan mengikut beberapa peraturan ini:

1. Jika anda mengubah suai resipi orang lain, ia HARUS dipanggil "Disesuaikan daripada..." atau "Diadaptasi daripada...".

2. Jika anda menukar sebahagian resipi, anda MUNGKIN boleh memanggil ia resipi anda sendiri. Tetapi jika ia agak sama dengan resipi asal, anda harus mengatakan ia "Telah diiilhamkan oleh..." atau "Inspired by...", yang bermaksud bahawa anda menggunakan resipi lain sebagai inspirasi, tetapi telah diubah secara ketara.

3. Jika anda menukar tiga bahan dari resipi asal, SELALUNYA anda boleh menyatakan ia resipi anda.


Nombor 3 adalah perkara yang sukar, tetapi jika resipi tersebut begitu unik, anda mungkin mahu memberikan kredit sebagai inspirasi. Sebagai contoh, jika anda mencintai idea resipi Russian Black and White Cake, tetapi anda datang dengan keunikan anda sendiri (cth: Hot Cheese Chocolate Cake) yang sebahagian besar bahan-bahannya adalah berbeza (walaupun saya tidak tahulah kenapa), anda tentu boleh mengatakan ia "Diilhamkan daripada Russian Black and White Cake."

Akhir kata, bak kata penulis makanan Laurie Colwin, jika tidak kerana mereka yang berkongsi resipi, manusia sudah lama pupus. Oleh itu, teruskan tradisi lama berkongsi resipi. Ia yang membuat blog makanan istimewa. Tetapi adalah lebih baik, beretika dan mengikut undang-undang jika anda sertakan sumber resepi anda.


(C n P dr blog kak Nor Azmihah Mohamed @ Secubit Garam Nor dan dimodifikasi, diadaptasi serta diterjemahkan dr pengalaman beberapa geng masak-masak di FB. Sekian, peringatan dr saya utk saya dan semua :P)

P/S: Nanti saya jawab komen-komen anda semua ek, mak Taufiq tak berapa sihat ni @_@

Wednesday, December 21, 2011

Back To Baking Orders

Setelah bercuti 5 bulan, sekarang mula buka kembali tempahan. Takdela giat mana, sikit-sikit je. Rasanya macam nak belajar buat resepi lain tapi belum tiba masa lagi. Nak buat kek yang leceh dan susah, yang jarang orang buat tapi rasanya biar unik. Hehe, berangan-berangan jela dulu. Kek apa nak buat pun resepinya belum difikir lagi :P

Tempahan kek pertama setelah berehat 5 bulan, baked blueberry cheesecake
Kek coklat moist, deco-deco sikit sebab untuk birthday
Kek coklat moist, deco simple-simple. Hantar tengahari, rasanya nak bawa balik makan kat rumah lepas kerja 

Tuesday, December 13, 2011

Happy Birthday To You~

Dah dekat sebulan tak buat kek. Baru semalam bakar sebiji kek vanila (biasa jer) berperisa mangga. Pastu sambung deco pagi tadi sebab semalam asik takde karan je. Hehe..

Tak berapa puas hati sangat deco kali ni sebab fresh creamnya cair. Nak buat bunga pun tak boleh (padahal dah berangan malam tadi nak cuba bunga lain selain bunga rose, haha..) Jadi buat jela kek yang simple-simple, ada rezeki ada masa cuba buat deco lain pula yek?

Tak dapat nak tangkap gambar step-by-step sebab ketidak-izinan fresh creamnya. Nanti ada rezeki buat lagi saya tangkap ya? Yang keliling kek tu pakai star nozzle, cuma tekan dan tarik ke atas je. Nak saiz besar guna nozzle besar. Pastu sambung-sambunglah guna nozzle bentuk bulat saiz paling kecil. Bab spray tepi kek tu (yang macam tali-tali halus tu) guna piping beg, potong hujungnya sikit je. Pastu picit kuat-kuat sambil rotate cake stand. Bab ni first time buat, kalau picit tak kuat huru-hara jadinya (macam dalam gambar di bawah). Haha..

Apapun, Happy Birthday to Mak dan adikku Karmila (walaupun lambat lagi birthday anda :P) Mungkin ni kek terakhir untuk tahun 2011, who knows? Tahun depan buka buku baru, album baru. InsyaAllah..

Kek mangga dengan isi buah mangga
Nozel-nozel yang digunakan (tak ikut nombor diatas, sebab guna nozel cap Taiwan :P)

happy birthday mak~

Wednesday, November 23, 2011

My Cake From 2008 to 2011: It Has Not Been A Bed of Roses

Jom kita menyelam sebentar ke zaman saya mula belajar buat kek...


