Wednesday, March 30, 2011

Resepi apple pie/apple puff

Walaupun rupanya tak seindah dan sekembang mana, tapi puas hati sebab dah cuba tackle obstacle yang agak mencabar dalam membuat pastry ni. Huhuhu..

Hasil dari homemade puff pastry semalam, ku jadikan sebagai apple pie atau apple puff, konon macam McD la (walaupun takde la rupa sangat macam McD, haha..) Resepi inti yang simple, menggunakan dua biji buah epal berkulit merah. Kandungan gula bergantung pada kemanisan epal yang digunakan.


Resepi apple pie/apple puff

(6-8 biji puff bergantung pada inti)



Apple pie/puff using homemade puff pastry


Bahan inti:
2 biji epal merah, kupas kulit dan didadu
1sb gula pasir (atau lebih bergantung pada kemanisan epal)
1sb gula perang/brown sugar
1sb butter
1sb tepung gandumsecubit serbuk kulit kayu merah@ cinnamon powder
sedikit air
kuning telur, dikocok sedikit untuk tujuan melekatkan dan mengilatkan pastry

3-4 keping puff pastry ready-made/home-made


Cara:
1. Cairkan butter dalam periuk kecil.
2. Masukkan gula perang, gula pasir, serbuk kulit kayu manis, dan epal yang dicincang tadi.
3. Masukkan sedikit air (sekadar leh tutup epal) dan tepung gandum.
4. Kacau hingga pekat dan epal sedikit lembut. Sejukkan pada suhu bilik.
5. Ambil satu keping puff pastry, potong kepada dua.
6. Letakkan sedikit inti di tengah-tengah satu bahagian pastry. Sapukan kuning telur keliling tepi pastry.7. Ambil bahagian yang lagi satu, lekatkan di atas pastry yang berinti. Tekan-tekan keliling pastry dengan garfu.
8. Buat satu kelar kat atas pastry dengan pisau tajam/gunting. Sapu kuning telur atas pastry tersebut.
9. Buat hingga semua inti/pastry habis.
10. Rehatkan dlm peti sejuk 10-15 min.
11. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, 190C untuk 15-20min atau hingga pastry keperangan.


Untuk resepi dan step-by-step homemade all-butter puff pastry ada kat sini.

Apple puff yang telah dibedah siasat

Simple apple pie/puff

2 comments:

puff and pie said...

I love your blogging and i Keep posting. And yes, Puff Pie have many varieties. Been a Baker Chef, I love to look for it.
- Bangkok Thailand
Puff & Pie | Puff & Pie | Puff & Pie bakery

Zack Zachoes said...

thanks for stopping by ^_^