Saturday, July 30, 2011

Al-Fatihah Buat Arwah Anakku Nurfatihah Humairah

A'kum..

Lama tak online.. Minta maaf tak sempat nak balas komen. Petang semalam baru discharge dari maternity wad. Anak yang telah sy ngangdungkn 9 bln lbh telah meninggal dunia dalam perut saat2 akhir. Doktor kata kes terpencil, 1/1000 dan saya antara yg malang. Apapun terima kasih kpd kwn2 blogger yg bertanyakn pasal sy, minta maaf sbb buat anda risau. Kpd yg bertanyakn soalan ttg baking, insyaAllah bila dh pulih sy akn balas.

Apapun selamat menyambut bulan ramadhan yg mulia.. Buat arwah, mak sedekahkan al-Fatihah buatmu sayang.. Suatu hari kita semua pasti akan mati dan mak harap kau dpt menyambut kedua ibubapamu di sana nanti.. Pada mak kau lah anak yang terbaikn dlm dunia sebab teman mak membaking dan mengetart walaupun sarat ngandung. Patutlah tiba2 mak rajin mendeco sbb tgh ngandungkn ank prmpuan, huhu.. (saje buat lawak utk krgkn sebak didada).

Assalammualaikum dan selamat menyambut ramadhan yg mulia..

P/S: Buat masa ni takde resepi utk diupdatekan sbb dlm pantang dan baiki mental, fizikal dan spiritual diri sndr.

Wednesday, July 27, 2011

Resepi Cendawan dan Brokoli Goreng Sos Tiram

ENTRY AUTO-UPDATE: Tuan empunya blog Aku.Zack@zachoes.blogspot.com sedang cuti bersalin/rehat untuk beberapa minggu/bulan/tak pasti(?). Hehe..

Lauk yang simple dan mudah nak masak dikala mood-tak-tahu-nak-masak-apa melanda. Hehe.. Apapun, layan~


Resepi Cendawan dan Brokoli Goreng Sos Tiram

Cendawan dan brokoli goreng sos tiram


Bahan:
(4 org)

200 gm cendawan butang (guna yg dlm tin pun blh jugak)
200 gm brokoli - ku guna satu pokok brokoli
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1-3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, dihiris - ku guna 4 ulas bawang putih, diparut@ditumbuk halus
Minyak utk menumis
Sedikit air - jika ingin berkuah
Garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan kuali & tumis hirisan bawang besar (atau bawang putih) sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam, kicap manis & sos tiram. Kacau rata.
3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah. Masukkan garam secukup rasa (ku letak paling akhir).
4. Setelah menggelegak sedikit, masukkan cendawan diikuti brokoli. Kaup balikkan. Jangan terlalu lama hingga brokoli menjadi layu.
5. Sedia utk dihidang. Sedap dimakan ketika masih panas.

Wednesday, July 20, 2011

Resepi Chocolate Cheese Tart dengan Chocolate Pastry

ENTRY AUTO-UPDATE: Tuan empunya blog Aku.Zack@zachoes.blogspot.com sedang cuti bersalin/rehat untuk beberapa minggu/bulan/tak pasti(?). Hehe..

Aritu ingat nak buat cotton cheesecake tapi tertangguh lagi lak. Huhu.. Takpela, nanti pas pantang baru la buat kot. Saje buat chocolate cheese tart, asik buat blueberry dengan kiwi cheese tart je. Hehe.. Resepi kali ni gabungan dua resepi asing, pastri coklat dari Daily Delicious dan chocolate cheese filling dari kak Citarasawan @ kak Wan. TQ to both of you, anak pun tertipu ingat makan coklat sebenar, siap minta-minta lagi (sebab ikutkan dia memang kurang minat cheese). Hahaha..