Tahun 2009- Belajar buat kek coklat lembap kukus Lilydvalley@MyResepi je


(a) Gambar-gambar kat atas masa tu awal-awal belajar buat kek. Dua gambar bawah dah mula belajar buat icing. Teringat lagi masa ni, manisnya icing den buat, haha.. Yang sebelah kanan bawah tu siap tambah white choc lagi, olahan sendiri ;P

Kek coklat lembap kukus je semua ni

(b) Masa ni dah mula belajar hias guna nozel plastik. Memang sememeh kalau tengok balik, tapi tetap bangga ;) Pastu pelan-pelan belajar tambah perisa kat icing dengan buat bentuk lain. Di sinilah mula belajar jual kek kat kawan-kawan kat kolej komuniti...

Dah mula deco-deco 'cantik' sikit

(c) Dah mula belajar buat ganache dengan guna fresh cream. Tapi memang cepat cair la, al-maklumlah tak cukup ilmu lagi. Dua gambar kat bawah tu jual kat jirannya kawan (rasanya cair kot ganache masa dalam perjalanan T_T). Belum cukup ilmu lagi...belajar dari kesilapan.


Belajar salut kek dengan ganache



(d) Mula dah nak buat cheesecake. Masa ni tak tahu apa beza cream cheese, cheese slice, dengan cheese spread. Pastu tak tahu apa tu chiffon (kek atas kiri tu sebenarnya chiffon yang masak dalam rice cooker. Nampak garisan putih tu? Tak pandai lagi nak kaup balik masa ni, hehe..) Gambar kanan atas lak Slice cheesecake tapi improvise guna cheddar cheese block yang diparut. Haha.. Gambar bawah tak reti sangat bab-bab coklat, jadi coklatnya cepat mengeras. Gambar kanannya dah mula belajar guna whipped coklat ganache.


Dah mula belajar buat cheesecake

(e) Sekarang ni dah mula 'kreatif' sikit guna fresh cream pastu hias-hias dengan  buah ceri dan coklat rice. Tak cun tapi tetap bangga sebab buat sendiri ;) Time ni aktif gak amik tempahan.


Kek guna fresh cream

(f) Mula tambah buah-buahan segar. Masa ni baru belajar, coklat topping tak ngam dengan buah-buahan dalam tin sebab air jus dari buah-buahan tu akan meleleh atas kek T_T Tapi orang dah minta nak buat camne, hehe.. Belajar lagi buat chocolate plastic dan belajar guna buttercream icing untuk buat bunga (sampai sekarang masih tak cun lagi, haha). Gambar kanan bawah lak kek sponge coklat, testing-testing resepi lain.


Cuba deco cara lain sikit

(g) Mula tambah kaler-kaler kat kek, tapi belajar satu perkara- warna mudah 'bleeding' kalau guna fresh cream. Tapi lama-lama (setelah 2 tahun sebenarnya) baru perasan, ada teknik nak elak dia bleeding sangat (iaitu pastikan fresh cream tu betul-betul stiff, masukkan warna bila fc dah siap diputar hingga gebu, dan hias jangan terlalu awal. Esok nak bagi customer, malam tu elok dideco). Wallahu 'alam, masih belajar lagi ni :P

Dah mula menambahkan warna pada fc

(h) Belajar buat cheesecake (menggunakan cream cheese sebenar).  Hiasan...judge for yourself la :P Orang dah mula bawa kek jauh-jauh (tapi masih dalam Sabah la).

Kek  Japanese Souffle Cheesecake (kecuali yang last tu, tu chiffon cheesecake rasanya)

Tahun 2010- Lebih menjurus kepada coklat

(a) Dah mula berani sikit, main dengan coklat dan transfer sheet.  Pastu agaknya lebih banyak berangan kot masa ni, jadi keknya pun takdela terlampau plain sangat. Masa ni dah mula ikut kehendak customer (cuba mana yang termampu la, hehe..) 

Cuba perbaiki skil mendeco

(b) Berangan-berangan lagi, cuba beranikan diri buat resepi lain selain kek coklat moist. Pastu belajar buat lagi kemas, tukar-tukar sikit bentuk loyangnya.


Tahun nak memperkemaskan deco kek :P

(c) Cheesecake pun cuba buat lain, belajar buat selain dari Japanese Souffle Cheesecake. Cuba buat tiramisu dan coklat cheesecake.  Sejak ni agaknya asik buat JSC tak buat sangat cheesecake lain, sebab lebih senang. Bab coklat cheesecake tu fail la juga, sebab ada benda yang masih tak tahu. Hehe..


Kek keju JSC, tiramisu dan coklat cheeseacke

(d) Semua JSC kecuali kanan bawah, tu tiramisu. Semua ni orang tempah. Cuba lagi kemaskan deco kek selain cuba tambahkan lagi stail kat kek.

