Wednesday, March 23, 2011

Resepi butter bread pudding [pudding roti mentega]

0

Buat pudding roti untuk makan ringan malam ni. Sedap gak. Dulu ada nah buat tapi ntah berapa tahun tak ingatlah. Rasanya sedap sebab ada karamel/gula hangus kat bawah pudding jadi terasa macam makan pudding telur tapi with more body. Ahaks.

Resepi butter bread pudding (yani@myresipi.com) 5-6 org

Butter bread pudding yang kedua, dibakar saja


Butter bread pudding pertamku yang kena kukus + bakar

Bahan: (saya buat separuh adunan)

Karamel:
1/2 cawan gula
2sb air
2sb air suam

Pudding roti:
2 keping roti (saya buat 1/2 adunan tapi guna 4 keping roti sebab rasa tak cukup)
butter (untuk lengser lacuan dan sapu atas roti)
4 biji telur (ku guna Gred A)
600ml susu cair/susu segar (ku guna air+susu tepung je sebab takde susu lain)
8 sudu besar gula halus (ku guna gula kasar tapi kurangkan sukatan)
sedikit esen vanila
sedikit kismis (optional)

Cara:
  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit (ku toast dulu baru sapu butter). Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
  3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi. (ku tak tapis tapi pastikan memang betul2 sebati)
  5. Letakkan kepingan roti yang dah ditoast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Steam-bath selama 40 min. NOTE: ku salah interpret, ingatkan kukuskan macam biasa rupanya kena steam-bath. Bila kukus pudding tetap masak cuma sangatlah mengembang. Nak selamatkan keadaan ku bakar dalam oven, tak steam-bath, sampai atasnya garing. Sedap gak, lemak-lemak basah (tak terlalu kering) dan very nice. Even Taufiq yang tak berapa kena pudding lembik-lembik pun suka.

Dah dibedah siasat

0 comments: