Sunday, November 15, 2009

Resepi Fondant Icing

Dah lama bermain fondant tapi tak sempat-sempat nak tuliskan resepinya. Huhu.. Takpelah, untuk tidak mendukacitan sesiapa, silalah lihat resepi dibawah. Kalau mahu cuba, boleh juga. Hehe..


Contoh-contoh yang ku buat

Resepi Fondant [Icing] (mentari_mrh@myresipi.com)
Bahan-bahan (untuk hias sebiji kek)
63ml air (untuk 1/3 adunan, guna 21ml, dapat buat banyak juga hiasan ie. haiwan-haiwan dan bunga-bunga)
1sb gelatin halal (ku guna 1tsp dan guna Halagel yang diimport dari semenanjung)
125ml sirap glukos (approx. ku guna 42ml)
1 1/2sb gliserin (ku guna 1st + 1/2st)
2sb shortening (ku guna 2st)
1kg gula icing, diayak (ku guna approx. 340g+-)
pewarna (guna jel or serbuk)

Cara:
  1. Tuang air dalam bekas tahan panas. Masukkan gelatin. Tunggu 5min hingga kembang.
  2. Double boil dan kacau hingga larut.
  3. Masukkan glukos, gliserin dan shortening. Kacau hingga larut.
  4. Tutup api, ketepikan hingga larutan jadi suam-suam kuku.
  5. Masukkan icing sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. (lebih kurang 500g gula, doh akan keras sikit. Proses menguli boleh diteruskan guna breadmaker atau uli dengan tangan).
  6. Doh yang dah siap akan berwarna putih. Ambil sedikit plastic wrap, lengserkan dengan shortening, dan balutkan doh sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik.
  7. Untuk mewarnakan doh, ambil sedikit doh dan titiskan sedikit saja pewarna (boleh gunakan toothpick).
  8. Uli @ tarik-tarik dengan jari sehingga warna menjadi sebati sepenuhnya.
  9. Bentukkan mengikut kehendak kita.
Note:
  1. Doh yang selebihnya (yang tidak dipakai) disimpan dalam plastic wrap untuk elak kering.
  2. Penyimpanan fondant dalam peti sejuk akan menyebabkan fondant menjadi lekit (kalau terpaksa simpan sebab takut kek cair tak apa, cuma ia akan 'sweat' atau berpeluh je. Nanti fondant nampak sedikit berkilat).
  3. Kalau masa uli doh rasa keras, tambahkan setitik air.
  4. Kalau terlebih lembik, tambahkan sedikit aising.
  5. Untuk meng'glu'kan fondant, gunakan food colouring @ perasa. Sebab ada alkohol, jadi mudah meruap. Kalau guna air, doh jadi lekit.
  6. Untuk elak fondant lekat ditangan masa membentuk, sapukan shortening pada telapak tangan (ku skip, guna ising je sebab shortening buat doh agak lembik, lagi-lagi kat Malaysia yang bercuaca panas dan lembap ni :p )
  7. Haiwan yang kat atas tu ku guna choc cip and chop rice untuk mulut dan hidung. Sebabnya takde pewarna hitam :p

3 comments:

Furqan Unik Niaga said...

thx zack, boleh sy cb nanti! (^^)

Zack said...

welkem and gud luck~ =D

Unknown said...

salam,puan.boleh saya tahu gliserin itu jenama ape?