Makin tambah kemas (kot?)

Tahun 2011- Tahun untuk tambah skil dan cuba resepi yang lebih unik

(a) Setelah lebih 3 tahun baru la dapat deco yang lebih berimaginasi sikit . Tangan pun dah lebih stabil, teknik dan skil pun dah lebih banyak berbanding tahun 2008, 2009 dan 2010 dulu. 

Kek tahun 2011- baru je ni dapat hasil kek sebegini :P

(b) Cheesecake pun ntah macam-macam rasa nak dicuba. Masa ni loyang spring form dah rosak, jadi cara lain macam mana nak buat cheesecake tanpa loyang. Semua cheesecake kat bawah ni tak guna pun loyang spring form atau loose pan, guna loyang biasa je.

Beraneka jenis cheesecake

(c) Balik-balik kek coklat, cuba buat kek sponge lak. Tapi kek sponge pun cerewet juga, tak semua saya minat. Lebih suka jenis yang from scratch: lembap, gebu dan kalau boleh, senang nak diolah di kemudian hari. Masa ni dah mengandungkan arwah, agaknya tu yang keknya lebih bentuk feminin *terdiam sebentar terkenangkan arwah*

Belajar teknik-teknik menghias kek cara lain selain try resepi yang jarang dicuba


Jadi kalau tengok sejarahnya, bukan dari awal saya pandai buat kek atau terus kemas je keknya masa mendeco. Kira ambil 3 tahun jugalah, tu pun baru-baru ni je dapat kek yang kemas. Mungkin tu salah satu berkat mengandungkan anak perempuan, who knows? Saya memang tak pernah pergi mana-mana kelas, kalau ada pun masa tu Kolej Komuniti Tawau anjurkan masa saya dah sarat mengandungkan arwah dan takleh nak aktif sangat. Lagipun...yang saya perhatikanlah...kebanyakan apa yang diajar saya dah tahu sebenarnya, hehehe... Tapi seronok juga, jumpa kawan-kawan...tengok macam mana gurunya mengajar sesuatu which is not theoretical or technical, tapi lebih kepada praktikal.

Kalau nak belajar mudah dan cepat, kita boleh pergi ke kelas-kelas bertauliah. Kalau saya, disebabkan saya tak mampu (waktu tu) dan ada anak yang masih kecil, saya tak dapat nak pergi. Tu yang saya belajar sendiri. Banyak rujukan saya dari Youtube, buku, website orang putih, blog-blog orang, forum dan lain-lain. Sekarang ni zaman dah lagi canggih, masa saya mula-mula buat dulu takde Facebook...Youtube pun tak reti nak search. Hehe.. Jadi nak bertanya pun susah. Tapi pada saya, yang paling penting kita jangan cepat putus asa. Memang ada masa, kita rasa feed-up, merajuk bila buat tak jadi. Ada gak beberapa jenis kek saya tak nak sentuh 1 tahun gara-gara fobia nak cuba lagi. Hehe.. Tapi sekarang ni dah lebih hat-hati. Sebelum saya nak buat sesuatu kek tu, saya tengok sama ada kek tu pernah tak orang buat. Pastu tengok, ada kesilapan, masalah yang orang lain hadapi dan cara dia overcome the problem. Alhamdulillah, sekarang dah jarang dapat kek yang tak jadi.

Lagi satu, kalau nak bermula, elok start from your own family. Saya dulu buat untuk sendiri makan je, bagi suami makan. Anak masa tu takleh nak makan sebab baru umur 1 tahun. Memang banyak komen yang suami bagi, kadang-kadang menyakitkan hati gak. Hehe.. Tapi dari komen dia, feedback dia, saya cuba baiki mana-mana kelemahan. Sekarang ni pun masih lagi belajar. Kadang-kadang kita belajar dari kesalahan sendiri. Kadang-kadang lebih menjimatkan kalau kita belajar dari kesilapan orang lain, hehe... Apapun, kalau boleh jangan kita salahkan resepi tu 100% sebab mungkin juga, tangan kita yang belum mahir lagi ;)

Saturday, November 19, 2011

Pyrex Lagi dan Ramekin Kaca

Takde kerja...upload gambar pyrex :P

Baru balik dari semenanjung sebenarnya ni, penat dah bercuti lebih 2 minggu (cuti pun leh penat ke?) Tak pergi mana sangat, duduk rumah mak dengan mak mertua je, tiap-tiap hari ulang alik. Hehe.. Nasib baik dekat :P Hari-hari terawal ok, semua sihat. Masuk hari ke 4 Taufiq demam, batuk. Seminggu tak sihat, dah sihat mak dengan abahnya lak tak sihat. Belum kuat sangat lagi badan, masih terasa lagi sakit-sakitnya kekadang. Tak boleh nak lasak sangat...