Let's skodeng the recipe di bawah~


Resepi Chocolate Cheese Tart dengan Chocolate Pastry
(40 - 45 biji mini tart)

Chocolate cheese tart with chocolate pastry


Resepi Pastri Coklat
Diadaptasi dari Daily Delicious@Deeply Satisfied Chocolate Tart

Bahan:
110g butter, suhu bilik
75g gula kastor - ku guna gula kasar kisar + gula aising sebab habis stok
190g tepung gandum*
20 serbuk koko* diayak bersama
1 biji telur Gred A

Cara:
1. Pukul butter dan gula kastor hingga sebati. Masukkan telur, kemudia
n campuran tepung gandum dan serbuk koko yang diayak.
2. Gaul guna tangan hingga adunan nampak seperti bread crumbs, kemudian uli perlahan-lahan hingga adunan membentuk seperti bola.
3. Balut dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk paling kurang 1 jam.
4. Tekankan 10g doh ke dalam acuan tart dan buang doh yang berlebihan. (NB: Acuan perlu disapu sedikit butter kerana agak sukar dikeluarkan pastri walaupun sudah didiamkan selama 5-10 minit dalam acuannya).
5. Cucuk dasar acuan pastri dengan garfu untuk mengelakkan pastri terlalu mengembang ketika masak.
6. Simpan dalam peti sejuk untuk 10 min. Sementara itu panaskan oven pada suhu 160C.
7. Bakar pastri yang disejukkan tadi selama 15-20 minit atau hingga kelihatan masak.
8. Sejukkan atas redai dahulu, kemudian isi dengan adunan chocolate cheese filling (kalau isi masa pastri masih panas, cheese melimpah ke tepi nanti).
9. Pipekan adunan chocolate cheese filling dan bakar lagi 160C, 10-15 minit atau hingga cheese kelihatan sedikit kering tetapi jangan sampai merekah.
9. Sejukkan dahulu di atas redai sebelum tart disimpan di dalam peti sejuk.


TIP:
Pastri coklat jenis ini seperti biskut iaitu rangup. Simpan dalam bekas kedap udara jika tidak mahu membuatnya pada waktu itu juga. Chocolate cheese tart yang sudah masak seeloknya disimpan dalam peti sejuk bagi mengelakkannya jadi lemau.


Resepi Chocolate Cheese Filling
Diadaptasi dan dimodifikasi dari kak Wan@Resipicitarasawan.blogspot.com

Chocolate cheese tart dengan pastri coklat yang rangup


Bahan:
125g cream cheese, suhu bilik
1st + 1/2st chocolate emulco - ku tak letak
30g gula aising
30g butter, suhu bilik
1/2 biji telur Gred A @ 1 biji telur Gred C/D

Ganache:
25ml @ 25g UHT whipping cream - ku guna 25g fresh cream**
40g coklat masakan, dicairkan - ku guna dark chocolate jenama Selbourne**


** Cairkan whipping cream@fresh cream bersama coklat masakan secara double-boiler atau guna microwave. Masa first time buat, bila coklat masakan dicairkan tanpa letak whipping cream@fresh cream, adunan jadi berketul-ketul sebab coklatnya cepat mengeras. Kalau cairkan coklat masakan bersama whipping cream, kita jadikan ia sebagai ganache dan adunan tak mudah berketul-ketul.

Cara:
1. Pukul cream cheese, gula aising dan butter hingga sebati (ku guna whisk telur je).
2. Masukkan chocolate emulco, ganache dan telur. Pukul sebati hingga tak berketul-ketul (ku guna spatula untuk lenyek-lenyek adunan pada dinding mangkuk adunan).
3. Tuangkan adunan ke dalam piping beg. Sedia untuk digunakan (lebih mudah siapkan filling dulu sebelum pastrinya).


Chocolate cheese tart yang telah dibedah siasat, nampak dan rasa lembab basah

Batch pertama terlalu kering sebab guna suhu 180C dan tak simpan dalam peti sejuk, cuma letak pada suhu bilik semalaman


An array of chocolate cheese tarts