Monday, March 28, 2011

Resepi Souffle Cheese Cupcake

Hmm.. Rupa-rupanya ada resepi yang tak di'update'kan dekat blog lagi. Padahal dah berbulan-bulan dah buat, haha.. Memandangkan malam ni takde kerja, jadi ambil kesempatan sekejap sementara PC takde orang guna.

Resepi ni simple, rasa cheese yang ala-ala japanese/souffle cheesecake yang biasa ku buat. Cuma dalam bentuk yang lebih cumil dan guna kurang lagi cheese. Gambar kat bawah buat masa untuk hantaran orang dulu, jadi tak nampak tekstur dalam. Cupcakenya tak padat, mungkin tu sebabnya panggil souffle sebab ringan, fluffy dan lembut.

Resepi Souffle Cheese Cupcake (lebih kurang 15-16 medium sized cupcakes)

http://cornercafe.wordpress.com/2009/02/21/souffle-cheesecake-cups/)

Souffle cheese cupcake

Bahan:

125g cream cheese, suhu bilik dan dipotong dadu
60ml @ 60g suhu segar
40ml minyak masak
3 kuning telur (ku guna Gred A)
40g gula kastor
20ml lemon jus (ku tak letak, tak suka masam sangat)
30g tepung jagung

3 putih telur
70 gula kastor

Cara:
  1. Panaskan oven 150C.
  2. Sediakan 15-lohong muffin tray dengan papercups (ku guna souffle cup biasa je).
  3. Letakkan sedulang air panas mendidih di rak bawah dimana akan dibakarkan cheese cupcake tersebut.
  4. Lembutkan cream cheese dengan susu dan minyak secara double-boiler (letak cheese, susu dan minyak dalam bekas tahan panas, letak bekas di atas periuk yang mempunyai air yang sedang mendidih). Ketepikan dari api, kacau guna whisk hingga sebati. Sejukkan pada suhu bilik.
  5. Pukul telur kuning dengan 40g gula hingga sebati. Masukkan jus lemon. Masukkan campuran cream cheese tadi, kacau hingga sebati, kemudian masukkan tepung jagung, kacau perlahan-lahan hingga semua sebati.
  6. Pukul putih telur pada kadar rendah dahulu hingga timbul buih-buih yang kasar. Perlahan-lahan naikkan kadar pukulan mixer pada max, pukul hingga buih bertambah halus. Sambil pukul, masukkan 70g gula tadi sedikit demi sedikit. Pukul hingga stiff peak atau hingga bila bekas diterbalikkan, meringue (putih telur yang dipukul tu) tak meleleh atau jatuh.
  7. Masukkan 1/3 dari putih telur ini ke dalam adunan cream cheese. Kaup-balikkan adunan cheese dengan putih telur hingga sebati. Ulang lagi 2 kali lagi hingga putih telur semua dah sebati dengan adunan cheese.
  8. Sudukan adunan ke dalam papercup/souffle cup sampai hampir penuh (cupcake akan mengembang bila masak tapi mengecut bila tengah sejuk).
  9. Bakar pada rak yang di atas dulang berisi air tadi.
  10. Bakar untuk 35-40min kalau hingga bahagian atas keperangan (ku bakar 30 min, 5 minit terakhir pusingkan tray biar pembakaran lebih sekata).
  11. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihias (atau simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk). Sedap dimakan untuk 2-3 hari pertama.

4 comments:

MSOM said...

Assalamualaikum Pn Zakiah

Zack Zachoes said...

Waalaikumsalam cikgu..

dhiya said...

salam kak zack...

filling u akak pakai butter cream ke atau cream cheese?

Zack Zachoes said...

w'salam,

yg ni filling akak guna bc sbb utk hantaran kahwin, nk dia tahan lama kt suhu bilik. tp akak rasa kalau filling fresh cream + cream cheese pn sedap kot, atau ganache ke, atau fc je ke..letak buah2an atau filling pn rasa sodap gak ni