Dalam bergoyang-goyang kaki, sempat buat sebiji kek untuk adik. Pastu kecek-kecek mak, boleh bawa sikit pyrex balik Tawau tak? Sebab sini nak cari yang berkenan kat hati susah (ceh, alasan tak ingat :P) Bawa la sikit-sikit, mana yang terlarat. Bukan main berat benda alah ni, haha.. Cuma yang sedih ramekin jenis kaca cuma dapat 1 biji je, yang lain terbuang masa pindah rumah 2 tahun lepas T_T Takde rezeki...

Ramekin kaca

Pyrex warna putih

Thursday, November 17, 2011

Mangkuk Pyrex

Balik ni ada misi nak membaking guna mangkuk Pyrex. Muehehe.. Tapi yang ni 'loan' dari mak kejap, sebab nak beli memang taklah. (Satu- sebab mahal. Dua- tak rela I nak bawa banyak-banyak naik flight, berat ni oooo..)

Ada jenis yang putih, bercorak-corak tapi lebih suka yang lutsinar sebab boleh nampak apa yang dimasak dari sisi. Contohnya kalau buat layer, nampak la layernya dari tepinya nanti. Setakat ni cuma idea lasagna dan trifle je yang terlintas kat hati. (Kemudian la berangan nak masak apa lagi, yang penting ada ;p Haha..)



Sunday, October 16, 2011

My New Toys~

Alhamdulillah, rezeki tahun ini. Tak sangka boleh dapat beli barang-barang di bawah, semuanya hadiah dari En. Hubby atas galakannya yang tak putus-putus. Mungkin ni salah satu cara untuk memulakan hidup yang baru, buang yang keruh ambil yang jernih. Mudah-mudahan dapat ku tingkatkan lagi daya kreativiti dan ilmu pengetahuan dalam bidang ini, insyaAllah...


Buku dari Chef Tan See Fong

Apparel chef dan beberapa alatan

Oven Elba 50 liter

P/S: Sesungguhnya dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan..

Wednesday, October 12, 2011

Terima Kasih Cheq Sue~

Assalammualaikum dan selamat pagi,


Lewat petang semalam ada van Pos Laju parking depan rumah. Garuk-garuk janggut [yang tak wujud] sambil berfikir, 'Aku order apa-apa ke kat online lagi?' Sebab setahunya takde, semua barang dah sampai. 

Intai-intai celah pintu, posmen kuarkan satu sampul. Bila ambil sampul tu, tengok blur. Nama sape lak ni? Sebab tulisnya nama lelaki. Agaknya tuan rumah punya kot. Dah masuk rumah, tiba-tiba Pak Posmen panggil-panggil balik. Rupanya salah sampul daaa.. Haha..

Kali ni cek nama, eh namaku. Siapakah yang memberi ku sampul sebesar ini? (ececece..) Belek-belek, saspek la someone ni. Rupanya Cheq Sue kita, dari Cameron Highlands rupanya. Fuhyooo.. Jauhnya sampul tu merantau ;p Dah buka [macam orang yang dapat hadiah befday kerakusannya] tengok-tengok banyaknya barang... Hehe.. Siap ada lolipop lagi tu (untuk saya ka atau untuk Taufiq Cheq Sue? Hehe..)

Bawah adalah gambar-gambar hadiah tersebut, sambil anak ku Taufiq jadi model sambilan yang dibayar dengan lolipop setiap jam berkerja. Terima kasih banyak-banyak ye Cheq Sue, ni baru 2nd time seumur hidup menang apa-apa, kali pertama masa amik kursus kahwin dengan [bakal] En. Hubby, dapat hadiah lucky draw tak pasal-pasal. Hehehe..


Model sambilan dibayar upah sebiji lolipop per jam


Apa dalam sampul itu?

Alahai comelnya~ Tq bebanyak ;) Hehehe..

Sunday, October 2, 2011

Maaf, Tuan Blog Menyepi Sebentar...

Assalammualaikum...

Maaf, tuan blog Aku.Zack@zachoes.blogspot.com menyepi untuk beberapa hari. Badan tak berapa sihat, selsema dan batuk sikit. Bukan merajuk, tidak sama sekali. Hehe.. Idea berlegar-legar dalam kepala dan tak sabar nak share tip-tip dan resepi. Cuma badan tak berapa sihat, jadi goyang kaki sambil minum milo panas, sambil online kat FB (nak tahu nama kat FB? Hehe, carilah kalau dapat ;p) Muehehe...

Bubyes~